Thursday, 14 May 2020

Cara Penggunaan DYXY Skincare

Cara Penggunaan DYXY Skincare.

Rutin penjagaan kulit dengan menggunakan DYXY Skincare mempunyai 3 langkah ringkas iaitu



Langkah Pertama : Penggunaan DYXY Bubble Cleanser

Dimulakan dengan DYXY Bubble Cleanser. Bagi mereka yang pertama kali menggunakan DYXY Cleanser ia mempunyai aksesori tambahan iaitu Pobling Brush. Pobling brush ni kebiasaannya akan diberikan secara percuma sekiranya korang membeli secara full set.

Buka penutup asal (gambar sebelah kanan) DYXY Cleanser dan gantikan dengan DYXY Pobling Brush. 



Haaa kalau dah siap pasang jadi macam gambar kat atas ni.

Kaedah membersihkan wajah : Tekan atau pam sekali hingga dua kali di tapak tangan dan urut lembut pada wajah antara 10-20 saat. Seterusnya bilas dengan air. 


Selain itu, korang juga boleh pam dan terus gosok pobling brush ke wajah. Pobling brush berfungsi untuk mencuci secara mendalam dan juga membuang kulit2 mati kira macam kesan scrub kulit jugak lah. Info lanjut fungsi Pobling Brush boleh baca disini.

DYXY Cleanser boleh digunakan untuk mencuci muka setiap pagi dan malam sebelum tidur. Walau bagaimanapun, untuk penggunaan pobling brush dinasihatkan untuk seminggu 2-3 kali sahaja bagi mengelakkan kulit kering. Selebihnya cuci menggunakan tangan secara manual.

Langkah Kedua : Penggunaan DYXY Essence Toner

Dimulakan dengan membuka penutup kecil bagi yang pertama kali merasmikan DYXY essence toner. Tuang beberapa titis pada kapas muka dan sapukan seluruh wajah selepas rutin mencuci muka.  Korang jugak boleh tuang terus pada tapak tangan sebesar syiling sepuluh sen dan dap dap pada muka. Memang kesan dia sangat best dan rasa fresh je kulit. Paling penting takda rasa pedih macam sesetengah toner.



Penggunaan toner ni boleh diamalkan setiap pagi dan malam sebelum tidur selepas rutin mencuci wajah. 

Sekiranya hujung minggu, terasa nak belai kulit. Essence toner ni juga boleh digunakan untuk membuat facial mask. Tapi korang kena cari facial mask kt daiso dlu la. Ni memang best, kalau rajin kulit jadi kurang berminyak, yang ada jerawat merah akan cepat reda dan kecut.

Langkah Ketiga : Penggunaan  DYXY Nourishing Essence (Serum)

Langkah ni paling penting untuk kulit yang sihat dan lembab. Bagi mereka yang baru pertama kali hendak menggunakan DYXY Skincare, dinasihatkan untuk cuma langkah satu dan dua dahulu untuk tempoh 3-5 hari. Selepas kulit makin serasi baru dimulakan dengan penggunaan serum.



Cara penggunaan serum adalah titis satu atau dua titis pada wajah selepas langkah dua. Kemudian ratakan dengan urutan lembut dari bawah dagu naik ke atas. Tepuk tepuk lembut wajah untuk mengalakkan penyerapan yang lebih sempurna.

Selain itu, ada juga yang suka letak serum dalam BC Cream dan ratakan ke wajah menggunakan Brush DYXY. Tujuannya untuk mekap jadi lebih cantik dan smooth.



Serum boleh dipakai setiap pagi dan malam selepas langkah satu dan dua. Nak pakai kerap pun boleh. DYXY serum ini dia takda bau dan bahan2 ramuannya semuannya natural tiada bahan kimia merbahaya.

Pastikan pakai secara konsisten yer. Sekiranya kulit tengah break out, jerawat tengah merah elakkan letak serum dikawasan tersebut. Cuma perlu langkah satu dan dua sehingga jerawat dah reda baru mulakan langkah ketiga.

Okay setakat ini sahaja perkongsian untuk cara penggunaan DYXY Skincare. Info lanjut ketiga-tiga produk DYXY skincare boleh baca disini.

Terima kasih.


0 comments:

Post a comment