Monday, 13 August 2018

TIPS USAHAWAN ONLINE : TIP HANTAR BARANG KE PELANGGAN

TIPS HANTAR BARANG PELANGGAN.

Haa bagi yang baru berjinak dengan berniaga online ni pastu proses menghantar barang kepada pelanggan ini ada dua kaedah samada secara penghantaran (kita pergi hantar sendiri) atau melalui pos.

Mungkin bagi yang baru berjinak dalam perniagaan ini akan rasa bimbang macam mana nak uruskan penghantaran barang kepada pelanggan secara pos. Antara yang korang kena lalui antaranya fasa pembungkusan, fasa pengeposan/penghantaran dan maklumkan status penghantaran kepada pelanggan.

1. Fasa Pembungkusan 

Fasa ni sangat lah penting. Korang kena check betul kualiti barang dalam keadaan bank sebelum packing untuk pos atau delivery. Bagi kaedah delivery biasanya pelanggan akan memilih COD (cash on delivery- bayar masa dapat barang) atau kalau yang dah biasa berurusan dengan kita dia akan transfer duit dan tunggu kita hantar barang sahaja. Tips untuk ambil hati pelanggan, korang selit la skit free gift kosnya tak lah mahal boleh cari kat kedai ECO. Pastu pelanggan akan berbunga bunga hati bila dapat free gift, kalau boleh yang sesuai dengan produk dia beli. So diorang boleh guna sekali. Contoh free gift banyak Ada dapat beg, eye brow pencil dapat kurma, dapat pin shawl haaa memang berbunga hati pelanggan terus nak repeat lagi





Untuk pengeposan, fasa pembungkusan ni penting. Bungkus dalam keadaan baik dan kemas supaya mengurangkan risiko barang rosak bila sampai pada pelanggan. Jangan lupa selitkan jugak free gift menarik. Kalau barang jenis berkotak korang bungkus la dengan bubble wrap at least kotak tak la remuk bila sampai ke tangan pembeli.

Contoh barang pos ke sarawak alhamdulillah sampai dalam keadaan baik.

 2. Fasa Pengeposan

Untuk pos ni saya biasa guna pos laju sebab di putrajaya ni pos laju yang dekat dan mudah. Ada 3 kaedah yang korang boleh gunakan untuk pos barang iaitu;

  1. Sampul Pra bayar/Kotak Pra bayar
  2. Pos laju biasa (yang korang timbang kat kaunter pastu pakai kertas consignment warna coklat tu)
  3. Pelekat Pra Bayar (Jimat untuk korang yang nak pos benda berkotak dan tak berapa berat)
 Sampul Pra bayar/Kotak Pra bayar

Sampul pra bayar ni banyak saya guna sebab mudah sangat. Beli siap siap ada yang order terus packing dan nanti boleh drop di ezi box pos laju atau kaunter pos laju. Tapi sampul ni untuk items yang kecil dan ringan tak lebih sekilo kot.Biasanya part time online seller akan guna ni sebab tak perlu nak beratur panjang dan Had kadar berat untuk sampul pra bayar boleh rujuk disini.


EZi Box pos laju ni cara nak guna dia mudah sahaja, korang ikut je arahan yang tertera kat scrin step by step kemudian scan consigment note , lepas ruang drop barang terbuka korang letak barang dan tutup ruang yang terbuka tu. Nanti resit akan keluar. Simpan resit untuk simpanan incase ada apa2. Apa yang best guna ezi box ni korang boleh guna 14/7 memang dia macam mesin ATM berfungsi je 24/7 kecuali out of service. Walau bagaimapun,rasanya pos laju akan proses untuk amek barang dalam box tu sebelum kul 4 petang hari bekerja. Hari cuti umum tu tak pasti la yer. Box ini amat memudahkan bagi anda yang menjalankan bisnes secara part time. Yelah, anda hanya ada masa selepas waktu bekerja sahaja untuk hantar barang.

 Haa ni gambar hero kita pi drop kat ezi box time lepas ofis hour. Kan mudah gitu.
 

Pos laju biasa 

Ni selalu yang kalau full time seller nak pos barang yang ringan. Mungkin dia packing dalam plastik khas dan timbang dikaunter. Untuk barang yang ringan kurang 500g atau berat antara 600-800g mungkin menggunakan kaedah ni lebih menjimatkan bagi mereka. Cuma korang nak kena beratur la. Selalu part time online seller kami tak suka sangat yang ni hihi

Ni akak try pos guna pos laju biasa ke sarawak. Huhu mahal jugak la masa ni tak tahu pasal pelekat pra bayar ni. Lepas tu guna pelekat pra bayar ni lagi murah cuma korang kena isi kat sana la nanti. 
Pelekat Pra Bayar

Pelekat pra bayar ni biasanya saya akan guna bila nak pos stok ke agent. Barang yang ada dalam kotak. Saya akan packing guna kotak yang muat-muat je (jangan guna kotak besar sebab volumetrik nanti diorg ukur juga) kemudian minta akak kat kaunter pos laju timbang dulu nak tengok mana mahal antara timbang pos laju biasa (akan ukur by volumetrix) atau guna pelekat pra bayar. Kebanyakkan memang saya guna pelekat pra bayar ni lebih jimat. Beza dalam lebih rm5 banyak tu.


** untuk ketiga-tiga kaedah jangan lupa isi maklumat di consignment note macam nama, alamat, no telefon dan lain2. Gunakan borang yang betul ya. Jangan lupa untuk mengoyakkan slip penghantar untuk simpanan korang.***

Jangan lupa simpan slip pengirim incase barang hilang dari radar ke tersalah hantar tempat lain.

3. Fasa Follow Up Pelanggan

Lepas dah pos tu cepat2 la share tracking nombor supaya pelanggan tak tertunggu tunggu. Kemudian selepas beberapa hari jangan lupa la untuk follow up samada barang dah sampai ke belum. Kemudian boleh la korang beramah mesra ajar tip macam mana nak guna. Cara layanan yang baik buatkan pelanggan akan rasa nak beli lagi. 

haaa sampai disini dulu nanti apa apa kita share lagi

Sekian terima kasih


No comments:

Post a Comment