Sunday, 21 October 2018

Pergi Yang Tidak Kembali


Assalamualaikum dan selamat Pagi.

Jarang sangat akak post sesuatu yang sedih. Hari ni alhamdulillah ada kekuatan.


Meh akak kongsikan detik detik pada tanggal 4 Januari 2017. 

Kebetulan pada tahun baru 2017 akak dan keluarga mentua merangcang untuk bercuti ke Langkawi kami bertolak 1 atau 2 Januari 2017 kalau tak silap naik kereta (kali pertama bawa kereta naik feri ke Langkawi) melalui Jeti Kuala Perlis.


Sebelum akak bercuti tu akak ada maklumkan kepada arwah nanti mungkin akan singgah sama ada masa perjalanan pergi atau selepas bergerak balik.

Tapi memandangkan perjalanan pergi tu dijangka kami sampai pun dah petang, kalau singgah parit buntar akan jadi malam. So akak ingat nak singgah balik masa perjalanan pulang.
Gambar lama masa arwah pernah jatuh sakit masa 2016.


Masa akak ke Langkawi tu akak tak sempat nak call arwah Abah.

Tapi masa 4 Januari pagi tu akak dapat wasap daripada kakak sulong maklumkan arwah abah tenat kat Hospital Parit Buntar. 

Masa tu akak baru nak sarapan terus rasa macam takda selera nak makan. Sambil tunggu berita terkini daripada kakak sulong, akak terus rasa tak tenang scroll tiket penerbangan dari Langkawi ke Penang tapi flight yang ada masa tu petang kul 3 ke 4 ptg.

Tengah suapkan anak makan, 30 min lepas wasap dapat call daripada kakak yang abah dah takda . Perasaan dia macam tak tergambar sedih. Akak tak nangis masa tu tapi rasa macam kepala tu blur tak tau apa nak buat, Tak boleh fikir sebentar.

Husband ajak balik ke bilik hotel bertenang dan tanya keluarga bila rancang nak kebumi. Sambil tu akak terus amek sepasang baju masuk dalam beg galas dengan dokumen diri.  Berbincang dengan suami sebab kalau suami ikut skali nanti macam mana urusan kereta kami mentua tak berapa nak boleh drive jauh. Dengan keadaan tergesa-gesa ni takut nanti akak tak sempat nak jumpa arwah sebelum dikebumikan. So kami putuskan untuk akak gerak sorang esok tu suami dan keluarga mentua datang. Sebab naik feri kargo dah ada timing bukan nya setiap jam ada.

Masa akak google nampak ada feri dari Langkawi ke Penang jam 10.30 pagi. Masa tu dah pukul 10.10 memang terus naik teksi, suami dan anak anak hantar sampai ke Jeti Feri Langkawi.

Sepanjang dalam feri tu tiba-tiba segala kenangan bersama arwah abah macam flashback lalu kat kepala. Makanya banjir la akak sorang-sorang sambil tutup muka dengan shawl. Merah abis hidung

Satu persatu kenangan dengan arwah keluar.

 Gambar masa hari pertunangan 18 September 2010 (masa ni abah sihat badan pun berisi)

Kenangan arwah hantar akak pergi MRSM Beseri, kami pergi berdua je masa tu sebab kekangan kewangan. Kenangan arwah datang naik motor hantar makanan dan duit ke USM penang masa akak tengah belajar degree.



Kenangan arwah memandang jauh sayu masa hari last akak jumpa di kampung. Masa akak balik kampung 2 bulan sebelum tu.

Kadang-kadang datang penyesalan, dulu masa akak kecil-kecil dulu akak selalu rasa tak puas hati dengan arwah abah sebab kewangan kami selalu tak cukup.

Sayangnya seorang ayah, akak rasa jaranglah dulu bajunya berganti dengan yang baru. Asalkan anak-anak dapat tukar baju baru setahun skali masa raya.

Sebelum arwah pergi dia dah rasa lega sebab kebanyakan anaknya dah berjaya dan dah bekeluarga. Anak perempuan semuanya ada penjaga. Anak lelaki cuma adik yang bongsu tu yang belum habis belajar degree. Dia pun pesan pada akak supaya jaga suami sebaiknya.


Sampai di Penang akak naik feri ke Butterworth. Butterworth akak yang kedua datang amek.

Alhamdulillah sempat jugak akak lihat wajah arwah dan cium dahi untuk kali terakhir.

Sedih sangat masa tu dalam hati " Abah dayah dah datang.. dayah minta maaf sebab takda masa saat akhir. Ampunkan salah silap dayah selama ni. Semoga Allah ampunkan segala dosa abah dan tempatkan abah dalam kalangan orang yang beriman"

Anak mana yang tak terkilan. Terkilan sangat sebab arwah pergi dalam keadaan menunggu nak jumpa anak yang disayangi.

Masa akak sampai, kakak sulong cakap arwah abah minta kemaskan rumah untuk akak, kot kot nanti nak singgah masa perjalanan pergi atau pulang dari langkawi.

Sedih dan rasa menyesal kalau akak singgah masa sebelum pergi Langkawi mungkin sempat akak berjumpa arwah untuk kali terakhir. Dah ditentukan segala-galanya. Tapi akak still bersyukur sempat sempat sampai tengok arwah buat kali terakhir.

Perasaan masa tu tak tergambar rasa pedih sampai sekarang sambil menaip akak rasa mata ni basah bila mengenangkan detik tu.

Keesokannya akan nampak mak memang sedih dan rasa sangat kehilangan arwah abah. Akak nampak sebelum ni mak banyak bergantung kepada arwah abah.

Bila arwah abah dah takda nampak la kehilangan yang besar. Akak tak dapat bayangkan untuk hadapi kalau kehilangan suami dalam keadaan mengejut.

Sepanjang malam tu kami bersembang, dengar mak cerita pasal arwah abah. Kata-kata terakhir sebelum abah pergi.

Menurut mak, arwah abah nak ke surau berhampiran rumah sebelum subuh. Sebelum pergi dia minta mak kuncikan pagar dua tiga kali ingatkan seolah olah perginya tak kembali.

Mak cerita pandangan abah masa tu sebelum dia berjalan ke surau nampak sayu. Dia seolah olah pandang ke rumah dan mak untuk kali terakhir.

Mak cerita orang surau maklumkan abah tersadung masa tengah jalan dalam surau. Masa tu belum subuh. Masa jatuh tu orang surau panggil mak dan diorang ada maklumkan nampak tanda-tanda macam arwah dah tak lama.

Lepas kejarkan ke hospital tak lama tu abah pergi selamanya.

Tak sampai setahun arwah pergi, Mak pula pergi dalam keadaan mengejut. Nanti akak share dalam next entry.

Memang akak jarang berkongsi kesedihan ni, kesedihan bila hilang yang tersayang ni sangat perit. Luka yang takkan sembuh.

Bila ada memori manis lalu di fikiran luka tu berdarah kembali.

Hanya kiriman doa dan sedekah mampu akak kirim dikalanya rindu itu datang.

Oklah sampai disini saja, tiba rasa macam nak banjir.

Pesanan akak, hargai yang tersayang selagi masih ada dan bergambarlah untuk kenangan. Ralat sebab memang jarang bergambar dengan arwah.


Terima kasih singgah membaca dan sambil tu mohon sedekah bacaan Alfatihah dan doakan diampunkan dosa arwah abah dan mak akak.

Sekian, terima kasih.





6 comments:

  1. Ya Allah sedihnya cerita akak. Rasa nak nangis dh ni baca. Huhu. Semoga akak kuat ya. Al-fatihah untuk parents kak dayah

    ReplyDelete
  2. Mengalir air mata saya baca kisah ni... Cerita kita lebih kurang sama kak. Saya tak sempat jumpa arwah ayah. Dapat panggilan daripada mak kat kampung ayah dah tak ada. Banyak pengorbanan arwah ayah. Saya pon daripada keluarga yang susah. Cerita kita sama... Cuma yang membezakannya, saya tak kawen lagi masa arwah ayah meninggal. Saya baru 3 bulan start keje... :(

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah untuk arwah abah. Semoga rohnya di tempatkan bersama kalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin terima kasih mendoakan semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan

      Delete