Thursday, 14 December 2017

Kisah Pengurusan Kewangan : Apa itu Loan Profile?

Kisah Pengurusan Kewangan : Apa itu Loan Profile?

Susulan dari entry semalam, ramai pulak berminat nak tau loan profile tu apa.

Hihi kami ni takdalah pandai hartanah sangat.
 
Ni belajar skit-skit info dari en suami sebab akan datang mana nak tau kita ke adik-beradik atau kawan-kawan kita ada yang nak beli rumah kan.

Loan profile ni lebih kepada penyediaan dokumen terutama berkaitan rumusan kewangan peribadi kita yang mana tujuannya untuk memudahkan urusan permohonan pinjaman kita terutamanya pinjaman rumah. Loan profile ni akan menjadikan rekod kewangan kita tersusun cantik dan mudah difahami dan disemak oleh pegawai bank. Bila segala mudah untuk mereka, makanya nanti mudahlah juga untuk kita kan.

Loan profile ini akan membantu mereka yang tiada slip gaji untuk membuat pinjaman rumah. Atau mereka yang mempunyai bisnes sendiri dan berhasrat untuk menambah aset (rumah)

Apa yang perlu ada senaraikan dalam Loan Profile? Meh kami share Loan profile ni yang kami buat dalam bentuk excel.

1)Senarai Semak (Checklist) -Sheet Pertama

  • Salinan Kad Pengenalan 
  • Salinan Surat Pengesahan daripada majikan
  • Salinan Maklumat Property
  • Salinan penyata Slip Gaji (6 bulan)
  • EA Form (Income tax)
  • Bank Statement (beberapa bulan)
  • Penyata pendapatan tambahan(Side income)
  • Sales and Purchase Agreement
  • Perjanjian Penyewa (kalau kita ada sewakan rumah pada orang dan nak buktikan liabiliti kurang)
  • BE Form (Income tax)
  • Takaful
  • Penyata ASB (kalau ada simpanan)
  • Penyata Tabung Haji (kalau ada simpanan)


Haaa atas ni senarai semak contoh draf kami. Kawan-kawan boleh adjust ikut kesesuaian dan yang berkaitan dengan korang. Kalau korang takda sewakan rumah kepada orang tak perlulah perjanjian sewa tu hahaha.

2)Personal Profile -Sheet Kedua


3)Gaji (salary)-Sheet Ketiga


4)Penyata Pendapatan tambahan dari Shaklee (Shaklee)-Sheet keempat

Untuk shaklee ni ada pay slip untuk bonus tapi untung runcit pun ada rekod dalam pergerakan transaksi dalam akaun bank ni kami isi diruangan profit. Lepas tu ada jualan (sale) dalam kalangan sama-sama SID kami isi diruangan revenue


5)Penyata Pendapatan tambahan dari DYXY (DYXY)-Sheet kelima



6)Penyata Transaksi Sewaan - Sheet Keenam


7)lain-lain- Sheet Ketujuh


Diruangan ini kami isi maklumat kewangan lain macam ASB, tabung haji, pelan takaful HIBAH.


Kisah kami ada lah hantar loan profile ni pada pegawai bank untuk semak status lepas ke tidak untuk buat loan rumah.

Wahh memang tergamam la pegawai bank tu sebab  ada rumusan ringkas berkenaan kedudukan kewangan kami. Bila dia tanya setiap tu ada supporting dokumen. Tak ke mudah gitu, kita mudahkan orang nanti mudah la jugak urusan kita.

Semoga perkongsian ni dapat sedikit sebanyak membantu kawan2 yang dalam proses nak buat loan beli rumah.
Sekian, terima kasih

dayah sprinter











0 comments:

Post a Comment