Tuesday, 28 August 2018

SENARAI HARGA DYXY HQ

SENARAI  HARGA DYXY HQ

Haaa mesti ramai yang sedang survey harga DYXY kan

Oklah meh sini akak sprinter nak tolong share senarai baru yang HQ sediakan untuk mudahkan anda

Bila ada senarai harga ni senang la kan untuk kita nak beli pada pengedar yang sah.

Kalau terbeli yang terlalu murah tu bukan apa takut korang terkena DYXY yang FAKE. Bahaya sangat sampai barcode pun boleh ditiru.

Haaa senarai baru harga daripada HQ ni mesti mengembirakan ramai peminat DYXY. Sebab korang dapat JIMAT banyak walaupun belian dua item berbanding sebelum ini korang akan dikenakan bayaran secara loose bagi item yang tiada dalam combo.

Haaa senarai nya adalah seperti di bawah



Nak dapatkan tester percuma DYXY ??? Haaa jom la shopping dengan akak sprinter dalam bulan Ogos dan September ni. Jangan lepaskan peluang.



Sekian naa terima kasih.

Continue Reading

Monday, 27 August 2018

DYXY GREEN TEA CLEANSING WIPE

DYXY GREEN TEA CLEANSING WIPE

Woww sangat sekarang ni untuk pencinta mekap dan juga pencinta DYXY, DYXY dah ada cleansing wipe sendiri. Menarik sangat kan . Bagi wanita diluar sana yang sukakan mekap pada masa yang sama sangat menjaga kesihatan kulit, pastinya sangat sangat menyukai DYXY Green Tea  Cleansing Wipe. Korang dah biasa guna Spray DYXY untuk segarkan muka???


Haaa DYXY Green Tea  Cleansing Wipe lebih 3 kali lagi menyegarkan sebab apa packaging satu kotak ada 38 mini pack. Setiap mini pack ni diseal, so lembapan dia tak tercemar selagi korang tak buka. Dan wipenya sangat moist, rasa macam korang pakai masker kat watson tu. Haaa sebab apa akak sprinter kata yang ni lebih 3-4 kali ganda menyegarkan berbanding spray dyxy, sebab spray tu lepas spray terus meresap ke dalam kulit. Yang lepas korang balik kerja, buka satu mini pack ni, korang letak wipe tu kat muka nak lagi best guna yang baru keluar dari peti ais. Fuhh perasaan dia tu memang best sangat terasa macam ada kat tempat bersalji tu. Lepas 2-3 minit mulakan mengesat mekap dimuka dan lepas tu cuba tengok kulit korang masa tu. Nampak segar dan paling penting bersih dari mekap dan tak memedihkan kulit.


Continue Reading

Tuesday, 14 August 2018

DYXY MERDEKA SALE MURAH MURAH MURAH

DYXY MERDEKA SALE

Wow menarik BC Cream dah nak abis. Haruslah GRAB DYXY promosi MERDEKA pasti JIMAT berbelanja.

Sempena bulan kemerdekaan ini dan sempena DYXY dah keluarkan produk terbaru iaitu DYXY Cleansing Wipe, Jom nikmati diskaun Promosi merdeka sehingga RM 50 dan dapatkan tester Cleansing Wipe secara percuma.

Wowww sangat bagi pengguna setia DYXY, Brush korang masih lagi elok cuma BC Cream dan Facemist je dah habis. So apa kata korang shopping SET Dol Said, hanya RM240 sahaja. Haaa kalau belian tanpa diskaun untuk pengguna baru biasanya RM 290. Dengan promosi merdeka DYXY ada boleh dapatkan 2 set facemist & bc cream dengan hanya JIMAT RM50 wowwww sangat.

Continue Reading

Monday, 13 August 2018

TIPS USAHAWAN ONLINE : TIP HANTAR BARANG KE PELANGGAN

TIPS HANTAR BARANG PELANGGAN.

Haa bagi yang baru berjinak dengan berniaga online ni pastu proses menghantar barang kepada pelanggan ini ada dua kaedah samada secara penghantaran (kita pergi hantar sendiri) atau melalui pos.

Mungkin bagi yang baru berjinak dalam perniagaan ini akan rasa bimbang macam mana nak uruskan penghantaran barang kepada pelanggan secara pos. Antara yang korang kena lalui antaranya fasa pembungkusan, fasa pengeposan/penghantaran dan maklumkan status penghantaran kepada pelanggan.

1. Fasa Pembungkusan 

Fasa ni sangat lah penting. Korang kena check betul kualiti barang dalam keadaan bank sebelum packing untuk pos atau delivery. Bagi kaedah delivery biasanya pelanggan akan memilih COD (cash on delivery- bayar masa dapat barang) atau kalau yang dah biasa berurusan dengan kita dia akan transfer duit dan tunggu kita hantar barang sahaja. Tips untuk ambil hati pelanggan, korang selit la skit free gift kosnya tak lah mahal boleh cari kat kedai ECO. Pastu pelanggan akan berbunga bunga hati bila dapat free gift, kalau boleh yang sesuai dengan produk dia beli. So diorang boleh guna sekali. Contoh free gift banyak Ada dapat beg, eye brow pencil dapat kurma, dapat pin shawl haaa memang berbunga hati pelanggan terus nak repeat lagi




Continue Reading

BC CREAM DYXY DISAHKAN SELAMAT HASIL UJIKAJI OLEH SIRIM

BC Cream DYXY disahkan selamat hasil ujikaji oleh SIRIM. Haaa tergempar sana sini viral kata DYXY ni produk timbang kilo. Paling KEJAM ada yang menabur fitnah mengatakan DYXY ni mengandungi merkuri yang merbahaya kepada kulit manusia.

Video sana sini uji kaji tak bertauliah untuk nak membuktikan DYXY ni ada merkuri antaranya dengan mengosok emas lah, bakar sudu lah pastu gosok pada kulit.

Pihak DYXY International Sdn. Bhd telah mengambil langkah profesional dengan bekerjasama dengan pihak SIRIM menjalankan beberapa ujikaji terhadap sampel DYXY pada 10 Julai 2018. Beberapa sampel dari Produk DYXY Cosmetics telah dihantar kepada SIRIM Malaysia untuk menjalankan UJian Makmal (Laboratory Test) terhadap BC Cream DYXY.

Pada 3 Ogos 2018, DYXY telah menerima hasil Ujian Makmal yang pertama iaitu untuk menguji tahap keselamatan produk DYXY daripada sebarang pencemaran (contimination).

Hasil ujian makmal mendapati DYXY Cosmetic di iktiraf BERSIH dari sebarang pencemaran melalui Ujian kaji Mikrobiologi (Bacteriological Analytical Manual).





Continue Reading

Tuesday, 7 August 2018

Bagaimana Nak Mencari Kursus Pendek Luar Negara Yang Menarik dan Mudah Urusan

Bagaimana Nak Mencari Kursus Pendek Luar Negara Yang Menarik dan Mudah Urusan



Disini saya hendak berkongsi pengalaman sendiri telah tercalon untuk mengikuti kursus di luar negara dengan tajaan majikan cumanya urusan tempat, penginapan kita perlu uruskan sendiri.

Pada permulaan rasa agak stress sebab tak tahu kat mana nak cari. Setelah bertanya dengan kawan-kawan terdapat 2 kaedah iaitu;

1) Singgah Laman Web Fakulti Yang Menawarkan Kursus Pendek Untuk Eksekutif -

Contoh ada kawan saya yang mohon kursus di bawah London School Of Economy. Memang macam menarik kan dapat pergi ke London best sangat. Tapi sebabkan pergi sana kena uruskan sendiri dengan universiti, penginapan kena uruskan sendiri cuma tiket flight kita boleh minta jabatan uruskan. Bagi mereka yang suka kelas yang teknikal boleh la cuba apply di laman web lse. Kebetulan masa tu saya tengok kursus yang ditawarkan semuanya berlangsung minggu terakhir puasa hingga raya. Agak keberatan skit untuk saya nak ke sana seorang. Nak bawa family memikirkan kos agak tinggi dan saya perlu berjimat memandangkan akan bercuti tanpa gaji mulai 10 September 2018. 

Selain london, LSE ada pelbagai universiti yang menawarkan program sebegini cuma korang kena pandai search key word " Executive Course" apa apa berkenaan la di Universiti yang korang minat. Contoh ada kawan yang mohon di Australia. Yelah tengah demam Jangan Benci Cintaku, mesti ramai teruja nak ke Perth. Hihihi.

2)Singgah Website PiPPA USM atau INSPIN.




Haaa ni yang paling kira PENYELAMAT sangat. Saya dapat tahu berkenaan kursus anjuran PiPPA USM ni melalui rakan saya yang pernah ikuti program ini 3 tahun lepas di Instanbul. Berdasarkan review dari rakan saya, saya buat keputusan untuk memilih menyertai kursus anjuran PiPPA USM di Instabul yang dijadualkan berlangsung pada 15 Julai -20 Julai. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan dan saya terpaksa menukar kursus yang lain. Alhamdulillah atas bantuan salah seorang pegawai dari PiPPA USM, saya dapat hubungi Urusetia INSPIN untuk bantu saya mendaftar kursus di Switzerland " Promoting Innovation At The Work Place : Lesson From Swiss". 

Dengan waktu yang suntuk, memilih program di bawah kerjasama PiPPA USM dan INSPIN ini sangat membantu memudahkan urusan saya, mereka dah tolong aturkan segalanya di sana termasuk penginapan, makanan dan tiket penerbangan saya sekali. Ya Allah LEGA sangat rasanya. Segala diuruskan oleh penganjur dan yang best ada urusetia turut serta sekali sepanjang perjalanan so takda la rasa risau dan takut almaklumlah saya ni bukannya selalu keluar negara. Tambah pergi ke Swiss negara yang tak pernah saya mimpi untuk sampai ke situ. Apa yang saya perlu buat cuma pastikan bayaran daripada Jabatan ke penganjur lancar.


Haaa mesti tak rugi la saya pilih program anjuran PiPPA USM dan INSPIN ni sebab kursus dia memang lain dari yang lain.  Ada pembelajaran dalam kelas, ada lawatan tapak dan kita diberi peluang untuk merasai keunikan di switzerland. Yelah orang kata sambil menyelam tu minumlah air, kalau dah masa perjalanan nak ke lawatan tapak tu ada lokasi menarik dan tarikan di Swiss haruslah singgahkan. Swiszerland terkenal dengan inovasi dan view yang cantik. tasik dan sungai dia jernih nampak ke dasar.

Urusetia dan peserta yang sangat mesra dan memberikan kerjasama membuatkan kita rasa selesa dan seronok menikmati kecantikan, keunikan  Switzerland sebagai negara contoh dalam Inovasi.




Haa satu lagi korang akan diberikan book program dan di situ korang perlu catatkan sedikit nota apa yang korang dapat belajar dari aktiviti tersebut. Dan pada penutup program kami ada sedikit sesi pembentangan.





Pada hari terakhir , kami diberi peluang untuk bersiar-siar di tempat menarik di sana. Butiran lanjut pengalaman di switzerland saya akan kongsikan dalam next post.

Sekian terima kasih kerana singgah

-dayah sprinter-





Continue Reading