Thursday, 26 August 2021

Baju Newborn Jenis Jumpsuit Mudahkan Urusan Check Up kuning

 Panduan Ibu  Baru : Tips PIlih Baju Newborn Jenis Jumpsuit Mudahkan Urusan Check Up kuning 

Bagi ibu baru pertama kali untuk menyambut kelahiran bayi. Mungkin tidak nampak gambaran apa pakaian yang mudah dan mesra untuk diurus oleh ibu bapa terutamanya ketika urusan check up kuning anak atau check rutin di klinik.

Berdasarkan pengalaman akak, akak lebih selesa untuk pakaikan baju jenis Jumpsuit ni yang jenis zip sampai ke kaki. Senang korang. Zaman dlu bila nk cek kuning kan amek darah kt tapak kaki baby. So buka zip kt bahagian kaki je. Ada kalau check up baby kan  kena tanggalkan pakaian dan pampers, leceh la skit nanti nk pakaikan semula dalam masa yang cepat. Bila pakaikan jumpsuit semudah ABC hihi. Satu lagi kt klinik tu kadang ada yang sejuk, ibu jangan lupa pakai topi atau letak tuala kecil untuk tutup kepala bayi sian baby sejuk nnti.



So untuk ibu baru, korang wajib beli baju jenis ni at least 3-5 pasang. Bukan je untuk ke klinik kt rumah pun senang bila nk tukar pampers mudah sangat. Elakkan baju jenis butang satu satu tu jenuh la nk pasang mah anak tiga ni dah sabar semua nk pantas dan mudah.

Selain itu, bagi ibu ibu muda terutamanya time pandemik ni kan kita nk check up anak kena sorang sorang tak boleh en suami teman. Terkedek kedek la akak jalan masa anak check up kuning jun 2020. Bawa beg silang kecil yg boleh letak buku bayi, susu dan ll. Senang tgh jalan nk pegang bayi nurse minta buku boleh zass amek.

Bagi ibu yang breastfeeding, korang boleh bawa nursing cover baju yg bersesuaian, sebab kdg ada setengah klinik memang ada sediakan blik nyusu tapi nnti kan terlepas pulak gilirannya. Bagi yang ada pam susu ibu dan letak dalam botol boleh standby amaun yg cukup takdalah nanti baby ngamuk lapar susu korang punya giliran tak sampai sampai.

Berdasarkan pengalaman sendiri, 

Berpantang time covid dengan norma baru ni memang mencabar skit so ibuibu kena banyakkan sabar ye dan pastikan pemakanan yang sihat untuk pastikan ibu sentiasa sihat dan merangsang penghasilan susu badan. ibu ibu boleh cuba minuman sarang burung beaunest daripada  Beausiti as milk booster. Banyak manfaat daripada beaunest ni bukan sahaja rasa yang sedap, sebagai milk booster, juga memberikan tenaga untuk ibu yang sedang berpantang dan paling penting manfaat sarang burung untuk boost immune ibu dan bayi.


Koleksi jurnal berkenaan manfaat bird nest atau sarang burung untuk menguatkan paru paru, mengurangkan kahak dan membantu dalam proses healing atau pemulihan. Sesuai sangat untuk ibu ibu yang bersalin caezer atau normal. Dimana ada kajian menunjukkan manfaat sup sarang burung lebih tinggi antioksida yang membantu ibu ibu mempercepatkan proses pemulihan.




Manfaat untuk juga diperolehi oleh bayi melalui khasiat susu ibu yang disalurkan kepada bayi. Didalam beaunest ini tiada kandungan herba sesuai untuk ibu hamil dan ibu menyusu. Didalam beaunest ini mengandungi madu, delima, kurma dan sarang burung/ Boleh baca disini detail testimoni dan keistimewaan beaunest.




0 comments:

Post a Comment