Monday, 15 October 2018

Bergelar Pelajar Keusahawanan dan Inovasi di UKM

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari

Rasanya ramai kawan-kawan yang belum mengetahui mengenai Program Sarjana Keusahawanan dan Inovasi di bawah UKM. Haa sini meh saya cerita skit la. Cerita skit la nak cerita lebih akak baru je mulakan semester yang pertama.



Sarjana Keusahawan dan Inovasi Secara Full time Atau Part Time

Haa untuk adik-adik yang dah habis belajar ijazah sarjana dan masih tercari-cari kerja dan sekiranya terdetik untuk terjun dalam dunia keusahawanan. Eloklah korang join Sarjana Keusahawanan dan Inovasi di UKM Bangi ni. Program ini kalau sepenuh masa minimum ditawarkan 3 semester dan maksimum 6 semester (yang lama2 ni selalunya part time). Yang part time kalau tak silap kelasnyan waktu weekend di kampus KL tau. Yang Full time je kat Bangi ni di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.


Program Coursework

Haa berita gembira bagi yang tak suka research, untuk peringkat master program ini ada dalam bentuk Coursework. Masa akak masuk ni awal2 lagi dah diberi cadangan subjek yang perlu diambil untuk 3 semester. So korang jangan terlepas pulak. Seeloknya ikut yang Fakulti dah aturkan sebab kalau korang tertinggal kena ambil dengan junior la nanti. Sebab program coursework nanti ada tugasn berkumpulan, so lebih selesa bila korang ikut cohort asal. Kalau tertinggal batch takut nanti dengan junior korang takda pilihan nak masuk group mana. Untuk program ni takda tesis tapi korang kena buat projek paper perancangan bisnes tak kisah la servis atau produk. Kos ni bagi akak agak menariklah sebab korang belajar banyak benda yang sedikit sebanyak membantu untuk tambah pengetahuan berkenaan keusahawanan.

Kumpulan untuk Semster 1 2018


Kelas Setiap Selang Seminggu

Haa bahagian sangat sebab kelas diadakan hanya 2 minggu sebulan. Macam semester pertama ni, kelas akak setiap minggu genap (untuk oktober ni minggu kedua dan keempat). Tapi bila ada kelas tu penatlah sampai lebam lah kelas dari jam 9.00 pagi sampai 12.00 pastu sambung pulak 2.00 petang sampai 5.00m petang mulai selasa sampai Jumaat. Ada kalanya kelas sampai ke petang. Adakalanya sampai tengahari dan pensyarah akan bagi tugasan untuk cover kelas sebelah petang.


Jadual Kelas untuk 3 Sem (cadangan je mungkin akan berubah)

I Folio UKM

Haaa almaklumlah akak ni dah 10 tahun grad dari USM. Masa dulu mana nak ada sistem ni semua. Sekarang ni kat UKM, tugasan ke nota kuliah ke asssigment ke semua nak akan guna medium ifolio ni. Haaa kan senang.



Tiada Exam Final

Yahooo ni yang best, tapi ni untuk semester pertama la. Semester kedua dan ketiga akak tak sure la lagi. Pensyarah maklumkan mungkin akan diadakan quiz atau test OPEN BOOK. Dan paling melegakan % tak banyak 30 % ke bawah. Haa so kena score tugasan individu dan berkumpulan lagi 70%. 

Lawatan Luar dan Anjurkan Program

Haaa dalam program ni akak tengok kena biasakan diri untuk anjurkan program dam akan ada beberapa siri lawatan luar untuk buat pemerhatian berkenaan apa yang kami belajar. Sebagai contoh ada senior sebelum ni buat lawatan sesuatu premis untuk lihat sama ada usahawan tersebut mempunyai sistem perakaunan dan pengurusan kewangan secara teratur atau tidak. Ada kumpulan sebelum ini mengadakan lawatan ke luar negara (China kalau tak silap) untuk lihat apa yang kita boleh belajar melalui peluang perniagaan di sana. Kami juga perlu anjurkan satu program untuk aplikasikan pengetahuan berkenaan ilmu pemasaran. Pemasaran ini bukan setakat iklan je tau, sebelum sesuatu produk di keluarkan biasanya sesebuah syarikat akan membuat kajian pasaran untuk melihat target group yang sesuai.

Haa kesimpulannya program ni banyak praktikal untuk korang terapkan kemahiran yang perlu ada dalam seseorang usahawan.

Sebagai usahawan yang berani ke depan, korang kena belajar untuk kenal pasti peluang yang ada di sekeliling kita yang belum diterokai dan melakukan inovasi untuk menjadikan produk korang unik dan menjadi pain killer kepada permasalahan yang di hadapi oleh orang di luar sana.

Haa ni akak share salah satu aktiviti kami JUmaat lepas untuk melatih minda berfikir secara kreatif


Kami diberikan Binder Clip dan perlu menghasilkan sesuatu yang berguna dan boleh dijual.  Group sebelah kami tu dapat hanger besi. Dua lagi kumpulan dapat penyepit baju kayu dan sudu plastik. Siap kena buat poster tau tapi sebab kena guna apa yang ada so kitrang tulis guna tangan lah yer. Kalau boleh guna laptop memang dah canggih dah poster hahaha.

Binder Clip
Binder Clip matching untuk aksesori cekak model kita ni.
 Aksesori sepit rambut (abaikan besar sebab ni je yang ada)


 Hasil inovasi kami tukar binder clip jadi aksesori untuk ibu dan anak (cekak, sepit rambur, brooch dan getah rambut)

Yang uniknya, kami gunakan tick tack warna hijau untuk lekatkan binder clip dengan cekak/getah/brooch yang mana waktu kecemasan korang boleh buka tick tack tu dan tukarkan semula aksesori tu jadi binder clip. Haa boleh la buat kepit kain terkoyak atau pin kain yang tertetas sementara nak balik jahit.

Haaa sampai disini je yer. Insyallah nanti kita share lagi aktiviti menarik akak sepanjang di program ini

Sekian terima kasih





8 comments:

  1. Wah, cantik jadinya cekak tu,
    memang inovatif betul! Hehe.
    Good luck ya sambung master ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah. Tengah praktis lagi kemahiran kreatif ni

      Delete
  2. ����������ada jual tak cekak tu,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum jual, ni untuk assignment kelas je awak. Insyallah nanti dah ready produk sendiri untuk dijual saya share di entry blog. Terima kasih singgah

      Delete
  3. Memang kreatif... Best jugak course ni. Huhu. Bilala Fiza nak sambung master la hai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ni pun lepas 10 tahun abis belajar baru nak ada peluang sambung belajar, nanti saya doakan ada rezeki fiza sambung belajar.

      Delete
  4. Tahniah sambung master. :)
    kita dh 4 tahun tinggalkan zaman belajar.

    nak sambung master, tp belum diberi kekuatan lagi.hukhukhuk

    *** tgk clip tu serius tak terfikir pun blh jadi cekak bagaiiiii.hahaha, terbaiklah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lagi 4 tahun, kita dah 10 tahun ni tinggal belajar baru ada seru hihi. Terima kasih singgah

      Delete