Friday, 26 October 2018

Sesi Pembelajaran Luar Kelas Ke Mahkamah

Sesi Pembelajaran Luar Kelas Subjek Undang-Undang Perniagaan


Haa hari selasa kita pergi terjah kedai makanan nasi manggey untuk aktiviti pembelajaran luar kelas subjek kewangan. 



Hari Rabu kita ke Mahkamah KL pulak untuk dengar kes komersial di Mahkamah dagang.

Kami hadir sebagai pemerhati dan walaupun permulaan rasa macam blur haha yelah kali pertama seumur hidup akak jejak kaki kesini. Tambah pulak dengan kawan-kawan classmate happy go lucky melayan lah diorang akak nak bergambar kenangan macam macam gaya tu.




Berdasarkan kes tersebut dapat la kami belajar sesuatu dan berhati-hati bila masuk dunia perniagaan ni. Kadang-kadang tindakan tu simple jer nak tolong kawan-kawan set up syarikat dalam SSM. Guna nama korang jadi proxy untuk pengarah dalam syarikat tu. 

Situasi macam ni jangan diambil ringan buatnya syarikat tu ada masalah kewangan dan gulung tikar kan tak pasal korang terheret skali masuk mahkamah sebagai bila mana nama korang ada sebagai salah seorang pengarah dalam syarikat tu maka ada tanggungjawa yang korang bawa. 

So nak tolong kawan tengok dulu baik buruk sama juga macam kawan minta tolong jadi penjamin biasiswa anak ke penjamin loan kereta ke, pikir panjang takut terkena menyesal kemudian hari.

Haa ni perbincangan apa arah tuju nak balik UKM ke nak ke MITI sambung kelas.

Lepas sesi di mahkamah terus kami ke MITI untuk sambung sesi kelas. Kat MITI ni kami pinjam bilik kat library untuk sambung sesi kelas sebab kalau nak lajak UKM takut lagi lambat kelas abis dan kesian kat abang-abang classmate yang travel dari Temerloh.

Selesai kelas di MITI alhamdulillah rezeki lagi ada classmate yang belanja makan di cafe MITI.


Selepas selesai bermulalah persiapan kami untuk program Carbootsale yang diadakan pada 28 Oktober 2018 di Pusanika Bangi.

Haa diam akak beberapa hari ni tak sempat update sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar dan usahawan yelah minggu gaji kan haha kena cod barang sana  sini.

Haa setakat ini sahaja jumpa lagi next entry

terima kasih singgah

0 comments:

Post a Comment