Tuesday, 7 August 2018

Bagaimana Nak Mencari Kursus Pendek Luar Negara Yang Menarik dan Mudah Urusan

Bagaimana Nak Mencari Kursus Pendek Luar Negara Yang Menarik dan Mudah Urusan



Disini saya hendak berkongsi pengalaman sendiri telah tercalon untuk mengikuti kursus di luar negara dengan tajaan majikan cumanya urusan tempat, penginapan kita perlu uruskan sendiri.

Pada permulaan rasa agak stress sebab tak tahu kat mana nak cari. Setelah bertanya dengan kawan-kawan terdapat 2 kaedah iaitu;

1) Singgah Laman Web Fakulti Yang Menawarkan Kursus Pendek Untuk Eksekutif -

Contoh ada kawan saya yang mohon kursus di bawah London School Of Economy. Memang macam menarik kan dapat pergi ke London best sangat. Tapi sebabkan pergi sana kena uruskan sendiri dengan universiti, penginapan kena uruskan sendiri cuma tiket flight kita boleh minta jabatan uruskan. Bagi mereka yang suka kelas yang teknikal boleh la cuba apply di laman web lse. Kebetulan masa tu saya tengok kursus yang ditawarkan semuanya berlangsung minggu terakhir puasa hingga raya. Agak keberatan skit untuk saya nak ke sana seorang. Nak bawa family memikirkan kos agak tinggi dan saya perlu berjimat memandangkan akan bercuti tanpa gaji mulai 10 September 2018. 

Selain london, LSE ada pelbagai universiti yang menawarkan program sebegini cuma korang kena pandai search key word " Executive Course" apa apa berkenaan la di Universiti yang korang minat. Contoh ada kawan yang mohon di Australia. Yelah tengah demam Jangan Benci Cintaku, mesti ramai teruja nak ke Perth. Hihihi.

2)Singgah Website PiPPA USM atau INSPIN.




Haaa ni yang paling kira PENYELAMAT sangat. Saya dapat tahu berkenaan kursus anjuran PiPPA USM ni melalui rakan saya yang pernah ikuti program ini 3 tahun lepas di Instanbul. Berdasarkan review dari rakan saya, saya buat keputusan untuk memilih menyertai kursus anjuran PiPPA USM di Instabul yang dijadualkan berlangsung pada 15 Julai -20 Julai. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan dan saya terpaksa menukar kursus yang lain. Alhamdulillah atas bantuan salah seorang pegawai dari PiPPA USM, saya dapat hubungi Urusetia INSPIN untuk bantu saya mendaftar kursus di Switzerland " Promoting Innovation At The Work Place : Lesson From Swiss". 

Dengan waktu yang suntuk, memilih program di bawah kerjasama PiPPA USM dan INSPIN ini sangat membantu memudahkan urusan saya, mereka dah tolong aturkan segalanya di sana termasuk penginapan, makanan dan tiket penerbangan saya sekali. Ya Allah LEGA sangat rasanya. Segala diuruskan oleh penganjur dan yang best ada urusetia turut serta sekali sepanjang perjalanan so takda la rasa risau dan takut almaklumlah saya ni bukannya selalu keluar negara. Tambah pergi ke Swiss negara yang tak pernah saya mimpi untuk sampai ke situ. Apa yang saya perlu buat cuma pastikan bayaran daripada Jabatan ke penganjur lancar.


Haaa mesti tak rugi la saya pilih program anjuran PiPPA USM dan INSPIN ni sebab kursus dia memang lain dari yang lain.  Ada pembelajaran dalam kelas, ada lawatan tapak dan kita diberi peluang untuk merasai keunikan di switzerland. Yelah orang kata sambil menyelam tu minumlah air, kalau dah masa perjalanan nak ke lawatan tapak tu ada lokasi menarik dan tarikan di Swiss haruslah singgahkan. Swiszerland terkenal dengan inovasi dan view yang cantik. tasik dan sungai dia jernih nampak ke dasar.

Urusetia dan peserta yang sangat mesra dan memberikan kerjasama membuatkan kita rasa selesa dan seronok menikmati kecantikan, keunikan  Switzerland sebagai negara contoh dalam Inovasi.




Haa satu lagi korang akan diberikan book program dan di situ korang perlu catatkan sedikit nota apa yang korang dapat belajar dari aktiviti tersebut. Dan pada penutup program kami ada sedikit sesi pembentangan.





Pada hari terakhir , kami diberi peluang untuk bersiar-siar di tempat menarik di sana. Butiran lanjut pengalaman di switzerland saya akan kongsikan dalam next post.

Sekian terima kasih kerana singgah

-dayah sprinter-





0 comments:

Post a Comment