Saturday, 17 February 2018

Tips Untuk jadi Vendor di Vendor Butik

Tips  Untuk jadi Vendor di Vendor Butik



Butik Vendor ni bukan sesuatu yang baru. Ia dah viral sejak tahun 2015 lagi rasanya. Tumbuh bagai cendawan.

Butik Vendor ni apa sebenarnya?

Sebuah butik yang berkongsi pemasaran dan membina jaringan perniagaan bersama. Pemilik butik vendor ni akan  menyewakan sedikit ruang premis kepada peniaga lain dan pemasaran akan dibuat oleh kedua-dua pihak.


Sapa yang sesuai untuk menyertai vendor butik?

Sertai sebagai vendor yang mana kita bayar sewa premis kepada pemilik vendor butik dan kita sama2 buat promosi di pelbagai media sosial sebagai hebahan bahawa produk kita ada dijual disitu. Vendor butik ni sesuai kepada mereka yang baru berjinak dalam perniagaan sama produk homemade atau ada produk dari mana-mana syarikat. Dengan kita menyertai vendor butik yang dah establish, peluang kita untuk meluaskan pemasaran produk kita kepada pelanggan-pelanggan dari vendor tersebut bertambah. Selain itu, pihak vendor juga merasa keuntungan apabila promosi kita di sosial media membawa prospek baru yang datang untuk mencari barang kita tetapi dia ke sana turut berminat barang-barang lain yang dijual disana. Nampak tak bagusnya vendor butik ni.




Tips Nak cari Vendor Butik apa yang perlu kita tahu?

1.Survey Lokasi Vendor Butik

Haaa yang ni paling utama. Kita jangan main terjah je letak barang di sesuatu butik. Kita mesti tengok lokasi dia tempat tumpuan ramai tak. Situ tempat selalu tumpuan ramai secara bermusim (perayaan sahaja) atau memang sepanjang tahun sentiasa oran ke situ. Penting ni sebab bila kita pilih butik yang selalu jadi tumpuan ramai tak kira musim,ia meningkatkan peluang barangan kita terjual.

Contoh rackzone bangi ni dia terletak di belakang warta bangi yang mana situ memang jadi tumpuan orang-orang bangi tak kira musim. Di kawasan situ ada kedai-kedai yang juai kelengkapan haji yang murah, ada salon dan spa muka haa menarik dan sewanya tidak mahal. Rackzone ni sendiri ada bisnes upah menjahit boleh dikatakan setiap hari ada yang berkunjung ke situ untuk tempah baju jahit



2.Sewaan

Haa ni kena tengok sewaan kedai tu ok tak berbaloi tak , dapat tak kita balik modal sekiranya barangan terjual. Sewaan vendor butik ni berbeza-beza. Yang kami jumpa antara rm30 sebulan sehingga rm 200 sebulan. Berserta kontrak. Kena tengok kontrak dia berapa lama kan sebulan percubaa ke ke 3 bulan atau 12 bulan. Tapi nasihat saya, mana ada bisnes terus terus sale mencanak, permulaan sebulan hingga dua bulan ambil masa untuk buat hebahan tempat kewujudan produk kita di vendor butik tersebut.

3.Pusingan Duit Modal

Apabila kita terlibat dengan Vendor Butik ni. Kita kena tau pusingan modal kita akan agak terganggu daripada kebiasaan perniagaan kita. Oleh itu, modal sedia ada perlu ditambah. Kenapa kena tambah? Sebab kebiasa vendor ni akan tutup akaun selepas 30 hb. So lepas tutup akaun baru dia buat kira-kira dan bank in hasil jualan kepada kita. Kalau banyak barang terjual, tetapi hasilnya kena tunggu lepas tutup akaun baru dapat. So kita perlukan modal tambahan untuk beli stok dan letak di vendor tersebut.

4. Vendor Aktif Tak Promosi Di Sosial Media

Haa ni antara kriteria penting. Zaman sekarang orang banyak beli dan survey di sosial media terutamanya IG. So kalau kita pilih Vendor yang sewaan murah mampu bayara, kontrak pun tak panjang, lokasi cantik dan pemilinya rajin pulak promosikan barang dan kedai tersebut. Maka makin ramai yang tahu kewujudan kedai tersebut dan akan singgah ke sana untuk membeli barang.


5.Rekod Senarai Stok

Haa ni penting setiap kali kita masuk barang ke Vendor Butik kita haruslah merekod supaya senang nak semak bila tutup akaun nanti. Apa yang penting dalam senarai stok tersbeut, bilangan setiap item dan tarikh. Lagi cantik kalau ada butiran kita seperti IG, FB, no akaun bank.

6. Vendor ada sistem sistematik dan ada Dropship

Haa ada jugak vendor yang menjual produk sendiri dan dia ada dropship tersendiri. Haa mudahkan, bila mana produk kita laris di pasaran dan ada permintaan daripada pelanggan untuk belian secara online dia akan gunakan khidmat dropshipnya untuk promosi dan dia akan poskan untuk kita. Haa ni memang best sangat konsepnya kan mudah kerja kita. Seolah-olah kita ada kedai sendiri dan ada pekerja bantu untuk urusan bungkus dan pos.

haaa setakat ni kami ada 3 vendor butrik kami letak barang DYXY. So korang kalau tercari-cari kedai yang jual DYXY secara walk in mai singgah rackzone di belakang tabung haji warta.

Di putrajaya boleh singgah Seyna House Putrajaya di atas kedai Pustaka Mukmin dan di parit buntar boleh singgah kedai aleeya reezqy bersebelahan Mr Diy parit buntar





sekian naa kalau rasa artikel ni bermanfaat sila la kongsi semoga dapat bantu ramai lagi usahawan di luar sana.

Terima kasih

Dayah Sprinter
Founder Sprinters Empire
Stokis DYXY


No comments:

Post a Comment