Tips Untuk jadi Vendor di Vendor Butik
Butik Vendor ni bukan sesuatu yang baru. Ia dah viral sejak tahun 2015 lagi rasanya. Tumbuh bagai cendawan.
Butik Vendor ni apa sebenarnya?
Sebuah butik yang berkongsi pemasaran dan membina jaringan perniagaan bersama. Pemilik butik vendor ni akan menyewakan sedikit ruang premis kepada peniaga lain dan pemasaran akan dibuat oleh kedua-dua pihak.
Sapa yang sesuai untuk menyertai vendor butik?
Sertai sebagai vendor yang mana kita bayar sewa premis kepada pemilik vendor butik dan kita sama2 buat promosi di pelbagai media sosial sebagai hebahan bahawa produk kita ada dijual disitu. Vendor butik ni sesuai kepada mereka yang baru berjinak dalam perniagaan sama produk homemade atau ada produk dari mana-mana syarikat. Dengan kita menyertai vendor butik yang dah establish, peluang kita untuk meluaskan pemasaran produk kita kepada pelanggan-pelanggan dari vendor tersebut bertambah. Selain itu, pihak vendor juga merasa keuntungan apabila promosi kita di sosial media membawa prospek baru yang datang untuk mencari barang kita tetapi dia ke sana turut berminat barang-barang lain yang dijual disana. Nampak tak bagusnya vendor butik ni.
Tips Nak cari Vendor Butik apa yang perlu kita tahu?
1.Survey Lokasi Vendor Butik
Haaa yang ni paling utama. Kita jangan main terjah je letak barang di sesuatu butik. Kita mesti tengok lokasi dia tempat tumpuan ramai tak. Situ tempat selalu tumpuan ramai secara bermusim (perayaan sahaja) atau memang sepanjang tahun sentiasa oran ke situ. Penting ni sebab bila kita pilih butik yang selalu jadi tumpuan ramai tak kira musim,ia meningkatkan peluang barangan kita terjual.
Contoh rackzone bangi ni dia terletak di belakang warta bangi yang mana situ memang jadi tumpuan orang-orang bangi tak kira musim. Di kawasan situ ada kedai-kedai yang juai kelengkapan haji yang murah, ada salon dan spa muka haa menarik dan sewanya tidak mahal. Rackzone ni sendiri ada bisnes upah menjahit boleh dikatakan setiap hari ada yang berkunjung ke situ untuk tempah baju jahit