Monday, 7 December 2015

Sunday, 6 December 2015

9 Makanan Berkhasiat Untuk Naikkan Platlet Darah

Assalamualaikum

Lanjutan entry sebelum berkaitan dengan jangkitan demam denggi.

Denggi cukup sinonim dengn penurunan kandungan platlet dalam darah secara mendadak. 

Berikut saya kongsikan 9 Jenis makanan yang berkhasiat dalam membantu menaikkan semula platlet darah serta pembentukan hemoglobin (untuk wanita mengandung)

1. Buah/Jus Delima





Delima ni kaya dengan kandungan zat besi. Zat besi ini penting dalam pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Pengambilan jus delima/buah delima dapat membantu menaikkan bacaan platlet dan Hb dalam darah.



2.Susu








susu kaya dengan kalsium, vitamin K dan ptotein fibrinogen penting dalam pembekuan darah dan melancarkan peredaran darah..bagi yang xsuka minum susu boleh amalkan produk tenusu lain seperti keju, yogurt..



3.Makanan Yg kaya "Folate"
















Folate atau Vitamin B9 penting dalam pembentukan sel-sel dalam badan. seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 400mg folate/day. Pengambilan makanan yg kaya folate seperti buah oren, bayam, asparagus, buah kiwi..sedkit sebanyak dalam membntu menaikkan semula platlet darah... 

4.Makanan Kaya Protein





"Lean protein" kaya dengan zink dan vitamin B12. Macam orang kita banyak amalkan sup ketam.. ketam antara yang kaya dengan protein membantu dlm peningkatan platlet dalam darah.



5. Jus Daun Betik Muda


Berkhasiat dalam membantu pembentukan sel-sel darah sekaligus membantu dalam menaikkan bacaan platlet darah.

6."Cod Liver Oil & Flax Seed Oil"


Minyak ini berfungsi dalam meningkatkan sistem imuniti badan dan melancarkan peredaran darah. kalo xjmpa boleh la try omega guard (minyak ikan jugak.)

7. Makanan kaya dengan Vitamin A

Vitamin A berkhasiat untuk pembentukan platlet yang sihat. Selain itu juga penting dalam membantu pembentukan protein dalam badan. Antara makanan kaya dengan vitamin A adalah lobak merah, labu..

8. Sayur-sayuran Hijau (Kaya Chlorophyl)

Chlorophyl penting dalam pembentukan hemoglobin darah dan pembentukan sel darah merah.

9. Makanan Kaya Vitamin K


Vitamin K membantu pembentukan sel-sel dalam badan secara optimum. Selain itu bagus juga untuk proses pembekuan darah.

Akhir sekali.. paling penting pastikan pengambilan air kosong yang banyak melebihi 3 L sehari.

Ok setakat ini sahaja.. harap bagi rakan-rakan yang mengalami masalah platlet rendah atau Hb rendah (wanita mengandung) boleh cuma amalkan makan-makanan dalam senarai di atas.


sekian..

assalamualaikum



Continue Reading

Friday, 4 December 2015

Testimoni Shaklee Denggi Semasa Hamil

Assalamualaikum

Alhamdulillah balik dari sabah tempoh hari selsema dah semakin berkurangan.. tapi anak saya yang sulong pula demam panas dah berlarutan hingga ke hari ke 4.

Trauma jugak sbb pernah kena denggi masa 2nd pregnncy masa kandungan ke 31 minggu.. warded 5 malam jugak la.. Masa ni virus denggi serang di bahagian hati menyebabkan gangguan fungsi hati.

Doktor dapat detect bila bacaan enzyme daripada Liver Function Test lebih tinggi daripada yang normal.

Jangan amek mudah ye kawan-kawan DENGGI semasa HAMIL sangat-sangatla membahayakan ibu dan janin dalam kandungan.


DENGGI ni ada dua jenis iaitu denggi biasa dan denggi berdarah

DENGGI ni disebarkan oleh nyamuk aedes yang dijangkiti virus denggi.. hati-hati ini.. kena make sure kat rumah takde tpt2 takungan air.. untuk cegah pembiakan nyamuk aedes

DENGGI ni simptom2 mula kelihatan seawal hari ke 3.

Macam saya demam panas waktu malam dan sakit badan berlarutan sehingga hari ke 3.

Klinik refer amek darah hari 4 &5. Masa hari ke 5 baru dapat detect bacaan platlet darah menurun dari paras normal... terusla dapat surat rujuk bahagian kecemasan hosp..alhamdulillah masa tu saya dan kandungan selamat...

sepanjang saya kena denggi.. doktor galakkan saya minum air kosong banyak.. asalnya kena drip air.. sbb saya dapat minum konsisten lebih 3L sehari.. doktor buka drip tu..

saya pun ada cuba hirup sup ketam (ni tak suka...adehh) dan makan buah kiwi untuk naikkan semula platlet darah.. makanan lain untuk naikkan platlet darah boleh baca diSini

Nak naikkan platlet darah memang ada bermacam-macam iktiar makanan yang dapat membantu.

TAPI macam mana kalo ada GANGGUAN pada FUNGSI HATI (LFT) ni macam mana pulak nak buat kan. 

BUNTU juga la masa kena dulu last-last cari jumpa info dalam blog mengenai kes yang sama. Beliau amalkan VIVIX untuk turunkan semula bacaan LTF ke paras normal.


Saya pun cepat-cepat hubungi kawan saya ketika itu untuk dapatkan Vivix bagi mencari iktiar untuk menurunkan bacaan LFT akibat serangan denggi ketika hamil.

alhamdulillah hari kedua beriktiar dengan Vivix bacaan LFT semakin menurun dan doktor benarkan saya untuk keluar hospital dan teruskan follow up sehingga bacaan LFT turun ke paras Normal 
 

                                                      Harga : Rm 475 (150 ml)
                                              Jimat 15 % berdaftar sebagai ahli


Maklumat lanjut berkenaan Vivix boleh klik link VIVIx

Ok kalo untuk denggi biasa antara iktiar daripada shaklee ialah

1) Performance Drink
                                                 Harga : Rm 86.25 (539 g)(exclude postage)
                                              Jimat 15 % berdaftar sebagai ahli

  • Membantu menstabilkan cecair dalam badan
  • Memberikan tenaga dan daya ketahanan fizikal
  • Meningkatkan daya ketahanan badan 
  • Mencegah penyah-hidratan
*Biasanya denggi Dr akan galakkan untuk minum banyak air untuk kekal hidrasi kerana ia berkait juga juga kepekatan darah. Bahaya apabila kepekatan dari menurun dengan mendadak.

*Lazimnya orang kita akan amalkan 100 plus untuk denggi ni. Performance juga merupakan sejenis minuman isotonik cumanya ia kurang gula dan mengandungi Maltodestrin yang bantu lambat proses kehilangan air dari badan.

                                    
 2) Nutriferon

  • Pengambilan Nutriferon sebagai Immune Booster yang meningkatkan tahap imunisasi badan dalam melawan penyakit.
  • Nutriferon dipatenkan ekslusif satu-satunya interferon semulajadi di dunia malah formula yang digunakan adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan
  • sekiranya sering mengalami masalah kesihatan seperti kerap demam, selsema, alahan, asma dan antibodi lemah sangat-sangat disyorkan untuk beriktiar dengan Nutriferon untuk bantu tingkatkan ketahanan badan dalam melawan serangan penyakit.

                                        Set denggi RM 240 (exclude postage)
                                            Jimat 15% mendaftar sebagai ahli
                           

  Sebelum kawan-kawan lain terkena baikla cegah dlu ye..




esk pagi nak bawa anak g amek darah harap2 bukan denggi.

TIPS Merawat Denggi


baikla setakat ini sahaja perkongsian.. 

salam jumaat..

assalamualaikum
Continue Reading

Wednesday, 2 December 2015

Tuesday, 1 December 2015

Kembara di Bumi Anbia Part 3 : Merentas Sempadan Bahasa

Assalamualaikum



Malam ni tiba-tiba saya terkenang asma' sahabat yang saya kenal masa di hari pertama di Madinah. Pengalaman menyelinap ke raudah ketika hamil.asma' merupakan orang tempatan di madinah..walaupun perbezaan bahasa & negara..beliau ramah & sangat membantu sya disaat pertama kaki ingin menjejak ke taman syurga iaitu Raudah.. semoga asma' dan rakannya berada dalam keadaan sihat & sentiasa dilindungi 



Detik2 perkenalan saya adalah apabila saya  pertama kali ingin masuk ke raudah.. saya dijadual untuk ke raudah bersama mutawif & kumpulan saya pada malam tersebut..


Walaubagaimanapun hati rasa teruja & saya berasa sangat rugi kalo saya lepaskan peluang untuk ke sana ptg ini..

Usai solat zohor di masjid nabawi sya sms husband bagi tau saya agak lambat sebab saya cuba nak masuk ke raudah..saya maklumkan supaya suami tidak menunggu lama diluar.

Selepas selesai solat zohor saya lihat petugas wanita (kami panggil polis arab).hehe..mulakan tugas memasang tali untuk membuat sempadan.. dimana saya difahamkan jemaah perlu menunggu giliran mengikut kumpulan negara..

Memandangkan itu merupakan kali pertama saya pun tak pasti..saya cuma melihat je ramai jemaah wanita berpusu mengerumuni beberapa pintu..sebelum ada sebahagiannya dihalau & diminta untuk duduk dikawasan menunggu..

Saya ketika itu sedang berdiri berhampiran pintu masuk yang ramai org berpusu..kalo lihat dari segi pemakaian..rasanya situ kumpulann turki..masing berdiri tunggu masa sahaja pintu dibuka untuk ke laluan menuju ke raudah..

Pada masa itu ada polis wanita perasan saya sebab cara pemakain saya tak mengambarkan group tersebut..saya disuruh pergi ke pintu sya tak tau..tp rasanya utk jemaah tempatan..confuse kot polis tu sebab sya pakai serba hitam dari tudung hingga ke jubah..dh mcm orang tempatan..muka pulak ada iras arab (cewahh perasan..haha)



Sya pun pun berlalu pergi tapi saya tak tau nk tuju ke mana..kemudian sya nampak asma' dan rakan2 masuk semula ke tempat tadi dan menyelinap perlahan & berselindung belakang jemaah turki masa polis tu sedang sibuk menghalau jemaah lain..saya pun ikut jejak mereka.. 

Bila polis tu dtg jemaah turki pun  turut bantu..heheh diorang sorokkan saya bawah selendang diorang..haha ni memang kelakar..tapi baik hatikan diorg.. sempat la bertegur sapa..dlm bahasa ayam & itik..

Seterusnya asma & rakan2 pulak menegur saya..mereka ingat saya orang tempatan..kan dah kata..hehe sbb tu polis arab tu confuse..

Bila tahu sya dr malaysia & saya seorang nampak macam terkapai..diorang pun pimpin la tangan saya masa dalam proses menyelinap masuk ke laluan raudah..

Ada masanya kami berlari2 anak..haha lupa diri la tu tengah mengandung..alhamdulillah dipertemukan dgn mereka..sepanjang ke sana..mereka yg menunjuklan laluan kepada saya..

setiba di Raudah..

Saya sangat terkejut sbb orang ramai bersesak & berhimpit2 ..ada yang hmpir terjatuh & terpijak..

Asma' dan rakannya husna  sentiasa pegang tangan saya..ada sekali sya hampir terjatuh sbb kena tolak..sbaik mereka tarik..kalo x..abisla kena pijak..

Pertama kali saya masuk mereka menunjukkan makam2 para sahabt.. mereka ada bercerita sdikit sebanyak..tapi nampak riak wajah mereka sayu & sedih bila dapat menjejakkan kaki disitu..tiba  dibahagian depan raudah..mereka berdua mengepung kiri kanan saya macam body guard.. mereka membuat isyarat tangan memberi ruang saya bersolat sunat..

Baru sya tahu kalo tak buat mcm tu..keadaan berhimpit2 kalo xde yg jaga..nnti takut kepala kita kena pijak masa sujud atau kena tolak dari depan atau belakang masa solat..

Kemudian kami bergilir2..

Syukur Allah permudahkan perjalanan UMRAH ketika hamil sgt didatangkan dua sahabat ini untuk membantu saya sepanjang saya disana..kemudian slesai solat sunat disana..kami kuar untuk memberi laluan kepada jemaah lain..diluar raudah sebelum membawa haluan masing2..kami bersalaman & berpelukan..

Ya allah xsangka pertemuan sesingkat itu masih terkesan hingga ke hariini..

Walaupun berbeza warna kulit..bahasa..tetapi islam yang menyatukan kami.. bersyukur sgt spnjg sya disana sntiasa diprmudahkan..

pada malam tersebut saya mengikut kumpulan saya untuk memasuki raudah.. walaupun terpaksa menunggu lama tetapi rasa puas hati kerana mendapat peluang agak lama berada di raudah dalam keadaan agak selesa daripada petang tadi..

Bersyukur walaupun tempoh masa berada di Madinah agak singkat saya diberikan peluang untuk menjejakkan kaki kesana.

semoga rakan-rakan saya lain juga dimurahkan rezeki untuk menjejakikan kaki ke tanah haram..

Assalamualaikum..

Bersambung selepas in.. hehe



Continue Reading