Sunday, 23 September 2018

TAK PERLU KE SPA KULIT DAH MULUS DENGAN DYXY SKINCARE TERBARU

TAK PERLU KE SPA KULIT DAH MULUS DENGAN DYXY SKINCARE TERBARU

Berita tergempar.

Berita Tergempar.

Woww DYXY Skincare akan keluar di pasaran tak lama lagi, Puan Dyana kita dah buat live pada 19 September 2018 sempena sambutan hari lahirnya. Meh tonton kat sini live puan dyana.

Permulaan untuk 50 set sahaja, harga Founder kita Lady cakap insyallah mampu milik dan setanding dengan kualiti.

Untuk makluman korang, lady ni ada sijil sebagai beauty consultant dan bab penjagaan kulit ni dia memang sangat  arif.


DYXY masih dengan hala tuju yang sama, menghasilkan sesuatu yang mudah, ringkas dan dengan step penjagaan kulit  dengan 3 item daripada Skincare DYXY kesannya macam seumpama korang buat facial di SPA.


Haaa JIMAT tak, dah la DYXY Cosmetics sebelum ni pun dah ringkas , mudah jimat masa dan effect pada kulit memang menaikkan seri.

Ni dengan keluarnya Skincare terbaru DYXY pasti berbaloi dan ramai akan serbu.

Packaging yang nampak sangat exclusive.

Haa antara 3 item yang ada dalam Skincare DYXY adalah

1) DYXY Aminoacid Bubble Cleanser
2)DYXY Enssence Toner 
3)DYXY Tender Skin Nourishing Essence (Serum)


Continue Reading

DYXY SHOWCASE KE ANGSANA MALL JOHOR

DYXY SHOWCASE KE ANGSANA MALL JOHOR
.
Pada 22 September 2018, rombongan Cik Kiah Usahawan DYXY yang diketuai oleh CEO DYXY Encik Shah dan  Founder DYXY Lady Dyana serta leader-leader Hebat DYXY.
.
Apa yang menarik semasa showcase ni, bangsa Johor yang hadir akan berpeluang untuk untuk bertemu Aiman Tino dan Caprice serta  bertemu sendiri dengan Usahawan DYXY bagi mereka yang ingin mencari ruang dan peluang untuk mencuba bisnes DYXY Cosmetics.


Dan paling istimewa pada Showcase kali ini menjadikan DYXY syarikat pertama yang memberikan produk dan Make Over secara percuma dah la ada artis artis terkenal. Mami Didie allias pun hadooo korang.

Haa ni antara apa yang bangsa Johor berpeluang dapat masa sabtu lepas;

1. MAKEOVER DYXY BERNILAI RM300
2. CENDERAHATI MYRAJERFAMILY BERNILAI RM100

DYXY Cosmetics juga akan taja;

1. HADIAH WANG TUNAI RM3000 KEPADA PEMENANG 'FACES OF DYXY'
2. CABUTAN BERTUAH BERNILAI RM5000
3. SEBANYAK 2000 HADIAH CENDERAHATI TERSEDIA

Continue Reading

Saturday, 22 September 2018

TIP DAN INFO CANTIK

TIP DAN INFO CANTIK

INFO KULIT

  1. Bahaya Kulit Sunburn
  2. Punca Kulit Sunburn
  3. Cara Hilangkan Panau
  4. Bagaimana Kedutan Di Wajah Terbentuk
  5. Pengalaman Faezatul atasi masalah Kulit Jerawat
  6. Petua Naikkan Seri Kulit Selepas Bersalin
NUTRISI PENTING UNTUK WANITA

  1. Kolagen (Awet Muda dan Lambatkan Proses Penuaan)
  2. Antioksida(Awet Muda dan Lambatkan Proses Penuaan)
  3. Amino Asid(Awet Muda dan Lambatkan Proses Penuaan)
  4. Kalsium
TIP KURUS 


Continue Reading

INFO PRODUK SHAKLEE

Continue Reading

KOLEKSI TESTIMONI PRODUK DYXY COSMETICS

KOLEKSI TESTIMONI PRODUK DYXY COSMETICS


  1. TESTIMONI DYXY BC CREAM
  2. TESTIMONI DYXY BRUSH
  3. TESTIMONI DYXY FACEMIST
  4. TESTIMONI DYXY LIPSTICK
  5. TESTIMONI DYXY MASCARA
  6. TESTIMONI DYXY GREEN TEA CLEANSING WIPE
  7. TESTIMONI DYXY SET COMBO
  8. TESTIMONI DYXY UNTUK BERSUKAN DAN AKTIVITI LASAK
  9. TESTIMONI USAHAWAN DYXY - JANA PENDAPATAN 4 ANGKA
  10. KISAH KEJAYAAN USAHAWAN DYXY
KOLEKSI TUTORIAL/ REVIEW DYXY COSMETICS

  1. TUTORIAL MEKAP DENGAN SET DYXY
  2. TUTORIAL/ REVIEW LIPSTICK DYXY
  3. TUTORIAL/REVIEW MASCARA DYXY
  4. TUTORIAL/REVIEW CLEANSING WIPES
  5. TUTORIAL BASUH BRUSH DYXY
  6. VIDEO INFO BRUSH

KEMASKINI 22/9/2018
Continue Reading

INFO PRODUK DYXY COSMETICS

INFO PRODUK DYXY COSMETIC

Pengenalan DYXY Cosmetic (Klik untuk baca maklumat lanjut)


  1.  Sertai sebagai Dropship dengan tanpa modal atau modal yang minima
  2.  Sertai sebagai Agent DYXY dengan modal serendah RM 1400  (dapat produk dan keahlian percuma)
  3. Sertai sebagai Stokis DYXY dengan permulaan modal RM 8000.
  4. Ringkasan Laluan Kerjaya Usahawan DYXY (akan di kemaskini kemudian)

Kemaskini : 22/9/2018

Continue Reading

Wednesday, 19 September 2018

PERSEDIAAN CUTI TANPA GAJI IBU BEKERJA

Idaman semua wanita untuk bercuti tanpa gaji atau bersara awal bagi ibu yang berkerjaya. Ia tidak semua yang disangka kawan-kawan. Sebelum hendak bercuti tanpa gaji pastikan simpanan wang anda melebihi 6 bulan gaji atau seeloknya 12 bulan gaji. Untuk nak survive kecuali memang suami anda bergaji besar dan mampu untuk menanggung komitmen secara berseorangan. Dengan tak perlu la pening-pening lagi.

Bercuti Tanpa Gaji Tanpa Hilang Kekananan

Haaa bagi yang sayang sangat dengan seniority ni, pasti risau bila cuti tanpa gaji jer nanti lambat naik pangkat. Sebenarnya ada satu cara untuk bercuti tanpa gaji tanpa hilang kekananan iaitu dengan cuti belajar. Tapi ianya taklah mudah. Sebab kena tengok niat korang nak bercuti tu untuk apa sebenarnya. Kalau cuti untuk buat bisnes, sebenarnya belajar ni agak sibuk jugaklah. Tengok kos apa yang korang amek. Macam akak amek coursework, Sarjana Usahawan dan Inovasi nampak menarik kan memang menarik pun tapi sibuk skit la sebab ada assigment ada tugasan luar. Dan kelas kami selang seminggu contoh sebulan ada kelas dari Selasa sampai Jumaat (Kul 9 sampai 5 petang) setiap minggu genap. Tapi setakat ni kena group yang ok, oklah jugak.

Bisnes Dengan Pulangan Yang Stabil

Perasaaan bila dah biasa ada gaji tiba2 gaji takda tu memang lain kadang-kadang boleh rasa tertekan. Kalau korang ada komitmen bulan memang agak terjejas bila bisnes korang tak stabil dan last skali terpaksa korek duit saving. Pastikan Bisnes dah betul2 stabil barulah korang proceed dengan perancangan nak cuti belajar tanpa gaji tu. Sebab korang nak berharap masa cuti tu baru bermula , korang memang amek risiko la sebab bisnes tak sentiasanya di atas ada kalanya sale kita terganggu dan pulangan bulanan terjejas.

Mengurus Kewangan Dengan Baik

Haa ini kalau duit banyak tapi tak tahu urus memang cepat je habis tapi kalau korang cuti tanpa gaji lagi la kena betul betul uruskan kewangan supaya hujung bulan tak terasa tersepit. Serius sangat tak seronok bila bab kewangan ni menghantui kita.

Perancangan Keluarga Yang Teratur

Haaa ni pun penting. Tapi bergantung kepada tujuan asal korang cuti la yer. Ada yang cuti sebab nak rehatkan diri dari kerja pastu nak tambah zuriat. Ada yang bercuti sebab nak fokus dengan anak yang nak mula sekolah. Ada yang cuti sebab nak fokus jaga ayah yang sakit. Macam-macam kan tapi bergantung kepada tujuan asal. Kalau tujuan asal nak belajar dan kembangkan bisnes, fasa awal tu korang kena stabilkan dulu bisnes dan biasakan diri dengan status pelajar yang bercuti tanpa gaji dan tanpa biasiswa. Agak berat sebenarnya, so permulaan ni tak sesuai sebab badan baru nak sesuaikan diri dengan dunia baru. Masa ni nak fikir belajar, nak fikir jadi surirumah sepenuh masa nak fikir tambah pendapatan bulanan , mengikut pengalaman sendiri agak berat jugak lah. So mental kena kuat dan kesihatan pun kena jaga.

haaa akak share sampai sini je la nanti kita sembang lagi

Sekian 

Continue Reading

Thursday, 13 September 2018

Tuesday, 4 September 2018

Cara Belian Produk

Cara Belian Produk

Hai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hai Nama saya hidayah, buat masa ini saya menjual Shaklee dan Produk DYXY Cosmetic.

Cara Belian untuk Produk DYXY dan Shaklee

1) Tuan/puan atau saudara/i boleh secara terus whataps 0133507996 atau klik http://dyxydayahsprinter.wasap.my. Penghantaran dibuat secara Cash On Delivery (COD) sekitar Putrajaya, Bangi dan Cyberjaya. Dan penghantaran pos ke seluruh Malaysia.

2) Tuan/Puan juga boleh singgah di kedai shopee saya iaitu :  shopee.com.my/dayahsprinterhttps://seller.shopee.com.my/portal/product/1509085744

Selamat berkenalan

Sekian, terima kasih
Continue Reading

Monday, 3 September 2018

Macam Mana Nak Cuti Belajar Tanpa Gaji Bagi Penjawat Awam

Macam Mana Nak Cuti Belajar Tanpa Gaji Bagi Penjawat Awam

Haa mesti ramai yang kawan-kawan yang ingin tahu berkenaan cuti belajar tanpa gaji tanpa biasiswa bagi penjawat awam.

Yelah bila dah bekerja terlalu lama pada suatu tahap kita rasa nak rehat dan sambung belajar pula. Tapi tak semua orang ada rezeki untuk sambung belajar dengan tajaan biasiswa atau dengan bergaji penuh.

Haa macam kes akak lah, kat pejabat akak ni ada tapisan dalam yang mana sebelum ni ikut umur, umur 35 tahun ke atas diberi keutamaan. Ada Jabatan yang ikut senioriti di situ, yang dah kerja lama diutamakan untuk diperakukan ke JPA.



Kesudahnya macam akak ni sementara tengah muda nak belajar ni , nak mohon belajar macam ni tapi tersekat makanya kita terpaksa la usaha sendiri kan.

Boleh ke nak cuti belajar full time selain HLP dan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP). Eh ada satu lagi panjang skit hahaha macam akak mohon ni haa, cuti belajar tanpa gaji tanpa biasiswa.

Apa yang akak buat, akak rujuk pegawai JPA di pembangunan Modal Insan dan apa yang perlu adalah

1) Korang dapatkan tempat di Universiti tempatan tapi bidang pengajian tu kalau boleh korang rujuk la JPA dulu tengok kesesuaian. Macam akak, akak pilih bidang seperti mana JPA senarai dalam bidang untuk HLP skim akak.

2) Lepas dah dapat tempat di Universiti, akak isi borang JPA 1b, Borang JPA 1a/96 (PSM yang isi) dan serta kan dokumen yang berkaitan macam disenaraikan dalam borang JPA 1b/96 macam transkrip akademik, sijil ijazah, sijil kahwin dan salinan surak beranak anak.

3) PSM akak akan angkat dalam jawatakuasa latihan dah dapat perakuan ketua jabatan. PSM akan panjangkan ke JPA beserta surat tawaran universiti, jadual akademik dan surat keupayaan kewangan serta salinan buku perkhidmatan yang dah disahkan.

4)Kemudian tunggu JPA proses dan bila dah berjaya korang akan dapat surat kelulusan sementara yang mana satu borang akujanji korang kena isi dan g dapatkan sign suruhanjaya sumpah dan pulangkan balik ke JPA. Nanti JPA akan keluarkan surat kelulusan rasmi.

Memang bagi sesetengah orang, dah ada kemudahan biasiswa kenapa tak mohon? Tapi tu lah ikut rezeki masing masing tak semua tempat mudah untuk lepas peraku ke JPA. Banyak yang tersangkut di peringkat kementerian sebelum sampai ke JPA atas syarat syarat dalaman yang bertukar tukar.

Pada nasihat akak , kalau korang ada duit lebih dan nak masa lebih hahaha boleh lah mohon cuti belajar tanpa gaji tanpa biasiswa. Tapi kalau korang tak cukup saving nak cuti tanpa gaji, boleh mohon belajar mengikut pengajian secara separuh masa dan cuba mohon kemudahan yang JPA HLP Separa Biasiswa kot kalau tak silap yang mana JPA tanggung yuran pengajian cumanya masa korang la padat.

Macam akak ni lagi suka buat full time boleh fokus kepada belajar dan boleh fokus dengan anak anak jugak

Haaa ada untuk pertanyaan lanjut korang tepon la pegawai JPA di Bahagian Pembangunan Modal Insan yang uruskan Cuti Belajr Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa ni ye.

Yang penting cuti belajar ni tak sama macam cuti tanpa gaji menjaga anak yang mana kekanann korang tak hilang.

Haaa best kan 

So kalau ada cita cita nak cuti panjang macam akak sila la menabung dari sekarang dan sambil sambil tu buat la bisnes untuk menambah sumber pendapatan sampingan

heee sekian naa, kalau berminat nak join akak buat bisnes DYXY ke Shaklee ke Cuckoo ke boleh je roger akak


Terima kasih

Continue Reading