Thursday, 18 October 2018

Bila Geng Minat Sushi Reunion

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Baru berkesempatan nak tulis entry ni. Awal Oktober lalu akak ada reunion mini unit masa akak mula-mula kerja dulu. Betullah orang yang pertama ni selalu dekat di hati. Dulu masa 2008 akak bertugas di JPA menguruskan dan memantau pelajar Tajaan Biasiswa JPA yang belajar di luar negara. Tapi akak kira pemantau di Malaysia je lah.




Ni lah antara peneman susah dan senang masa akak di sana. Walau pun tugasan di sini bagi antara yang sibuk la setakat akak bekerja beberapa tempat ni tapi akak rasa seronok sebab environment memang best. Kawan-kawan ni dah macam adik beradik kita susah senang. 

Korang mesti ada kawan-kawan lama yang diingati. Haa kawan-kawan sekolah , matrik dan universiti ada lagi yang akak masih contact cuma nak berjumpa tu kadang-kadang susah sebab masing-masing ada komitmen masing-masing.

Kami bertiga masing-masing dah bertugas di tempat lain, kawan saya yang baju hijau ni namanya Farah sekarang berada di Terengganu dan seorang lagi bertudung hitam ni namanya Farzana.

Insyallah nanti November ni kami akan pergi ke Terengganu reunion beramai-ramai untuk majlis kahwin Farah nanti. Doakan semuanya dipermudahkan.




Gambar tahun 2012

Bukan senang tau nak jumpa kawan-kawan yang senang serasi pastu hihi yang penting minat makan Sushi hihi. So kalau ada sushi bonanza memang selalu jugak la kami bertiga jom makan sampai lebam. Yang terbaru reunion stahun 2018 masih memilih Sushi king sebagai lokasi tempat lepak. 

 Gambar Tahun 2018


Haa akak kalau makan sushi inari lah paling kegemaran akak pastu edamame (kacang hijau ) sos pulak akak suka yang manis tu letak wasabi skit pergggh berasap hidung haha.

Abaikan muka akak tu, haha konon nak post macam menikmati inari tapi dah nampak macam orang yang lapar sangat. Almaklum lah masa baru lepas abis kelas. Lepas kelas mesti perut lapar.

Haa dari mana akak minat makan Sushi?

Sebenarnya masa zaman sekolah rendah dulu selalu tengok rancangan sitcom kat tv yang ada pertandingan ada kena makan sushi pastu pakat menangis bila kena wasabi tu. Haaha masa zaman 90 an tak ingat apa nama rancangan tu. Haa dari situ memang rasa teringin la nak cuba sushi dan wasabi. Pedas sangat ke wasabi tu sampai boleh menangis.

Kita ni makan cili padi banyak pun boleh tahan lagi, pedas sangat ke wasabi tu.

So masa akak kat USM dulu tahun 2005 kot kali pertama akak makan Sushi. Hahah masuk tu try la wasabi.

Ish wasabi dia lain skit dari cili api, amek banyak memang hidung rasa sakit boleh keluar air hidung. Hahah tak caya korang try laa.

Bagi yang jenis tak makan Sushi untuk permulaan baru nak belajar makan korang cari la Sushi yang jenis dah masak bukan yang ada raw . Orang takut makan Sushi sebab ingat Sushi ni semua benda raw. Kalau nak cuba akak suggest korang try la ni.

Edamame 
Ni kegemaran akak kalau datang Sushi king tapi dah bekerluarga ni dah jarang la haha skali skala je sebab langkah penjimatan tambah sekarang dah bercuti tanpa gaji. Edamame ni hari tu akak da beli yang frozen kat Aeonbig hihi puas hati la makan sampai kenyang. Tapi sebelum makan kena rebus dulu yang beli frozen tu. Rasa sama je.


Inari

Inari antara yang husband belajar makan mula2 dan terus suka. Dalam dia ada nasi dan luar tu rasa macam manis-manis sedaplah. Boleh try kalau sapa yang tak pernah makan sushi.


Haa ni pun antara yang akak suka tori karage eh nama macam hidustan pulak haha. Ni sebenarnya ayam goreng je letak mayonis tapi rasa diaa ok la sedap.

Haa Golden Ball ni antara yang akak suka cuma sekarang ni dah ramai buat sendiri kat rumah. Korang boleh google resepi tengok macam mudah sangat. Tapi serius sedap cuma kalau makan banyak-banyak muak la skit.

Haa banyak lagi sebenanya yang best korang boleh cuba satu satu. Nanti tekak boleh masuk sushi yang dah masak baru la try yang raw.

Satu lagi sushi yang akak suka dan murah ada Sushi Empire memang sedap dan murah. Selalu kalau akak singgah Tesco IOI mall mesti akak singgah tapau untuk anak-anak sebab sushi dia ada yang rasa dia unik takda di Sushi King.

Tapi korang kena belum petang la, kalau malam lepas magrib tu selalu nya dah tak banyak pilihan.




Haa korang kat sini ada ker yang peminat Sushi. Kalau ada geng la kita. Sushi yang lain akak tak pernah la try lagi.

Haa setakat ni je akak kongsi. Eh tiba2 jer terkongsi pasal sushi haha paadahal nak citer pasal reunion kan

Terima kasih singgah membaca 

Sekian,


4 comments:

  1. skrg masih di JPA ke?
    seronok kan bila dpt reunion :)
    mcm² story keluar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing2 dah pindah. Sekarang saya tengah cuti belajar tukar jadi student pulak.hihi

      Delete
  2. Saya pun suka sushi, wasabi tu mula taste mmg torture sesgt, hidung kembang kempis, dh lelama oklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan wasabi tu kalau tak biasa kena cuba skit dulu

      Delete