Friday, 22 December 2017

Set Berpantang Moden Vs Tradisional. Gemuk Lepas Bersalin.Dayah Sprinter.

Ada kenal kawan-kawan yang tengah berpantang atau yang tengah sarat mengandung tak tahu nak pilih  Set berpantang secara Moden atau Tradisional?

Mesti korang pernah hadapi masalah atau situasi macam ni :

  1. Masa minggu pertama anak lahir, baby kuning. Asyik ulang-alik klinik jer amek darah kalau teruk sampai warded. Soalan biasa Nurse akan tanya " Awak ada makan Jamu ker? 
  2. "Sayang kenapa ni muka berkerut, dahi berpeluh nampak lemah je setiap kali keluar tandas? Risau suami dan ibu bapa kita bila tengok kita kena sembelit masa tengah berpantang.
  3. Bila kawan datang melawat sembang2, "Luka jahit bawah aku ni macam lambat baik wei nyeri huhu dan 3 minggu macam tak betul-betul kering. Dulu ko makan apa cepat luka kering?
  4. Sembang dengan BFF " Wei asal dah lepas 2 bulan pun berat aku macam tak turun-turun ni. waaaaa Nak Kurus balik macam korang. Korang makan Set Pantang apa anak 3 kurus macam anak dara?
Haaa mesti dalam dilema kan ibu-ibu yang Hamil nak pantang secara Moden ke Tradisional?




Kadang-kadang kita semua nakkan berpantang ikut betul-betul macam nenek moyang kita dulu tapi kadang-kadang masing-masing ada kekangan antara terutamanya mereka yang jauh dari keluarga :

1. Bajet Tak Banyak Nak amek Pakej confinement lady Untuk Tempoh Yang Lama

Yelah nak upah confinement lady yang tip top untuk jaga sepanjang tempoh 44 hari berpantang secara tradisional dengan pakej full pakej siap mandikan anak, siap masak, berurut, berpilis dan berbekung Ibu. Kebiasaannya pakej full (full day stay in) untuk 14 hari cecah RM 3850. 

Paling murah pun yang datang sekejap dengan berurut berbekung dengan masakkan makanan berpantang dalam RM120 sehari. Paling biasa orang akan amek 3 atau paling lama 7 hari. 

Tak mampu nak amek 44 hari sebab dengan kenaikan kos sara hidup ni banyak duit nak pakai bayar macam-macam komitmen.

Ini yang menyebabkan ramai memilih berpantang secara sendiri dan berpantang secara moden yang mana ia lebih Jimat dan Mudah.

2. Ibu atau Mentua tak berapa kuat dan sihat

Antara yang menyebabkan kita memilih untuk berpantang secara moden dan uruskan diri sendiri sebab tak nak menyusahkan kedua ibu bapa kita atau ibu mentua yang tak berapa sihat dan kuat.

Cabaran berpantang sendiri memerlukan lebih tenaga untuk menguruskan diri dan anak-anak serta sokongan emosi serta bantu untuk buat kerja-kerja rumah dari suami.

Ini menyebabkan ramai memililh untuk berpantang secara moden dengan menggunakan set berpantang berbentuk suppliment untuk dapatkan nutrisi dan tenaga yang lebih.

Cabaran lain ialah kekurangan masa untuk nak berbekung, berpilis, nak berurut (tak wajib jugak kena buat wei sayang la badan kita), bertungku untuk tempoh 44 hari. 

Kebiasaanya orang akan amek 3 hari masa itu confinement lady buat lepas dari tu dah sendiri jaga diri ada yang tak sempat pun nak berstokin semua dek sibuk nak menguruskan anak-anak yang masih kecil (surirumah anaka-anak memang jaga sendiri), nak buat kerja rumah nak memasak.

Bagi ibu yang bekerja dan anak lain, masa berpantang tu minta la bantuan suami untuk hantar ke taska. Sekurang-kurangnya ibu dapat fokus untuk jaga diri sendiri dan bayi sepanjang anak-anak lain di taska atau sekolah.

3. Kulit Alergik Naik Gatal-Gatal 

Ada setengah orang kulit alergik tak tahan nak pakai pilis, param tepel kat badan dan perut. Serius saya sendiri pernah alami tak boleh nak pakai kapur + limau nipis letak kat perut sebelum berbekung memang gatal macam berguling atas rumput. So rasa tak selesa nak pakai bekung lama-lama pastu mengaru sampai abis kulit perut rosak. Ada pulak yang tak suka pakai pilis kat dahi sebab nanti lepas kering berderai beratur atas lantai ye laah kita dah la kena buat kerja rumah sendiri lepas nak 2-3 kali sapu deraian pilis tu. Terus la terbantut. 

Macam saya sendiri saya pilih amalkan minyak herbanika dari Nona roguy memang best sangat. Saya guna sapu pada badan sebagai penganti pilis, sapu pada perut tempat2 berlemak sebelum bertungku dan letak kjugak pada dahi gantikan param. Wahh best sangat tau rasa berangin tapi tak panas. Yang penting takde deraian habuk kat atas dan takda gatal-gatal badan dah. Cuma bau herba dia kuat la skit hahaha tapi ok best.

4. Risiko Anak Kuning


Haa ni yang paling merisau kan. Kadang-kadang kita memang la nak pantang ikut cara dulu minum air jamu ,  tapi kita takut anak jadi kuning. Kesudahnya dari tak makan apa-apa baik kita amek supplement yang ada multivitamin sekurang-kurangnya boleh tambah nutrisi untuk kekal bertenaga dan lengkap keperluan nutrisi ibu dan bayi.

5.Berada Di luar Negara
Ini juga antara faktor ramai memilih untuk pantang secara moden. Apabila bertugas di luar negara atau mengikut suami bertugas ke luar negara. Nak tak nak bila bersalin tu ahli keluarga jauh, nak cari confinement lady macam sukar dan akhirnya pilihan terpaksa berpantang sendiri dengan bantuan suami dan rakan-rakan di sana. Apabila berpantang sendiri majoriti akan pilih berpantang secara moden atau dia akan campur kedua elemen moden dan tradisional asalkan kesihatan ibu makin baik dan ibu selesa.

Apa itu berpantang ?

Berpantang ini lebih kepada tempoh bagi Si Ibu melalui proses baik pulih tubuh badan dari proses kelahiran samada ada dari segi fizikal dan rohani (emosi). Dalam berpantang ni antara perkara yang diperlu diberikan perhatian adalah sajian makanan, minuman, aktiviti harian, hubungan seks dan emosi ibu yang sedang berpantang.

Semasa berpantang ni, tak kisah kita memilih secara tradisional , moden atau campuran kedua-duanya asalkan matlamat dan tujuan utamakan untuk memulihkan kesihatan ibu dengan cepat dan kembali keadaan biasa atau normal.

Jaga Pemakanan Semasa Berpantang

Dari segi pemakanan itu, kalau ikut pantang larang melayu ada jenis makanan yang perlu dielakkan kerana bimbang memudaratkan si Ibu takut bentan atau gatal atau luka berair atau bernanah. Bagi saya, amalkan menu makan sihat yang memenuhi keperluan ibu dan bayi , setiap orang penerimaan berbeza so try an d error apa yang ok dan tak ok. Tapi kalau yang ikan-ikan jenis berbisa tu elakkan la mungkin ada sebab kena ramai yang melarang kita makan semasa berpantang. 

Banyakkan minum air semasa berpantang, minum air kosong untuk elakkan badan terhidrasi sehingga menyebabkan sembelit. Uiww sembelit ketika bersalin memang menyeksakan. Boleh baca disini

Makanan yang kaya antioksida serta Vitamin C tujuannya untuk bantu luka cepat sembuh dan tingkatkan ketahanan badan ibu untuk cegah jangkitan kuman pada luka atau ibu demam atau selsema. 

Selain itu, makanan kaya sumber protein juga sangat perlu dalam membantu penyembuhan luka dan badan membina sel-sel kulit baru.

Kurangkan Aktiviti Fizikal

Masa berpantang ini juga ibu dilarang untuk membuat kerja-kerja berat kerana badan masih dalam proses memulih dan rahim kita jugak masih lemah. Terutamanya yang bersalin secara pembedahan tu lagi kena jaga sebab taknak luka jahitan pembedahan tertetas atau terkena jangkitan kuman. Kalau kita buat kerja berat takut tumpah darah atau takut rahim jatuh. Selain itu, badan ibu masih lagi lemah terutamanya masa 2 minggu pertama dengan kurang tidur. Proses ini akan menyebabkan ibu cepat letih dan emosi ibu boleh terganggu. Ibu boleh tertekan sekiranya terlampau terletih dan penat dengan lakukan aktiviti fizikal seperti membasuh baju, mengangkat baju, menyidai baju, dan lain lain. Seeloknya 2 minggu pertama berehatla sepenuhnya, agak rasa nak buat kerja rumah tengok yang ringan contoh lipat baju. Kalau nak memasak duduk di kerusi depan dapur jangan berdiri terlalu lama. Kalau nak basuh baju guna mesin basuh, cuma nak angkat tu sedikit sedkit jangan sekali gus setimba angkat adoii sian kat rahim kita. Haa dan terakhir jangan beria sangat nak kurus semangat dok bersenam masa tempoh pantang belum abis atau baru lepas abis pantang.

Jaga Emosi IBU

Haaa ni paling penting tau. Banyak sangat kes ibu yang tertekan dan meroyan masa berpantang paling ditakuti sehingga ada yang sampai membunuh diri. Masa tempoh berpantang ni emosi si ibu sangat rapuh. Kerana sebaik sahaja bayi lahir , berlaku perubahan hormon apabila tali pusat (placenta) terpisah antara ibu dan bayi. Perubahan hormon ini sekiranya tidak diatasi dengan baik boleh menyebabkan depresi si Ibu hingga menjejaskan kesihatan ibu. Ibu ketika ni, badannya masih sakit, tidurnya kurang dan tenaganya lemah ditambah menyusukan bayi lagi. So masa ini sokongan daripada keluaarga saya penting untuk membantu ibu atasi dan kawal emosi secara baik dan sentiasa berasa tenang. Selain itu, pengambilan b complex dan omega guard sebagai antyi stress membantu ibu untuk cegah dari meroyan dan ibu kurang tekanan

Hubungan Seks

Ini memang sangat perlu dielakkan sebabnya kalau dari segi perubatan menurut akhbar utusan online disini semasa berpantang ni perlu elakkan dari mengadakan hubungan seks kerana;

1.Luka episiotomi belum sembuh dan boleh terkoyak. Kalau terkoyak teruk pergi klinik nanti kena jahit tanpa bius ya allah ngerinya. So para suami tolong la sayangi dan hargai isteri anda. Luka ni amek masa antara 2 hingga 4 minggu untuk betul betul sembuh.

2.Darah nifas sebenarnya darah kotor dan mungkin mengandungi bakteria dan lendiran lapisan dinding rahim. Dari segi islam juga dilarang dan perlu tunggu sehingga isteri suci dan bersih daripada darah nifas. So tak bagus untuk kesihatan isteri dan suami. Mohon elakkan. Lagi isteri masih lagi trauma mohon tunggu sehingga si isteri betul pulih dan bersedia.

Ibu Ibu di luar sana jangan susah hati. Sekiranya anda terpaksa memilih untuk berpantang secara Moden meh pilih set berpantang Shaklee insyallah sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah anda iaitu

1 Dapat bantu Ibu turunkan berat badan
2.Dapat kurangkan masalah sembelit
3.Membantu luka jahitan cepat sembuh
4.Mengurangkan kejadian bengkak susu
5.Membantu banyakkan susu dan buat stok untuk masuk kerja
6.elakkan meroyan 
7.Memenuhi keperluan BAJET anda kerana satu set bersalin lengkap hanya RM666 boleh bertahan sepanjang tempoh bersalin dan ada sehingga 6 bulan.

Apa yang kami tawarkan untuk anda sekiranya memilih set berpantang sahaklee dari dayah sprinter?

1. Konsultasi percuma sepanjang tempoh berpantang
2.Nak minta share tips kurus 22 kg lepas bersalin
3.Nak Share tips banyakkan susu dan buat stok EBM
4. Nak share tips kecantikan dan kekal beseri masa berpantang

hihi boleh macam boleh

meh wasap http://dayahmy.wasap.my segera atau 0133507996

Boleh dapatkan set berpantang shaklee dengan harga bermula RM 98.

Jom wasap dayah sprinter segera

Sekian, terima kasih


dayah sprinter
Shaklee Putrajaya Cyberjaya
Wa 0133507996

2 comments: