Wednesday, 19 September 2018

PERSEDIAAN CUTI TANPA GAJI IBU BEKERJA

Idaman semua wanita untuk bercuti tanpa gaji atau bersara awal bagi ibu yang berkerjaya. Ia tidak semua yang disangka kawan-kawan. Sebelum hendak bercuti tanpa gaji pastikan simpanan wang anda melebihi 6 bulan gaji atau seeloknya 12 bulan gaji. Untuk nak survive kecuali memang suami anda bergaji besar dan mampu untuk menanggung komitmen secara berseorangan. Dengan tak perlu la pening-pening lagi.

Bercuti Tanpa Gaji Tanpa Hilang Kekananan

Haaa bagi yang sayang sangat dengan seniority ni, pasti risau bila cuti tanpa gaji jer nanti lambat naik pangkat. Sebenarnya ada satu cara untuk bercuti tanpa gaji tanpa hilang kekananan iaitu dengan cuti belajar. Tapi ianya taklah mudah. Sebab kena tengok niat korang nak bercuti tu untuk apa sebenarnya. Kalau cuti untuk buat bisnes, sebenarnya belajar ni agak sibuk jugaklah. Tengok kos apa yang korang amek. Macam akak amek coursework, Sarjana Usahawan dan Inovasi nampak menarik kan memang menarik pun tapi sibuk skit la sebab ada assigment ada tugasan luar. Dan kelas kami selang seminggu contoh sebulan ada kelas dari Selasa sampai Jumaat (Kul 9 sampai 5 petang) setiap minggu genap. Tapi setakat ni kena group yang ok, oklah jugak.

Bisnes Dengan Pulangan Yang Stabil

Perasaaan bila dah biasa ada gaji tiba2 gaji takda tu memang lain kadang-kadang boleh rasa tertekan. Kalau korang ada komitmen bulan memang agak terjejas bila bisnes korang tak stabil dan last skali terpaksa korek duit saving. Pastikan Bisnes dah betul2 stabil barulah korang proceed dengan perancangan nak cuti belajar tanpa gaji tu. Sebab korang nak berharap masa cuti tu baru bermula , korang memang amek risiko la sebab bisnes tak sentiasanya di atas ada kalanya sale kita terganggu dan pulangan bulanan terjejas.

Mengurus Kewangan Dengan Baik

Haa ini kalau duit banyak tapi tak tahu urus memang cepat je habis tapi kalau korang cuti tanpa gaji lagi la kena betul betul uruskan kewangan supaya hujung bulan tak terasa tersepit. Serius sangat tak seronok bila bab kewangan ni menghantui kita.

Perancangan Keluarga Yang Teratur

Haaa ni pun penting. Tapi bergantung kepada tujuan asal korang cuti la yer. Ada yang cuti sebab nak rehatkan diri dari kerja pastu nak tambah zuriat. Ada yang bercuti sebab nak fokus dengan anak yang nak mula sekolah. Ada yang cuti sebab nak fokus jaga ayah yang sakit. Macam-macam kan tapi bergantung kepada tujuan asal. Kalau tujuan asal nak belajar dan kembangkan bisnes, fasa awal tu korang kena stabilkan dulu bisnes dan biasakan diri dengan status pelajar yang bercuti tanpa gaji dan tanpa biasiswa. Agak berat sebenarnya, so permulaan ni tak sesuai sebab badan baru nak sesuaikan diri dengan dunia baru. Masa ni nak fikir belajar, nak fikir jadi surirumah sepenuh masa nak fikir tambah pendapatan bulanan , mengikut pengalaman sendiri agak berat jugak lah. So mental kena kuat dan kesihatan pun kena jaga.

haaa akak share sampai sini je la nanti kita sembang lagi

Sekian 

2 comments:

  1. Nice sharing sis.anyway klau dh ambil cbtgtb tu bole ke kite try apply utk tukar yg cuti bergji? Tq

    ReplyDelete
  2. Nice sharing sis.anyway klau dh ambil cbtgtb tu bole ke kite try apply utk tukar yg cuti bergji? Tq

    ReplyDelete