Monday, 22 October 2018

RUTIN SENAMAN PAGI KE ARAH MISI KAKI KURUS

Lama sangat akak akak tinggal rutin senaman. Ada pun training bila nak ada acara haha.  Tapi serius bila tinggal rutin berlari dan pemakanan tak jaga memang akak ni senang sangat naik dari pinggang ke bawah. 

Sebenarnya kurus ni lebih kepada nak sihat dan nak mudahkan pergerakan ni bila badan terasa berat mula la segala penyesalan datang haha. So sebelum terlambat baiklah kita mulakan semula rutin senaman hari sekurang-kuranya dalam sebulan harap ada sedikit perubahan.


Untuk kurus ni kena keazaman ni doakan lah haha akak berjaya konsisten. Bak kata suami dah cuti belajar tu guna la masa sebaiknya dan guna peluang ni untuk capai body goal kita. Sebelum ni akak pernah berjaya turunkan badan selepas bersalin dulu turun dalam 22 kg jugak la. Sekarang haha berat dah naik. Sempat la merasa badan kurus sampai cecah angkat 60 kg. Siap shopping seluar baru berkoyan koyan kan tapi sekarang dah 70 kg balik nangis hujung bucu katil. Seluar shopping masa kurus tu dah start sendat.


Sekarang nak mulakan balik senama 30 minit sehari secara konsisten. Akak fokus untuk kecilkan peha. Senaman untuk kecilkan peha ni banyak korang search jer kat youtube memang banyak.

Haa untuk kali ni akak amalkan Cinch Shake Mix Chocholate sebagai meal replacement untuk sarapan pagi. Lepas dua minggu akak consume Cinch Shake ni memang terasa pada badan, otot-otot rasa lebih kenyal tak mengelebeh. Nanti lah rajin skit akak buat review, tunggu misi kurus berjaya untuk kali ini. Buat masa ni boleh singgah baca tip kurus dayah. Sebelum ni akak lebih kepada consume ESP.

Setakat sini saja terima kasih




6 comments:

  1. Rajinnya. Hihi. YEA dari dlu azam nak kurus n kecilkan peha tp azam tggl azam hahaha. Betul tu kena keazaman yg tggi nak kurus. Keep it up kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer kena gigih dan konsisten. Alhamdulillah hari ketiga dah hihi

      Delete
  2. Tak boleh nak berlari sangat lutut sakit aka meniscus tear nak bernetball pun kena stop jap huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh yeke kalau tak lari buat senaman yang bersesuaian hihi

      Delete
  3. Semoga kita sama2 istiqomah nk sihat ye kak. Ana pun alami kenaikan badan seperti sis. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom sama2. Awal-awal memang rasa susah kalau lama2 insyallah ok

      Delete