Friday, 19 October 2018

Cabaran Nak Tangkap Gambar Visa Untuk Kanak-Kanak

Hai Assalamualaikum dan salam hujung minggu.

Hari ni akak nak berkongsi berkenaan cabaran untuk nak tangkap gambar visa anak yang umur bawah 3 tahun.


Format Gambar Pasport atau Visa (Mulut tutup)

Cabaran bukan setakat nak tangkap gambar visa jer , masa nak buat pasport jugak. Akak ni bukan lah jenis travel. 

Ini kali kedua travel bersama anak dan kali pertama untuk adira (anak kedua akak). 


Masa sesi bergambar pasport kat kaunter ni, tak berjaya setelah berapa kali percubaan sebab dia asyiklah nak buat tangan peace pastu mulut senyum nampak gigi. Dah cuba dekat 3 ke 5 kali mula la mood lari. 

So pegawai bertugas minta kami bawa anak ke bilik khas disitu ada yang bantu tangkap gambar guna handphone. Kenapa handphone sebab kamera handphone ni dia cepat capture gambar. Sekejap je brother tu buat ,skali tangkap dah ok. Sebab masa tu adira macam takut , dia ikut je orang tu suh tutup mulut sepantas kilat selesai. Fuhh lega.

Tapi tulah lupa nak minta soft copy kat fon sebab background dah putih patut boleh dah guna untuk Visa ke China. Masa buat pasport tu bulan 5 kot so tak teringat pasal ni.

Mood Anak Dalam Keadaan Baik

Untuk gambar visa ni, kali pertama ni dari rumah dah macam mood tak ok sebab bergaduh dengan si kakak berebut barang. Bila dah start bergaduh ni mood tak oklah. Sampai kat kedai macam ok skit tapi bila sampai turn dia , dia mula la ragam dia. Hihihi pot pet pot pet tak tutup mulut. Memang tak berjaya lah nak tangkap gambar. Kesudahnya adira pun dah stress tengok ramai pulak beratur nak bergambar so kami balik lah dulu. Gambar kakak, mama dan abah je siap.

Kedai Tutup Hari Ahad

Kali kedua pulak kedai gambar banyak tutup hari Ahad jenuh la pusing cari. Si adik nampak macam mood ok dan boleh bagi kerjasama. Di rumah abah dia ajar suh tutup mulut. Banyak kali lah adira praktis " Mama acamni tutup mulut" hhahah. Adik tutup mulut terus dia mulut gaya mulut tutup. Dah kedai tutup kita pergi hari lain la adik yer.

Salah Pakai Baju Warna Putih

Kali ketiga tu encik suami wasap nak tak petang ni kita cuba bawa adik pergi tangkap gambar visa. Lajak dari taska teruslah pergi kedai gambar. Masa tu terlupa la adik ni pakai baju putih pula adoii. Dia dah ready nak bergambar dah , pastu jurugambar kata " akak baju warna gelap takda ker ni background putih tak nampak nanti. Aduh tepuk dahi kami. Sebaik beg purple adira galas tu ada baju gelap. Kami memang selalu standby satu persalinan dalam beg bergerak tu. Alhamdulillah selepas berkali selesai. Banyak kali sebab yelah budak sat kepala senget sat bahu senget berapa kali baru ok. Ada yang cakap asal tak tangkap gambar kat rumah. Dah cuba tapi kadang angle muka tu tak ikut spec yelah. Malas nak fikir dan dah kesuntukan masa pergi kat kedai gambar dan pastikan mood anak dalam keadaan baik.



Haaa lega akhirnya siap juga simpan CD untuk guna kalau perlu lagi lepas ni. Rasanya kalau dah besar umur dah 4 tahun ke atas dah pandai kot bagi kerjasama.

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga nak ke Hongkong dan Senzhen bulan 12 ni. List nak shopping tak buat lagi, Haha tak tau apa nak shopping kat Senzhen nanti.

Haaa korang kalau ada anak yang banyak ragam ni pastikan mood dalam keadaan ok dan baju warna gelap supaya urusan bergambar tu nanti sekejap selesai. Gaya rambut pun kena bagi nampak telinga.

Oklah setakat ni sahaja. Selamat berhujung minggu

6 comments:

  1. Semoga dipermudahkan nak melancong nanti.

    ReplyDelete
  2. shopping kan untuk syaza ahahaha i bank in apa best sana? ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha google apa yang best nanti bagi tau akak sebelum 1 disember

      Delete
  3. Haha... Teringat pulak fiza dgn anak fiza. HaHaritu ambik gambar kemain susah... Last² dapat jugak walaupun banyak kali percubaan.

    Semoga percutian Dayah sekeluarga nanti dipermudahkan hendaknya. Aamiin 😊

    ReplyDelete