Wednesday, 7 August 2019

Legoland Kami Datang : Bagaimana nak agihkan masa mencuba permainan di legoland?

Assalamualaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah pada 3 & 4 Ogos yang lalu sempurna juga janji nak bawa anak-anak bercuti ke Legoland Malaysia. Terakhir kami ke sana masa tahun 2015 masa tu tengah pregnant dan anak yang sulong baru umur 3 tahun.

Untuk kali ini memandangkan rasa macam nak pergi kerap haha so kami putuskan untuk beli tiket annual, boleh lah 3 bulan skali pergi ke sana.

Bagi mereka yang mempunyai masa yang agak suntuk, korang kena agihkan masa sebaiknya terutamanya yang ada bawa anak2.

Legoland ni ada permainan tertentu yang akan ramai orang dan waktu menunggu boleh cecah 30 min ke 60 minit. Biru jugak lah muka tunggu lama-lama ni kan haha.

 Sila pastikan korang beli tiket online untuk jimat masa atau datang awal.  Pilih tarikh percutian yang tidak melibatkan cuti umum. Yelah korang g time cuti sekolah memang berderu lah kat Legoland tu nak main apa pun nak kena beratur tak ke jenuh. Atau korang ada bajet lebih beli lah passs express tu cepat skit.

So panduan untuk korang nak bahagikan masa sekiranya korang target nak habis masa sehari je untuk ketiga-tiga tempat di legoland iaitu Theme Park, Water park dan Sealife.

1) Mulakan lawatan korang bermula dengan Water Park masa waktu pagi (sejam 30 minit ke 2 jam)

 Water park ni tak banyak sangat game dan waktu menunggu tu tak lama macam theme park. Masa akak gi hari sabtu tu kami ke Theme park dulu. Masa tu pun dah lambat kul 11.30 baru nak mula sebab kami sampai lambat haha dengan 30 minit beratur nak beli tiket.

Berdasarkan pemerhatian akak, ramai yang bawa anak-anak diorang akan ke sini dulu. Sebabnya airnya sejuk dan cuaca tak panas. Korang mungkin ambil masa dalam sejam 30 minit ke 2 jam untuk habiskan waktu kat sini.

Akak bawa anak seorang umur 7 tahun ketinggian lebih 120 cm dan seorang lagi ketinggian 105 cm. Di Water Park ini ada 4 kawasan je yang boleh anak-anak umur 4 tahun ke bawah dan ketinggian kurang 100 cm boleh main iaitu

Build -A -Raft River



 Jonker Soaker 

Jonker Soaker ni pun best jugaklah tapi ada dua slide yang macam mencabar skit paling atas tu ada penjaga kat situ diaorang akan ukur ketinggian anak yang 102 cm ke atas je boleh main.


 Duplo Splash



 Lego Wave Pool



Maaflah gambar tak berapa nak ada sebab handpone tak bawa sangat sebab dok main2 air ni kan.

Untuk permainan lain yang mencabar skit ada syarat ketinggian ada yang 102 cm dan ada yang 107 cm.

Untuk yang lepas kami naik sekeluarga ni permainan Red Rush. Agak best jugak anak akak yang bongsu punya la suka. Memandangkan masa tu macam tak ramai orang, kami main dua kali hihihi.



Yang lain semua anak akak yang bawah bongsu tu tak leh main sebab tak cukup 107 cm. Akak sempat ajak anak yang sulong naik berdua permainan Splas N swirl


Seronok jugak yang ni cuma anak akak dia tak minat yang mencabar macam ni. Budak kan suka lebih kepada yang biasa2 sebab diorang nak berenang dengan main air.

sementara husband melayan anak2 main di kawasan wave pool tu, akak sempat la main permainan lain secara solo. Antaranya;

Lego race slide memang takda orang haha. Akak naik turun sorang2 tapi serius macam seram sebab kedudukan dia macam superman tu haha. Naik skali je pastu dah lah seramm.

Kemudian try main twin chaser, sebelah kiri macam open sebelah kanan dia tertutup so gelap haha. Seram jugak lah tapi layan naik sekali jer sebab naik sorang2 sangat lah bosan haha. Yang ni takda nak menunggu sangat masa tu macam takda sambutan. Mungkin banyak yang datang ni bekeluarga dengan anak anak masih kecil so diorang banyak main yang kat bawah sesuai untuk anak anak masih kecil.




Dah puas main semua tu anak ajak pusing 2x kat Built A raft river pastu rasa 2kali kena simbah air daari tong besar kat Jonker soaker tu dah habis.

Dah puas main tu, kami tukar baju dan keluar dari Legoland pergi makan kat Medini Mall. Dah kenyang masuk semula solat dan sambung main theme park yang tak sempat main semalam.

2) Selepas makan dan solat sambung di Theme Park (3 Jam ke 5 jam)

Di Theme Park ni banyak sangat tarikan yang menarik. Tapi selalu tempat2 best ni waktu menunggu dia lama. Cuma berdasarkan pemerhatian akak, hari sabtu dan ahad, selalunya selepas jam 3 orang dah tak ramai macam waktu pagi. Kalau korang kejar masa baiklah amek pass express tapi kalau korang ada tiket dua hari ke annual boleh lah plan.

Kalau korang datang awal tepat jam 10 pagi, katakan lah masa tu tak ramai orang lagi pergilah main dulu The Great Lego Race VR pastu baru masuk water park.

Akak gi pagi ahad tu beratur sampai keluar haha so kami datang semula petang ahad kul 3, yang beratur tu kurang separuh dari yang beratur pagi. Tapi dalam tak ramai tu pun tunggu dekat sejam baru setel semua hahah.

 Tapi great lego race ni untuk anak ketinggian 120 cm ke atas yang boleh pakai VR spect tu.


Untuk Theme park ni boleh la bermula dari kawasan Lego Technic sini tarikan yang menarik The Great Lego Race. kalau tengok ramai sangat beratur baiklah korang skit naik benda lain dulu hihi. Yang lain tu biasa-biasalah anak2 pun bukan boleh naik sebab ada syarat ketinggian dan umur. Ada yang lepas ketinggian umur pulak tak lepas haha geram rasa eh kenapa gi jujur cakap umur sebenar anak. Kalau anak yang tinggi atas 110 boleh naik technic twister dan aquazone wave racer.

                                                aquazone wave racer 

(Kena umur 6 tahun ke atas dan 100 cm. Sian adik tinggi lepas umur tak lepas. Mak pulak jujur sangat cakap umur sebenar haha padahal ada jer family lagi satu lepas sebab dia cakap anak dia umur 6 tahun)


                                                        technic twister 

(untuk orang dewasa biasa je lah untuk anak2 mungkin suka)

Kemudian korang boleh ke Lego Kingdom. Sini ada 4 tarikan yang menarik iaitu The Dragon (roller coaster), The dragon apprentice , royal joust dan merlin's challenge. Akak naik semua dengan anak sulong sebab dia tinggi. Si adik dia tak lepas naik the dragon, tapi the dragon boleh tahan lah tinggi akak naik pun rasa seram hahaha. Sini yang nak menunggu pun the dragon dengan dragion apprentice tempoh menunggu dalam 20 min, ni akak main masa hari sabtu.

Akak Skip yang miniland dan miniland star wars sebab dah pernah pergi macam takda apa2, dia lebih kepada pameran.

lepas Lego kingdom kami singgah lego imagination. Sini anak main kat playground dengan ada mini train. Sambil2 rehat dan minum dan makan kudapan. Pastu tepat jam 2.30 kami g tengok 4d movie sempat la rasa salji turun hahaha. Lepas habis tu lajak ke ke Land of Adventure .

Naik Dino Island, ni korang memang kena bawa baju hujan kalau taknak basah. Akak dah la kena seat depan skali memang lencun habis tudung baju seluar kena percikan air masa landing.

Dino island ni untuk anak2 atas 120 cm sahaja. Lepas dino island kami naik Pharoah Revenge. Pastu yang lain2 tu tak main sebab anak2 tak minat.

Seterusnya dalam keadaan basah kuyup

Seterusnya korang boleh ke Lego Ninja. 

Lego Ninjago ni tarikan utama dia, ninjago ride ni baby pun boleh naik tapi dia punya penat tu haha. Siap sedia lah korang nak exercise tangan main tembak2 kuasa ninja dalam tu.

Keluar hujung permainan tu masing2 dah lenguh tangan.

lepas ninja go ni kami pergi ke Lego city, bermula dengan permainan rescue Academy, pastu kami skip airport city sebab macam dah tak larat main. Seterusnya junior driving school untuk bawah 5 tahun dan school driving untuk atas 5 tahun.

Boating school kami main petang ahad kebetulan memang tak ramai orang, masa sabtu tu nampak macam ramai orang dan masing2 dah penat.

Seterusnya akhir sekali penutup kami naik keretapi express kat lego city ni. Lalu lah miniland nampak lah skit2 kawasan2 lain.

Lepas habis tu masing2 dah macam kain buruk penatnya. Kami balik cari makan malam dan balik check in hotel. 

Tapi kalau korang balik hari yang sama, boleh je singgah jap sealife tu kami pergi hari ahad masa tu dah kul 5.40, lagi 20 minit nak tutup. Orang tu tak bagi stop lama2 suh jalan jer. So akak pun kemain express tak sampai 10 minit habis haha. Tapi sealife ni biasa je, macam aquaria KLCC lebih kurang tapi aquaria lagi besar kot dan puas.


Sekian perkongsian akak. Korang kena rancang betul2 sekiranya waktu terhad dan tengok jugak mood anak2 dengan cuaca semasa.

Secara keseluruhan memang akak puas hati semua dapat mencuba hampir kesemua tarikan2 utama. Macam tahun lepas kami pergi ke Disneyland Hongkong, masa tu tak plan banyak masa habis dengan menunggu dan kami tak dapat main banyak permainan dan haha paling frust terlepas pula pertunjukan last disney tu. 

So kalau yang nak rasa berbaloi bawa anak2 ke legoland, rancanglah sebaiknya kecuali korang amek tiket annual , lain kali boleh datang lagi main yang mana tak sempat.

Selamat petang.

Nanti ada masa kita update gambar2 kat legoland.














Continue Reading

Tuesday, 9 April 2019

PROMOSI RAMADHAN 2 YOU DYXY

Berita gembira untuk peminat DYXY.

DYXY sedang membuat promosi DYXY Ramadhan 2 You yang pastinya menjanjikan  penjimatan berganda belian Set DYXY Ramadhan 2 you pada harga runtuh. Promosi berlangsung mulai 1 April 2019 sehingga 30 April 2019.

Antara Promosi Ramadhan 2 You adalah seperti berikut.

Ramadhan 2 You *Set A*

Pelanggan akan menerima 2 BC cream DYXY dan 2 Facemist yang mana harga asal adalah rm290. Jimat RM 40 dan dapat free postage.




Ramadhan 2 You * Set B*


Pelanggan akan menerima 2 BC cream DYXY dan 2 Lipstick yang mana harga asal adalah rm260 Jimat RM 30 dan dapat free postage.


Ramadhan 2 You * Set C*


Pelanggan akan menerima 2 Facemist DYXY dan 2 Lipstick yang mana harga asal adalah rm210 Jimat RM 30 dan dapat free postage.

Ramadhan 2 You * Set D*


Pelanggan akan menerima 2 Mascara DYXY dan 2 Lipstick yang mana harga asal adalah rm220 Jimat RM 40 dan dapat free postage.
Jom dapatkan segera selagi stok masih ada.

Untuk info lanjut produk DYXY boleh rujuk di bawah


Sekian terima kasih

Continue Reading

Saturday, 23 March 2019

Kebaikan Pobling Brush DYXY Skincare

Apa itu Pobling Brush?


Pertama kali tengok pobling brush rasa eh benda apa ni eh. Sebenarnya ini merupakan salah satu teknologi di Jepun rata-rata cleanser terkini terdiri daripada jenis bubble dan menggunakan pobling brush.

Ni lah rupanya pobling brush bagi yang tak pernah tengok lagi.


Apa fungsi Pobling Brush ni sebenarnya?

Pobling ni dengan tekstur lembut membantu untuk kita mencuci kulit dengan lebih mendalam. Kesan seperti scrub kulit atau double cleanse. Membantu untuk menanggalkan sisa kotoran atau sisa kulit mati yang terdapat di lapisan kulit kita. Kenapa perlu cuci bersih? Sebab kita taknak ia menjadi punca masalah kulit lain seperti pori tersumbat, minyak berlebihan dihasilkan oleh kulit dan paling serius pembentukan jerawat.


Kiranya mereka yang menggunakan Cleanser dengan pobling brush seperti sedang melakukan minifacial dirumah jimat dan hasil kulit yang menakjubkan.


Macam mana nak pakai Pobling Brush ni?

Pobling brush ni manual ye kawan-kawan so korang tekan pump bubble cleanser sekali atau dua kali bila keluar buih tu boleh la gosok kulit perlahan-lahan tak lebih dari 15 saat. Pengguna pobling brush ini digalakkan hanya 2-4 kali seminggu sahaja sekiranya berlebihan bimbang menyebabkan kulit kering. Kawan-kawan boleh cuci muka hanya menggunakan tangan dengan urutan membulat secara perlahan bagi hari hari tanpa pobling brush.


Kesannya memang best sangat rasa kulit di bahagian hidung yang ada blackhead ni rasa licin dan paling penting berkilat hihi.


Penggunaan secara konsisten mengelakkan pori tersumbat dan mengurangkan kejadian whitehead, blackhead dan juga jerawat.




Tak caya cuba la sekali. Ada promosi pengenalan untuk mereka yang mempunyai bajet rendah boleh cuba dengan belian starter combo DYXY dahulu.


Hanya rm99 untuk dua item ini.

Antara feedback dari kawan-kawan akak sendiri yang kali pertama menggunakan DYXY Skincare.



Sekiranya kawan-kawan mempunyai peruntukan lebih saya syorkan sangat dapatkan set basic DYXY yang tengah promosi sekarang dengan harga RM277. Terhad kepada 5000 unit pertama je tau.

Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan boleh wasap akak yer. Untuk maklumat lanjut item promosi DYXY skincare boleh klik disini.


Sekian, terima kasih.
Continue Reading

Testimoni DYXY Skincare Untuk Kulit Eczema

Mereka yang memiliki masalah kulit eczema ni mesti sangat sensitif dalam pemilihan makanan, persekitaran dan juga skincare.



Mereka yang mengalami eczema mempunyai kulit yang sangat sensitif yang mana kulit akan menjadi merah, keradangan dan ada yang menyebabkan kegatalan. Ada yang mempunyai tahap respon kulit yang serius sehingga menyebabkan kulit seperti melepuh atau melecur.


Antaranya mereka yang mempunyai masalah eczema ini mempunyai kulit yang sangat sensitif terhadap kehadiran bahan kimia tertentu dan pewangi sintetik.



Ini menyukar mereka yang mempunyai masalah eczema untuk mencari skincare yang serasi dengan kulit. Kesudahnya ada yang terpaksa cuci muka dengan air biasa sahaja atau homemade produk dengan fungsi minimum hanya untuk membersih.

Sebagai wanita mereka ini juga mempunyai keinginan untuk mempunyai rutin penjagaan kulit seperti wanita lain dan memiliki kulit yang glowing, segar dan mulus seperti bayi.

Kini dengan DYXY Skincare, memberi peluang kepada mereka yang menghidap eczema untuk mempunyai rutin penjagaan kulit yang terbaik seperti wanita lain.

Puan seri antara pengguna DYXY Skincare yang mengalami masalah eczema sehingga menyebabkan ada bahagian kulit di bawah hidung yang kering dan mengelupas.

Selepas 7 hari konsisten menggunakan DYXY Skincare alhamdulillah kulit serasi dan suami tegur kulit nampak makin glowing.


Alhamdulillah puas hati. Jom dengar review dari puan Seri sendiri.


Terkini keadaan kulit puan seri selepas hampir dua bulan menggunakan DYXY Skincare.




DYXY skincare ni bebas pewangi sintetik, paraben dan bahan-bahan kimia merbahaya. Diformulasikan daripada bahan natural seperti pati bunga dan pati botanical dengan teknologi dari jepun dan ramuan dari perancis.



Antara koleksi testimoni DYXY  Skincare yang lain adalah

3)Kulit sensitif
4)Naikkan seri wajah bakal pengantin

Untuk pertanyaan lanjut boleh wasap akak yer.

Sekian terima kasih


Continue Reading

DYXY Skincare disahkan selamat oleh SIRIM

Alhamdulillah berita gembira untuk semua peminat DYXY. DYXY Skincare telah bekerjasama dengan pihak SIRIM untuk menguji tahap keselamatan produk DYXY Skincare. Beberapa sampel telah dihantar kepada pihak SIRIM untuk diuji.


Beberapa ujian telah dijalankan oleh pihak SIRIM terhadap ketiga-tiga produk DYXY Skincare dengan menggunakan kaedah ASEAN Cosmetic Harmonized Testing  dan kelulusan adalah seperti di bawah.


Berdasarkan kelulusan tersebut didapati produk DYXY Skincare adalah mematuhi tahap keselamatan SIRIM untuk pengguna. Pengguna DYXY boleh menggunakan DYXY tanpa perlu risau lagi dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang merbahaya kepada kulit. Ibu ibu mengandung juga tidak risau untuk menggunakan rutin penjagaan kulit daripada DYXY. Selain sirim, DYXY skincare juga telah mempunyai not KKM.


 Nak tahu lebih detail tentang produk DYXY skincare boleh baca disini.

DYXY Skincare juga sesuai digunakan oleh mereka yang ada masalah kulit sensitif kerana DYXY diformulasikan dengan ramuan pati bunga dan botanical terdiri daripada bahan natural dan bebas bahan kimia merbahaya , paraben serta penwangi sintetik. Kami telah menerima feedback positif daripada mereka yang mempunyai kulit sensitif, testimoni kulit sensitif.

Sekarang DYXY promosi tengah ada promosi harga runtuh untuk pembelian Set Basic DYXY Skincare dengan harga RM277 untuk 5000 unit terawal. Dapatkan segera dengan wasap 0133507996. terima kasih





Continue Reading

Monday, 18 March 2019

Kulit Bakal Pengantin Makin Glowing Dengan DYXY Skincare

Sapa yang tak nak kulit glowing di hari bahagia kan? 

Kini anda boleh minifacial sendiri di rumah tak kira lelaki atau perempuan. Jimat sangat kan tapi hasil memang memuaskan. Baru la target nak glowing sebelum sanding tercapai.




Dengan ada DYXY korang dah tak perlu runsing dan risau kerana kesan seawal 5 hari kulit akan semakin glowing. DYXY Skincare yang diformulasikan dari bahan natural dengan fokus utama untuk menghidrat dan melembapkan kulit serta meningkatkan tahap kesihatan kulit. Kesan berbeza mengikut jenis kulit, ikut pengalaman sendiri seawal 3 hari dah rasa sesuatu yang best pada kulit. DYXY Skincare ni buat kulit rasa moist, rasa lembut dan selepas sebulan lebih konsisten nampak tekstur kulit makin halus dan paling penting parut jerawat makin reda. 

Bayangkan masa hari persandingan korang, muka naik seri nak bergambar untuk kenangan pun rasa happy sangat. 

Kulit Makin Glowing Seawal 3 Hari



Gembira tak lepas 3 hari cuba DYXY Skincare kawan-kawan perasaan perubahan pada kulit. Perubahan ini bergantung kepada kadar penyerapan kulit, ada yang seawal 3 hari dah merasai perubahan kulit makin segar, makin glowing dan tona sekata. Ada yang mengambil masa sehingga seminggu ke tiga minggu. Kalau majlis kahwin lagi sebulan sempat ni kak nak glowing di hari persandingan.

Jujur cakap memang berbaloi korang cuba DYXY Skincare ni sebab kualiti dia macam produk have have tapi harga dia tengah-tengah. Sekarang ni ada promosi jimat rm50 hanya rm277 je korang untuk 3 item DYXY Skincare yang best sangat tu.




Kalau beli secara loose bubble cleanser rm89 (100ml), essence toner rm109(100ml) dan serum rm129 (30ml) tahan sehingga dua ke 3 bulan bergantung kepada kadar penggunaan seseorang.


Bahan-bahan dalam ni premium dan mewah. Bayangkanlah hanya untuk menghidrat kulit saja ada 6 ramuan aktif tu belum kira untuk manfaat dan khasiat lain.

Kalau rasa takda bajet sangat boleh bermula dengan Starter Combo dengan harga serendah rm99.

AMINO BUBBLE CLEANSER SEBAGAI MAKE UP REMOVER

Berbaloi sangat tau beli sebab Cleanser DYXY ni boleh digunakan sebagai make up remover. Kandungan minyak kelapa dalam Skincare ini membantu untuk menanggalkan kotoran secara lembut dan memberikan kelembapan pada tahap optimum.

Buih yang sangat harus yang mana ia tak mengeringkan kulit selepas kita bilas dengan air. Ramai yang dah cuba bagi feedback positif.



Boleh jadikan sebagai minifacial 3 kali seminggu scrub muka guna pobling brush ni baru la pembersihan kulit lebih baik dan elakkan penyumbatan pori oleh sel kulit mati. Ni yang jadi kat kulit korang kalau tak cuci bersih.




Takutkan tambah dihari bahagia korang tiba kulit bermasalah terus boleh ganggu mood sehari.

Jue aziz pun suka dengan DYXY Cleanser ni katanya rasa kulit dia bersih jer. JOm kita tengok feedback dari pengguna DYXY Skincare.


Best sangat ker. Korang kena cuba tak cuba rugi Boleh digunakan sebagai rahsia pikat hati suami. Minta la bakal suami hadiahkan nanti lepas kawin boleh sama-sama buat minifacial di rumah. Pengantin lama pun boleh juga nak minifacial minta la suami hadiahkan sempena anniversary. Bestnya..


Video feedback dari Jue Aziz sendiri.

Nak tahu info lanjut berkenaan DYXY Skincare ni boleh roger akak yer. 

Selamat Petang



Continue Reading

Saturday, 16 March 2019

Kulit Sensitif Boleh Pakai DYXY Skincare Ker?

KULIT SENSITIF BOLEH PAKAI DYXY SKINCARE KER?

Bagi DYXY Lover mesti rasa teruja bila DYXY dah ada SKINCARE kan. Tapi mesti korang rasa runsing kalau kulit jenis sensitif ni. Takut tak sesuai dengan kulit.

Mereka yang mempunyai kulit sensitif ini bukannya cerewet tetapi mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan produk skincare ataupun kosmetik. Menurut pembacaaan akak, kulit sensitif ni ada pelbagai antaranya ia disebabkan kulit yang menipis. Mungkin seseorang itu dilahirkan mempunyai kulit yang nipis atau ada yang disebabkan trauma akibat pengguna produk yang salah sehingga menyebabkan kulit menipis. Kulit yang nipis ini menyebabkan ia sangat sensitif terhadap cuaca panas, bahan pewangi sentetik atau paraben dan kulit akan memberikan reaksi seperti kemerahan, gatal atau yang kering hingga berkerak.




Kulit sensitif ini adanya mungkin disebabkan cara hidup kita sebelum ini. Cara hidup atau aktiviti harian kita lebih kepada out door dan kita tidak mengamalkan pemakaian sunblock atau sunscreen untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Kulit tanpa perlindungan UV untuk tempoh yang lama boleh menyebabnya rosak dan tidak berfungsi dengan baik . Ini salah satunya punca terjadinya kulit sensitif.

Bagi DYXY lover dalam BC Cream DYXY ada SPF 50 tau, so korang sambil melawa sambil protect kulit gitu.

DYXY SKINCARE DARI BAHAN NATURAL





DYXY Skincare ini diformulasikan untuk membantu mereka yang mempunyai kulit sensitif merasai rutin penjagaan kulit yang baik. DYXY Skincare ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan natural untuk memulihkan kulit secara semulajadi tanpa menyebabkan pengelupasan. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam DYXY Skincare terdiri daripada pati bunga-bungaan dan bahan botanical seperti minyak kelapa, estrak chamomile, estrak cornflower, estrak pengaga, oat protein, licorice (pemanis semula jadi dalam makanan di perancis), soya jepun (natto gum), yeast extract dan sebagainya.








Bahan semulajadi ini memberikan aroma wangian secara semulajadi macam bau spa gitu serius wangi tanpa pengguna pewangi sentetik. Dalam DYXY Skincare ini juga tiada paraben ye kawan-kawan. So ibu mengandung pun tak perlu nak bimbang apabila nak cuba DYXY Skincare.

Bahan-bahan dalam DYXY Skincare ini diformulasikan untuk menghidrat kulit dan lock kelembapan dalam kulit. Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan berkerak dalam DYXY skincare ada 6 ramuan aktif hanya untuk melembapkan kulit. Ada bahan-bahan yang bertindak untuk mengurangkan keradangan (kemerah-merahan) pada kulit dan ada juga antibakteria agent untuk merencatkan pertumbuhan bakteria pada kulit.

Kulit Sensitif Lepas Bersalin Kembali Beseri Dengan DYXY Skincare

Kisah benar dari pengalaman Puan Seri salah seorang DYXY Lover dari Singapura. Beliau mempunyai masalah eczema pada kulit dan sangat takut nak cuba skincare sebarangan. Takut tindak balas yang serius berlaku pada kulit. Keadaan kulit semakin merudum selepas melahirkan anak mungkin disebabkan perubahan hormon. Dari masalah eczema di tambah pula masalah kulit berjerawat. Pada februari yang lalu Puan Seri nekad untuk mencuba DYXY Skincare dan alhamdulillah selepas 7 hari beliau dah rasai sedikit perubahan pada kulit. Paling mengujakan suami pun tegur kulit makin glowing. Bestnya kan.

Seterusnya ni akak share satu lagi testimoni dari DYXY Lover yang mempunyai kulit yang sensitif dan alhamdulillah DYXY Skincare ni serasi dengan kulitnya.

Bagi yang ingin dapatkan DYXY Skincare pada harga promosi jimat rm50 dan percuma hadiah limited edition daripada DYXY jom wasap akak segera

Sekian terima kasih













Continue Reading