Wednesday, 7 August 2019

Legoland Kami Datang : Bagaimana nak agihkan masa mencuba permainan di legoland?

Assalamualaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah pada 3 & 4 Ogos yang lalu sempurna juga janji nak bawa anak-anak bercuti ke Legoland Malaysia. Terakhir kami ke sana masa tahun 2015 masa tu tengah pregnant dan anak yang sulong baru umur 3 tahun.

Untuk kali ini memandangkan rasa macam nak pergi kerap haha so kami putuskan untuk beli tiket annual, boleh lah 3 bulan skali pergi ke sana.

Bagi mereka yang mempunyai masa yang agak suntuk, korang kena agihkan masa sebaiknya terutamanya yang ada bawa anak2.

Legoland ni ada permainan tertentu yang akan ramai orang dan waktu menunggu boleh cecah 30 min ke 60 minit. Biru jugak lah muka tunggu lama-lama ni kan haha.

 Sila pastikan korang beli tiket online untuk jimat masa atau datang awal.  Pilih tarikh percutian yang tidak melibatkan cuti umum. Yelah korang g time cuti sekolah memang berderu lah kat Legoland tu nak main apa pun nak kena beratur tak ke jenuh. Atau korang ada bajet lebih beli lah passs express tu cepat skit.

So panduan untuk korang nak bahagikan masa sekiranya korang target nak habis masa sehari je untuk ketiga-tiga tempat di legoland iaitu Theme Park, Water park dan Sealife.

1) Mulakan lawatan korang bermula dengan Water Park masa waktu pagi (sejam 30 minit ke 2 jam)

 Water park ni tak banyak sangat game dan waktu menunggu tu tak lama macam theme park. Masa akak gi hari sabtu tu kami ke Theme park dulu. Masa tu pun dah lambat kul 11.30 baru nak mula sebab kami sampai lambat haha dengan 30 minit beratur nak beli tiket.

Berdasarkan pemerhatian akak, ramai yang bawa anak-anak diorang akan ke sini dulu. Sebabnya airnya sejuk dan cuaca tak panas. Korang mungkin ambil masa dalam sejam 30 minit ke 2 jam untuk habiskan waktu kat sini.

Akak bawa anak seorang umur 7 tahun ketinggian lebih 120 cm dan seorang lagi ketinggian 105 cm. Di Water Park ini ada 4 kawasan je yang boleh anak-anak umur 4 tahun ke bawah dan ketinggian kurang 100 cm boleh main iaitu

Build -A -Raft River



 Jonker Soaker 

Jonker Soaker ni pun best jugaklah tapi ada dua slide yang macam mencabar skit paling atas tu ada penjaga kat situ diaorang akan ukur ketinggian anak yang 102 cm ke atas je boleh main.


 Duplo Splash



 Lego Wave Pool



Maaflah gambar tak berapa nak ada sebab handpone tak bawa sangat sebab dok main2 air ni kan.

Untuk permainan lain yang mencabar skit ada syarat ketinggian ada yang 102 cm dan ada yang 107 cm.

Untuk yang lepas kami naik sekeluarga ni permainan Red Rush. Agak best jugak anak akak yang bongsu punya la suka. Memandangkan masa tu macam tak ramai orang, kami main dua kali hihihi.



Yang lain semua anak akak yang bawah bongsu tu tak leh main sebab tak cukup 107 cm. Akak sempat ajak anak yang sulong naik berdua permainan Splas N swirl


Seronok jugak yang ni cuma anak akak dia tak minat yang mencabar macam ni. Budak kan suka lebih kepada yang biasa2 sebab diorang nak berenang dengan main air.

sementara husband melayan anak2 main di kawasan wave pool tu, akak sempat la main permainan lain secara solo. Antaranya;

Lego race slide memang takda orang haha. Akak naik turun sorang2 tapi serius macam seram sebab kedudukan dia macam superman tu haha. Naik skali je pastu dah lah seramm.

Kemudian try main twin chaser, sebelah kiri macam open sebelah kanan dia tertutup so gelap haha. Seram jugak lah tapi layan naik sekali jer sebab naik sorang2 sangat lah bosan haha. Yang ni takda nak menunggu sangat masa tu macam takda sambutan. Mungkin banyak yang datang ni bekeluarga dengan anak anak masih kecil so diorang banyak main yang kat bawah sesuai untuk anak anak masih kecil.




Dah puas main semua tu anak ajak pusing 2x kat Built A raft river pastu rasa 2kali kena simbah air daari tong besar kat Jonker soaker tu dah habis.

Dah puas main tu, kami tukar baju dan keluar dari Legoland pergi makan kat Medini Mall. Dah kenyang masuk semula solat dan sambung main theme park yang tak sempat main semalam.

2) Selepas makan dan solat sambung di Theme Park (3 Jam ke 5 jam)

Di Theme Park ni banyak sangat tarikan yang menarik. Tapi selalu tempat2 best ni waktu menunggu dia lama. Cuma berdasarkan pemerhatian akak, hari sabtu dan ahad, selalunya selepas jam 3 orang dah tak ramai macam waktu pagi. Kalau korang kejar masa baiklah amek pass express tapi kalau korang ada tiket dua hari ke annual boleh lah plan.

Kalau korang datang awal tepat jam 10 pagi, katakan lah masa tu tak ramai orang lagi pergilah main dulu The Great Lego Race VR pastu baru masuk water park.

Akak gi pagi ahad tu beratur sampai keluar haha so kami datang semula petang ahad kul 3, yang beratur tu kurang separuh dari yang beratur pagi. Tapi dalam tak ramai tu pun tunggu dekat sejam baru setel semua hahah.

 Tapi great lego race ni untuk anak ketinggian 120 cm ke atas yang boleh pakai VR spect tu.


Untuk Theme park ni boleh la bermula dari kawasan Lego Technic sini tarikan yang menarik The Great Lego Race. kalau tengok ramai sangat beratur baiklah korang skit naik benda lain dulu hihi. Yang lain tu biasa-biasalah anak2 pun bukan boleh naik sebab ada syarat ketinggian dan umur. Ada yang lepas ketinggian umur pulak tak lepas haha geram rasa eh kenapa gi jujur cakap umur sebenar anak. Kalau anak yang tinggi atas 110 boleh naik technic twister dan aquazone wave racer.

                                                aquazone wave racer 

(Kena umur 6 tahun ke atas dan 100 cm. Sian adik tinggi lepas umur tak lepas. Mak pulak jujur sangat cakap umur sebenar haha padahal ada jer family lagi satu lepas sebab dia cakap anak dia umur 6 tahun)


                                                        technic twister 

(untuk orang dewasa biasa je lah untuk anak2 mungkin suka)

Kemudian korang boleh ke Lego Kingdom. Sini ada 4 tarikan yang menarik iaitu The Dragon (roller coaster), The dragon apprentice , royal joust dan merlin's challenge. Akak naik semua dengan anak sulong sebab dia tinggi. Si adik dia tak lepas naik the dragon, tapi the dragon boleh tahan lah tinggi akak naik pun rasa seram hahaha. Sini yang nak menunggu pun the dragon dengan dragion apprentice tempoh menunggu dalam 20 min, ni akak main masa hari sabtu.

Akak Skip yang miniland dan miniland star wars sebab dah pernah pergi macam takda apa2, dia lebih kepada pameran.

lepas Lego kingdom kami singgah lego imagination. Sini anak main kat playground dengan ada mini train. Sambil2 rehat dan minum dan makan kudapan. Pastu tepat jam 2.30 kami g tengok 4d movie sempat la rasa salji turun hahaha. Lepas habis tu lajak ke ke Land of Adventure .

Naik Dino Island, ni korang memang kena bawa baju hujan kalau taknak basah. Akak dah la kena seat depan skali memang lencun habis tudung baju seluar kena percikan air masa landing.

Dino island ni untuk anak2 atas 120 cm sahaja. Lepas dino island kami naik Pharoah Revenge. Pastu yang lain2 tu tak main sebab anak2 tak minat.

Seterusnya dalam keadaan basah kuyup

Seterusnya korang boleh ke Lego Ninja. 

Lego Ninjago ni tarikan utama dia, ninjago ride ni baby pun boleh naik tapi dia punya penat tu haha. Siap sedia lah korang nak exercise tangan main tembak2 kuasa ninja dalam tu.

Keluar hujung permainan tu masing2 dah lenguh tangan.

lepas ninja go ni kami pergi ke Lego city, bermula dengan permainan rescue Academy, pastu kami skip airport city sebab macam dah tak larat main. Seterusnya junior driving school untuk bawah 5 tahun dan school driving untuk atas 5 tahun.

Boating school kami main petang ahad kebetulan memang tak ramai orang, masa sabtu tu nampak macam ramai orang dan masing2 dah penat.

Seterusnya akhir sekali penutup kami naik keretapi express kat lego city ni. Lalu lah miniland nampak lah skit2 kawasan2 lain.

Lepas habis tu masing2 dah macam kain buruk penatnya. Kami balik cari makan malam dan balik check in hotel. 

Tapi kalau korang balik hari yang sama, boleh je singgah jap sealife tu kami pergi hari ahad masa tu dah kul 5.40, lagi 20 minit nak tutup. Orang tu tak bagi stop lama2 suh jalan jer. So akak pun kemain express tak sampai 10 minit habis haha. Tapi sealife ni biasa je, macam aquaria KLCC lebih kurang tapi aquaria lagi besar kot dan puas.


Sekian perkongsian akak. Korang kena rancang betul2 sekiranya waktu terhad dan tengok jugak mood anak2 dengan cuaca semasa.

Secara keseluruhan memang akak puas hati semua dapat mencuba hampir kesemua tarikan2 utama. Macam tahun lepas kami pergi ke Disneyland Hongkong, masa tu tak plan banyak masa habis dengan menunggu dan kami tak dapat main banyak permainan dan haha paling frust terlepas pula pertunjukan last disney tu. 

So kalau yang nak rasa berbaloi bawa anak2 ke legoland, rancanglah sebaiknya kecuali korang amek tiket annual , lain kali boleh datang lagi main yang mana tak sempat.

Selamat petang.

Nanti ada masa kita update gambar2 kat legoland.














Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment