Monday, 3 September 2018

Macam Mana Nak Cuti Belajar Tanpa Gaji Bagi Penjawat Awam

Macam Mana Nak Cuti Belajar Tanpa Gaji Bagi Penjawat Awam

Haa mesti ramai yang kawan-kawan yang ingin tahu berkenaan cuti belajar tanpa gaji tanpa biasiswa bagi penjawat awam.

Yelah bila dah bekerja terlalu lama pada suatu tahap kita rasa nak rehat dan sambung belajar pula. Tapi tak semua orang ada rezeki untuk sambung belajar dengan tajaan biasiswa atau dengan bergaji penuh.

Haa macam kes akak lah, kat pejabat akak ni ada tapisan dalam yang mana sebelum ni ikut umur, umur 35 tahun ke atas diberi keutamaan. Ada Jabatan yang ikut senioriti di situ, yang dah kerja lama diutamakan untuk diperakukan ke JPA.



Kesudahnya macam akak ni sementara tengah muda nak belajar ni , nak mohon belajar macam ni tapi tersekat makanya kita terpaksa la usaha sendiri kan.

Boleh ke nak cuti belajar full time selain HLP dan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP). Eh ada satu lagi panjang skit hahaha macam akak mohon ni haa, cuti belajar tanpa gaji tanpa biasiswa.

Apa yang akak buat, akak rujuk pegawai JPA di pembangunan Modal Insan dan apa yang perlu adalah

1) Korang dapatkan tempat di Universiti tempatan tapi bidang pengajian tu kalau boleh korang rujuk la JPA dulu tengok kesesuaian. Macam akak, akak pilih bidang seperti mana JPA senarai dalam bidang untuk HLP skim akak.

2) Lepas dah dapat tempat di Universiti, akak isi borang JPA 1b, Borang JPA 1a/96 (PSM yang isi) dan serta kan dokumen yang berkaitan macam disenaraikan dalam borang JPA 1b/96 macam transkrip akademik, sijil ijazah, sijil kahwin dan salinan surak beranak anak.

3) PSM akak akan angkat dalam jawatakuasa latihan dah dapat perakuan ketua jabatan. PSM akan panjangkan ke JPA beserta surat tawaran universiti, jadual akademik dan surat keupayaan kewangan serta salinan buku perkhidmatan yang dah disahkan.

4)Kemudian tunggu JPA proses dan bila dah berjaya korang akan dapat surat kelulusan sementara yang mana satu borang akujanji korang kena isi dan g dapatkan sign suruhanjaya sumpah dan pulangkan balik ke JPA. Nanti JPA akan keluarkan surat kelulusan rasmi.

Memang bagi sesetengah orang, dah ada kemudahan biasiswa kenapa tak mohon? Tapi tu lah ikut rezeki masing masing tak semua tempat mudah untuk lepas peraku ke JPA. Banyak yang tersangkut di peringkat kementerian sebelum sampai ke JPA atas syarat syarat dalaman yang bertukar tukar.

Pada nasihat akak , kalau korang ada duit lebih dan nak masa lebih hahaha boleh lah mohon cuti belajar tanpa gaji tanpa biasiswa. Tapi kalau korang tak cukup saving nak cuti tanpa gaji, boleh mohon belajar mengikut pengajian secara separuh masa dan cuba mohon kemudahan yang JPA HLP Separa Biasiswa kot kalau tak silap yang mana JPA tanggung yuran pengajian cumanya masa korang la padat.

Macam akak ni lagi suka buat full time boleh fokus kepada belajar dan boleh fokus dengan anak anak jugak

Haaa ada untuk pertanyaan lanjut korang tepon la pegawai JPA di Bahagian Pembangunan Modal Insan yang uruskan Cuti Belajr Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa ni ye.

Yang penting cuti belajar ni tak sama macam cuti tanpa gaji menjaga anak yang mana kekanann korang tak hilang.

Haaa best kan 

So kalau ada cita cita nak cuti panjang macam akak sila la menabung dari sekarang dan sambil sambil tu buat la bisnes untuk menambah sumber pendapatan sampingan

heee sekian naa, kalau berminat nak join akak buat bisnes DYXY ke Shaklee ke Cuckoo ke boleh je roger akak


Terima kasih

0 comments:

Post a Comment