Bagaimana kedutan pada wajah terbentuk.
Haaa mesti ramai tertanya tanya macam mana kedutan pada wajah tu boleh terbentuk. Kedutan atau garis halus pada wajah ada yang bersifat sementara iaitu ketika kita melakukan ekpresi wajah dan ada kedutan wajah bersifat kekal akibat proses penuaan.
Struktur Lapisan Kulit
Sebelum mengetahui proses pembentukan kedutan jom kita kenali dahulu struktur pada lapisan kulit kita.
Kulit kita terdiri daripada 3 lapisan iaitu Epidermis, Dermis dan hypodermis seperti rajah di atas.
Setiapnya mempunyai fungsi masing-masing
Epidermis (lapisan atas) - perlindung kulit daripada faktor luar contoh yang paling mudah sinaran matahari.
Dermis (lapisan tengah) - mengandungi pelbagai tisu penghubung yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit, membekalkan nutrisi dan oksigen kepada sel-sel kulit di lapisan epidermis dan memberikan bentuk dan keanjalan kepada struktur kulit (fungsi kolagen dan elastin)
Hypodermis (lapisan bawah) - menyimpan lemak untuk membantu dalam proses mengawal suhu badan.
Bagaimana Kedutan Terjadi Pada Wajah Terjadi
Kedutan pada wajah terbentuk apabila sel-sel atau tisu-tisu di ketiga lapisan kulit di atas mula menyusut dari segi fungsi masing-masing atas faktor penuaan atau juga disebabkan oleh faktor luar seperti sinaran UV berlebihan faktor radikal bebas yang lain.
Apabila usia meningkat atau disebabkan faktor luar lapisan epidermis kulit mula menipis sehingga menjejaskan fungsinya untuk memerangkap lembapan di dalam kulit dan ini menyebabkan kulit menjadi kering dan garisan halus terbentuk dan lama-kelamaan kulit mula berkedut.
Selain itu juga, didapati sel kulit pada lapisan epidermis akan mula menyusut sebanyak 10% bagi setiap 10 tahun pertambahan umur. Yelah badan dan tua so proses nak hasilkan sel-sel baru jugak menyusut.
Seterusnya bahagian dermis yang mengandungi tisu sokong mula hilang keanjalan, kurang kepadatan dan penghasilan kolagen juga makin berkurang menyebabkan bentuk kulit berubah menyebabkan kulit mula berkedut.
terima kasih
sekian.
0 comments:
Post a Comment