Wednesday, 24 October 2018

Sesi Pembelajaran Luar Kelas Kedai Nasi Manggey

Hai assalamualaikum dan Selamat Malam

Maaf lah kesibukan semalam tak sempat akak nak tulis entry.

Semalam akak ada sesi pembelajaran luar kelas untuk subjek kewangan. Kelas akak dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu memerhati sektor makanan dan minuman atau perkhidmatan. 
(Alamak gambar classmate yang terpotong tu maaf la, dan gambar abang yie tu akak rahsiakan atas permintaan)

Pemerhatian lebih kepada untuk melihat perjalanan perniagaan, pengurusan kewangan dan perakauan kedai sama ada teratur atau tidak dan membuat unjuran prestasi perniagaan tersebut berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang diterima daripada pemilik kedai.

Haaa sebelum bergerak haruslah cabut undi haha baru lah adil takda rasa tak puas hati. Alhamdulillah bertuah tangan wakil kumpulan kami, kami dapat tajuk makanan dan minuman. Wehooo makanya makan-makan sambil buat pemerhatian.


Lokasi yang terpilih secara rawak adalah Warung Kita di Kajang tak jauh dari UKM. Serius akak tak perasan pasal kedai makan ni padahal classmate akak kata kedai memang popular dan ada beberapa cawangan.



So sebelum bergerak ke kedai haruslah ada briefing dulu supaya nanti kat kedai takda lah blur hihi. Sampai kedai masing teruja dan biasa lah dah kata perempuan mulalah sesi selfie hihi.

 Amboi kusyuk sangat dengan kawan kita dok brief bagi jelas apa nak buat.

 Haa muka kanak-kanak rebina gembira nak pergi makan-makan.


Kemudian dengan sekitar kedai dan mulakan buat pemerhatian dari segi menu, harga dan pelanggan dan konsep yang dibawa oleh kedai ini.



Tengah makan-makan skali owner kedai datang tegur salah seorang kawan kami ajak sembang. Rezekilah terpijak namanya dan kebetulan abang ni pun sangat humble dan sporting. Haa tarik kerusi lah ajak dok skali sembang.

Sambil-sambil sembang tu selit lah tanya soalan untuk nak bantu lengkapkan pemerhatian dan analisa kami. Alhamdulillah abang yie ni sangat tak kedut ilmu macam-macam yang dikongsi dan siap bagi nasihat lagi kat kami untuk mulakan perniagaan.

Haa dah siap makan , pemerhatian pun dah buat apa lagi balik lahhhh hahahah.

Sambung buat assignment kat rumah. Hari ini pulak bersambung untuk sesi pembelajaran luar kelas di untuk subjek undang-undang pulak.

haa best sangat tau kos ni so kalau korang rasa nak sambung boleh buat perancangan dari sekarang hihi.

Doakan dipermudahkan sesi pembelajaran luar kelas kami yang lain. Lepas ni nak pi jauh skit hihihi. Sambil tu kumpul duit untuk jualan carbootsale ahad ni. Kawan-kawan sekitar bangi jemputlah singgah banyak yang menarik menanti korang.

Jemput baca : carbootsale UKM Bangi.


6 comments:

  1. Alahai..teringat zaman belajar dulu. Selalu lepak makan NASI VANGGEY. Tapi yang ni nasi manggey..haha nak dekat-dekat dah namanya tu.

    Kalau makan mesti share ngan member. Nasik nya setambung. Memang tak habis kalau makan sorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. panggil tu kat ipoh kan, akak pernah jugak singgah vangey tu yg manggey ni masakan dari orang kelantan macam nasi kukus jugak la sebenarnya tapi rempah dia sendiri

      Delete
  2. Nasi manggey memang best.. fuhhh nikmatnya makan... Rindu pula zaman belajar buat task mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan best nasi manggey ni banyak pun banyak.

      Delete
  3. terbaek :)

    singgah n follow sini.. Harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah. Dah follow blog sis sebelum ni lagi.

      Delete