Thursday, 18 October 2018

Tips Susun Dokumen Keluarga Secara Teratur

Assalamualaikum dan Selamat Pagi


Haa hari ni akak nak kongsi skit la tips susunan dokumen yang teratur untuk memudahkan korang nak cari dan capai apabila diperlukan. Seeloknya kalau dah bekerluarga korang susun la dokumen ikut kategori sebab makin lama akan makin banyak dokumen.




Dokumen Keluarga




Haa jom kita tengok apa dokumen yang boleh korang simpan dan kategorikan. Macam akak masa bujang dulu akak simpan sijil akademik dan sijil sukan jugak sijil beranak. Tu pun simpan la dalam bekas clear folder mudah nak guna untuk temeduga ye dak. Pastu buku akaun ASB ke pasport ke akak main sumbat je dalam tu haha.

Lepas dah kahwin dapat pulak suami yang jenis teratur. Nah disusunnya semua dokumen keluarga ikut kategori dalam fail kertas macam kat bawah ni.



Nampak macam dah lunyai kan haha yelah mana tak lunyai dari 2011 ni haa. Buka tutup buka tutup mau tak rabak. Cadangan kategori

1)Peribadi (Sijil beranak/Sijil Nikah/Buku Hospital/Buku Pink)


Boleh la masuk apa apa yang berkaitan dalam ni Macam akak kami asingkan untuk suami, untuk akak sendiri dan anak-anak. Cuma anak-anak ni kami dah upgrade guna Folder keras macam ni, Mudah supaya nanti anak nak masuk sekolah nak masuk universiti semua dokumen pasal mak ayah ni perlu. So simpan dari sekarang secara teratur  supaya akan datang senang nak cari. ada paham. Hihi


Haa serius yang ni memang mudah sebab susunan pun cantik dalam laci kabinet besi ni dan tahan lasak. Tapi susunan kat dalam tu tak teratur lagi hahah. Kalau korang rajin susun la teratur lagi bagi cantik.

2) Pelaburan/Bank

Buku-buku bank akak semua masuk dalam ni.  Seeloknya asingkan sebab kita tak tahu akan datang keluarga makin bertambah kan banyak. Cuma akak punya projek ni belum sepenuhnya belum pindah kan lagi yang dari fail kertas ke folder keras ni kekangan bajet. Maklumlah dah cuti tanpa gaji ni hihi kena tunggu ada duit lebih kita buat lagi secara berperingkat.

3) Urusan Perkhidmatan

Haaa untuk yang bekerja, masuklah segala surat kenaikan pangkat. Surat lantikan surat pengesahan dalam perkhidmatan. Segala mak nenek berkaitan perkhidmatan simpan supaya nanti akan datang korang nak guna tak susah nak cari. Kenapa kena EKSA ni, supaya korang senang nak cari dokumen dalam masa yang singkat dan dokumen tu selamat.

4)Urusan Kuarters

Bagi yang tinggal di kuarter atau ada rumah sewa haa simpanlah segala dokumen berkaitan deposit kontrak senang nanti dah nak pindah nak uruskan pasal deposit kuarters api dan air tak sakit kepala nak cari. Yelah kalau korang dok 3 ke 4 tahun oklah kan kalau dok sampai berbelas tahun baru pindah mau ke mana dokumen tu hilang.

5) Dokumen Rumah atau Sewaan

Haa kalau korang ada rumah dan buat sewaan. Haa buka satu folder untuk simpan butiran kontrak dengan penyewa dan segala dokumen berkaitan loan untuk rumah tu. Satu rumah satu folder. Kalau banyak rumah buat asing la sebab akan datang bila dokumen tu akan beranak jadi tebal. Dokumen kontrak  sewaan ni penting juga simpanan untuk declare LHDN nanti. Juga sebagai dokumen sokongan untuk tunjukkan ke bank korang punya pendapatan bulanan dari sewaan. Nak cerit lebih akak tak pandai sebab urusan sewa ni encik suami yang uruskan. Korang nak tanya pasal DYXY atau Shaklee laju akak jawab.

6)Kursus

Ni ikut korang nak buat ke tak. Macam suami akak dia rajin simpan sijil sijil kursus dalam satu folder ni mungkin akan datang nak guna boleh cari. Tapi setakat ni takda kot kecuali time korang nak isi LNPT hihi betul tak.

7)LHDN dan Zakat

Haa ni penting jugak untuk e filling. Kalau korang tak kena query takpa kalau kena query macam ada seorang kenalan akak tu. Jenuh la dia nak cari balik segala dokumen sokongan  bukti untuk pelepasan cukai tahun tahun terdahulu. Segala sijil bayar yuran pengajian ke beli buku ke boleh la letak sini untuk rujukan akan datang kalau korang ada mohon pelepasan cukai masa isi e filling


Apa lagi tak ingat dah hahaha so buat la kategori ikut keselesaan korang. Yang atas ni cadangan akak je


Satu lagi macam akak kami simpan dalam almari kabinet berkunci macam kat ofis tu. Kami beli almari ni kat kedai secondhand dengan harapan kalau terbakar ke banjir dokumen dalam ni selamat. Semoga dilindungilah kami sekeluarga dari bencana.

Hihi ni susunan yang cantik teratur tu bila masa time malas main sumbat je kan. Haha takpa nanti dari masa ke semasa kita kemas tunggu bajet 2019 hihi.

Sampai disini sahaja perkongsian akak

Terima kasih singgah membaca

Sekian






10 comments:

  1. Replies
    1. Hihi husband akak yang mulakan tapi serius memang mudahkan urusan nak cari dokumen.

      Delete
  2. bagusnyaa Dayah..akak dulu bab filing bukan kat ofis jer sampai kat rumah tapi la ni macam dah caca merba hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya ni filing pun carca marba jugak, husband yang rajin. Tapi bila mood malas main sumnbat je dalam folder tu

      Delete
  3. waa bagusnyaa. tersusun sikit semua dokumen. tips berguna sgt ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mudah nak cari dokumen, almaklum anak dah nak sekolah macam nak dokumen.hihi terima kasih singgah

      Delete
  4. Ada-tu ada fail tapi tak semua hahaha...
    Bila tengok ni macam datang semangat pulak nak buat jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sila kak buat nanti mudah kemudian hari

      Delete