Pengenalan Asid Amino
Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan rahsia kulit cantik dengan asid amino jom kita kenali asid amino dan protein.Unit Asid amino nanti akan membentuk protein. Asid amino ini ada non essential dan essential amino acid.
Essential amino acid ini yang kita perlukan untuk nak bina protein yang badan perlukan.
Manfaat Protein Kepada Kulit
Antara manfaat protein kepada manusia adalah ia membantu menjadikan kulit lembap, anjal, tona warna kulit sekata dan banyak lagi.Haaa apa pulak kaitan asid amino , protein untuk kulit yang cantik. Yelah kan sebahagian daripada badan kita terdiri daripada protein.
Meh nak tunjuk keratan rentas kulit yang menunjukkan kehadiran protein yang terbina dari unit asas asid amino.
haaa nampak tak rahsia disebalik kulit cantik, anjal, kurang berkedut adalah disebabkan fungsi yang dimainkan oleh kolagen dan elastin. Apabila badan kurang pengambilan sumber yang berasaskan protein macam mana badan nak menampung keperluan kulit untuk membina kulit yang sihat, memulih dari luka atau jerawat atau masalah kulit sunburn. Nak kulit cantik kulit gebu dan sekata kenalah rajin amalkan protein.
Peranan Protein Terhadap Warna Kulit
Haa warna kulit juga ada kaitan jugak dengan fungsi protein yer.
Sebelum meh kita tahu serba sedikit berkenaan melanosit dan melanin.
Melanosit merupakan Sel di lapisan bawah epidermis kulit yang mana berperanan menghasilkan melanin. Melanin merupakan sejenis pigment yang menentukan warna kulit seseorang. Taburan melanin yang lebih tinggi dan padat akan memberikan warna kulit yang gelap.
proses melanogenesis juga melibatkan enzim yang juga merupakan sejenis protein. Oleh itu sangat penting kita pastikan pengambilan protein yang mencukupi dalam diet seharian supaya kulit kekal sihat cantik dan beseri dengan protein. Sebaliknya bila badan kurang protein yang sedikit sebanyak mempengaruhi proses melanogenis. Pemulihan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari juga terjejas. Menyebabkan timbul masalah pigmentasi pada kulit iaitu melasma atau jeragat. Dimana tona kulit menjadi tidak sekata dan lama kelamaan masalah kulit yang lain timbul
Manfaat Hormonal Protein Terhadap Kulit
Untuk makluman kita, protein ini ada pelbagai jenis jika kita kategorikan mengikut fungsi dan salah satunya adalah hormonal protein.
Haa so wanita dan hormon ni berkait dengan kulit juga. Bila mana hormon kita tak stabil kadang mempengaruhi aturan period, menyebabkan punca terbentuknya jerawat atau pigmentasi kulit yang tak sekata (selalu terjadi kepada wanita hamil)
so keperluan protein ni sangat la penting untuk kesihatan kulit kita membantu kita mengekalkan keremajaan kulit (struktur kolagen dan elastin sentisa kukuh ), kelembapan kulit, warna kulit yang sekata, mengurangkan pembentukan jeragat, membantu membina kulit baru yang sihat dan macam-macam la kan.
Sumber protein ini ada pelbagai dari daging, dari sayuran, telur dan macam-macam lagi la.
Macam saya, seorang ibu yang bekerja kadang-kadang waktu pagi yang singkat menyebabkan saya sebelum ini terskip sarapan pagi. Sekarang ini dengan ESP mudah hanya shake shake dan terus minum.
ok nanti kita sambung next post berkenaan kadar keperluan protein seharian.
Sekian, terima kasih
Nice info tq sharing
ReplyDeletesetakat ni sha jarang skip breakfast haha tapi kalau dapat shaklee ni okay jugak takdelah nak telan nasi lemak tiap hari
ReplyDeletesangat stuju ttg protin utk kulit sebab sblom ni kita biasa dgr protin utk bina otot shja. thanx for the info dear, insyaAllah kna amalkan protin n trutamanya protin dr tumbuhan. :)
ReplyDeleteLisa
www.blogmamalisa.com
CCL pun pengguna esp shaklee
ReplyDeleteInfo bermanfaat..tq share
ReplyDeleteProtein penting dalam proses membina sel-sel baru. Memang elok untuk orang yang nak repair balik kulit yang rosak
ReplyDeleteESP Shaklee ni the best. product wajib restock kalau habis.
ReplyDeleteAsid Amino memang penting untuk proses pembaikan sel (sel repair). Kadang-kala perlu juga makanan tambahan kerana kerap-kali apa yang kita makan tak cukup.
ReplyDeleteBest mkn source protein cam steak tu..haha
ReplyDeleteanother reasons to have meats and protein!
ReplyDeletei wan to have a flawless skin as well!
you are what you eat is very applicable to this posting !