Wednesday, 8 November 2017

Tips Untuk Kendalikan Anak Kena HFMD

Tips Untuk Kendalikan Anak Kena HFMD. Haaa sapa yang pernah hadapi HFMD ni? HFMD atau dikenali  sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut. 

haaa anak saya yang no,2 kena sebaik dia masuk taska baru. Tapi rasanya bukan berpunca dari taska baru tu sebab tiada kes HFMD sebelum itu atau selepas anak saya kena. Bila risik-risik taska lama pun takda. So kami suspek mungkin dari persekitaran masa bawa anak kuar beli barang dan diletak dalam troli supermarket tu. Mungkin ada la budak yang kena HFMD guna troli yang sama. Sebab virus ni dia mudah merebak melalui pelbagai medium mcam udara, sentuhan dan lain-lain lagi.

Punca HFMD

HFMD disebabkan oleh virus enterovirus meliputi Coxsackie Viurs A16 dan Enterovirus 71 (Ev 71) menurut petikan di portal kementerian kesihatan boleh rujuk sini. Difahamkan HFMD boleh berjangkit dan menular melalui sentuhan langsung dari cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang terjangkit dengan HFMD. HFMD memang senang sangat menular di taska dan pusat jagaan kanak-kanak. Juga boleh berlaku melalui sentuhan pada alat mainan yang dah tercemar. Sebab tu kalau ada je anak yang kena HFMD memang emaknya kena berusaha keras pastikan kebersihan dalam penjagaan anak dan rumah supaya ia tak menular ke anak yang lain. Alhamdulillah masa HFMD hanya ada yang kena, kakaknya antibodi kuat tak berjangkit. Menurut petikan daripada portal Kementerian Kesihatan juga, kebiasannya jangkitan HFMD yang biasa akan sembuh sendiri sebaliknya.



Sekiranya ia melibatkan jangkitan daripada virus EV71 ia boleh menyebabkan radang otak atau jantung. Ohhh ni paling takut sebab anak yang no. 2 ni juga pernah kena demam berlanjutan sampai jangkitan kuman naik ke otak. Masa ni memang ulak alik klinik masa dia demam tapi masa tu tak dapat detect lagi , bila berlaku serangan sawan berulang kali sampai warded baru dapat tahu ada jangkitan kuman di kepala. Alhamdulillah anak no.2 ni sekarang sihat. Nak jadikan cerita masa warded tu jumpa seorang bayi masih umur dalam sebulan lebih kena jangkitan coxsackie virus. Sian la kan dia sebaik la adik tu selamat cuma untuk long term jantung tu kena monitor sepanjang dia membesar dan difahamkan adik ni tidak boleh beraktiviti lasak bila dia membesar bimbang menjejas kesihatan jantungnya.

Tanda-Tanda HFMD

Macam gambar rajah kat atas. Ada blister (melepuh) di bahagian kaki mulut dan tangan. Macam anak saya ni dia start dari private area dia ada melepuh masa tu tak tau kata HFMD sekejap je dalam masa sehari melepuh dah merebak dari 1 jadi ke 4-5. Kemudian bila mele[uh tu pecah, air bisa tu bila kena tempat lain haaa bertambah blister. Naik sampai ke kaki, tangan dan mulut. Sebaik dalam mulut tak ada, kalau jadi ulser banyak2 kesian la haii macam mana nak minum susu dan makan kan.

                                        gambar dari ihsan google

Selain melepuh, anak menunjukkan tanda kurang selera akan, kurang bertenaga dan ada yang demam. Alhamdulillah hari anak masa kena tu dia tak demam. Tapi masa tu takda cuti kuarantin terpaksa la amek cuti rehat sendiri sebaik cuti masih ada lagi masa tu.

Apa yang ada perlu lakukan sekiranya anak menunjukkan simptom di atas. Segera la ke klinik dan apabila dah dapat pengesahan daripada doktor bahawa anak anda terkena HFMD. Segera la hubungi taska anak untuk memaklumkan perkara tersebut supaya pihak taska boleh mengambil langkah berjaga untuk mencegah supaya ia tidak merebak kepada anak-anak lain. Kemudian bagi yang kerja kerajaan, anda layak untuk gunakan kelayakan cuti kuarantin selama 5 hari maksimum untuk setiap kali jangkitan berlaku. 5 hari untuk seorang, sekiranya jadi ke anak lain pada waktu berlainan boleh mohon lagi sekali atau boleh bergilir dengan encik suami.

Macam mana nak mohon cuti kuarantin?

Anda boleh baca pekeliling perkhidmatan bilangan 11 tahun 2016 atau baca disini. Saya pernah claim cuti kurantin ni untuk anak no. 2 jugak kena chicken pox. Doktor akan bagi surat dan surat tu kita akan gunakan sebagai dokumen sokongan untuk nak mohon cuti kuarantin dengan Unit Pentadbiran Bahagian. Alhamdulillah dengan ada kemudahan ni sangat membantu ibu bapa untuk menguruskan anak kena sakit berjangkit. HFMD keberangkalian untuk kena lagi memang ada dia tak macam campak ke chicken pox kan selalu yang dah pernah kena rendah risiko untuk kena lagi. HFMD ada kenalan yang anaknya kena lebih 2 kali dalam setahun.

Kemudian dah dapat cuti kuarantin tu mohon kerjasama la jangan pentingkan diri sendiri. Pantau lah anak-anak dirumah, jangan pula anda bawa anak yang masih sakit itu ke tempat terbuka. Kesian kat anak-anak lain atau bayi-bayi yang sistem ketahanan lemah. Kalau berjangkit tak ke kesian.

Pusat jagaa anak-anak atau taska yang sering diserang HFMD ni dinasihatkan ikutla garis panduan daripada KKM di sini untuk mencegah penularan HFMD pada masa akan datang.

Selain itu anda juga boleh baca Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah dan Mengawal Penyakit Mulut Kaki dan tangan yang disarankan oleh KKM seperti di sini.

Alkisahnya boleh cerita berkenaan HFMD sebabnya petang semalam dapat wasap daripada seorang ibu yang tengah cuti bersalin. Anaknya yang umur 4 tahun kena HFMD untuk kali kedua. Kebetulan Herbal Blend Cream dah habis dia mencari di IG. Jumpa pulak IG saya, alhamdulillah petang tu juga lepas balik kerja saya COD ke rumahnya. Yelah paham dalam situasi macam memang kita nak cepat untuk anak-anak. 



Haaa ni gambar anak saya , dia mogok sebab tak benarkan ikut untuk COD ke rumah pelanggan. Dia tak nak buka kunci kereta dari dalam, Hahaha. Sebaik berjaya juga pujuk.


Apa yang bestnya Herbal Blend ni sampai ramai yang cari samada untuk HFMD, Chicken Pox dan Kudis Buta dan lain-lain.

Saya sendiri pernah guna Herbal Blend untuk anak masa dia kena Chicken POX, memang agak membantu mengurangkan gatal dan sebaik luka kering parut tiada. Kecuali blister yang besar dan dalam selamat kena korek 2-3 kali dengan anak tu tinggal parut.

Antara menariknya Herbal Blend Cream ni adalah

Herbal Blend ni merupakan Losyen Serba guna yang sesuai untuk semua jenis kulit. 

Mudah meresap ke kulit dan tidak melekit. Dingin dan tidak berminyak Bebas paraben dan steroid. Terdiri daripada estrak tumbuhan semulajadi seperti rosemary, Sage, Horse Chestnut,Coltsfoots, Nettle, Matricaria. 

Antara khasiat setiap ramuan dalam Herbal Blend ni (banyak yang bersifat antiviral dan melegakan kegatalan)

Manfaat Ramuan dari Rosemarry



                                                               Manfaat Ramuan dari Horse Chestnut
Manfaat dari ramuan Nettle

haa nampak tau kalo kita tengok satu persatu manfaat dari ramuan Herbal Blend ni memang macam macam khasiat.


Antara manfaat lain pulak adalah;

✔️Lembabkan kulit kering sekitar lutut siku dan tumit 
✔️Kurangkan tumit merekah
✔️Kurangkan strechmark kat perut wanita hamil (sapu dari awal kehamilan la naa)
✔️Kurangkan kesan gigitan nyamuk
✔️kurangkan gatal dan pudarkan parut chicken pox anak2
✔️Bantu keringkan blister scabbies 
✔️Kurangkan kesan ekzema pada kulit
✔️Kurangkan lenguh2 kaki dan tangan (berangin boleh sapu)
✔️Kurangkan pijar tangan kena cili.
✔️Ruam susu Harga 

Antara testimoni pelanggan yang menggunakan Herbal Blend untuk HFMD


Harga serendah Rm 38 (COD) tidak termasuk pos tambahan rm 10.60 untuk pos ke semenanjung Malaysia. 

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya

Dayah Sprinter
Pengedar Shaklee Putrajaya Cyberjaya
Shaklee ID 1110814
Wa Direct 0133507996
COD percuma sekitar putrajaya dan cyberaya. 
Bangi (ikut waktu tertentu)

16 comments:

  1. Keciannyaa. Memang gerun kalau anak kena, bagi mami yang kurang ilmu mesti gelabah macam mana nak handle.

    ReplyDelete
  2. Uish bahaya juga kalau budak kena HMFD ni. Kesiannya tengok. Penting untuk parents tahu macam mana nak merawat anak klu kena ni

    ReplyDelete
  3. Parents wajib tahu tentang virus ni supaya lebih berhati-hati kan.bagus juga ada losyen yang bolrh kurangkan gatal tu, biasanya kalau chicken pox memang gatal sangat2

    ReplyDelete
  4. Itu la... benda-benda yang macam ini perlu ibu bapa risaukan lagi2 bila hantar anak ke taska/tadika.

    nie anak demam / selsema dan ada kes demam campak, mak bapak tetap g hantar ke taska/tadika.. tak ke bangang namanya

    ReplyDelete
  5. Adoi kesiannya. Sapu je herbal blend boleh ye.

    ReplyDelete
  6. Ilmu baru. So far anak2 tak pernah kena. Harap tak la.

    ReplyDelete
  7. Kesian kalau budak kena hmdf ni.herbal blend ni mmg wajib ada kat rumah.mse anak kena chicken pox pun sya guna ni

    ReplyDelete
  8. takpernah dengar pasal hfmd ni huhu tapi nampak macam sakit. banyak jugak kebaikan herbal blend ni kan selain dari untuk hfmd. satu family boleh guna

    ReplyDelete
  9. Tak sangka HFMD pun boleh kena pada manusia. Biasa dengar pada haiwan ternakan. Mungkin simptomnya berbeza. Kesian tengok kalau anak kecil kena. Memang perlu jaga kebersihan sebab mudah merebak kan.

    ReplyDelete
  10. Kesiannya. Nasib baik ada bantuan dan cara merawat kan. Moga dipermudahkan segala urusan yang terkena dan yang memberi bantuan

    ReplyDelete
  11. alahai, kesiannya tengok kanak-kanak menghidap penyakit macamni.

    ReplyDelete
  12. Kesiannya, memang pernah dengar penyakit ni, risau jugak sebab penyakit ni cpt merebak

    ReplyDelete
  13. Kesian dekat anak-anak kecik. Parents kena alert jika ada perubahan yang berlaku pada anak. Mintak jauh la kena penyakit ni.

    ReplyDelete
  14. Ohh ada rupanya kirim camni. Saya ingatkan ikhtiar hanya ubat hospital aje. Penyakit ni kalau kat taska dah kena, taska kena tutup sementara utk pembersihan. Sebab virus merebak. Ada parent tetap hantar anak ke taska, pastu anak org lain pun sakit. Selfish sungguh parent camtu. Apa salahnya cuti jaga anak. Nak buat camana kan. Jadi ibu bapa tak lari dari cuti banyak dan unpaid leave. Wuwuwuwuwuwuw

    ReplyDelete
  15. Aduh kesiannya. Baru tahu juga pasal gejala penyakit. Tambah kan ilmu saya juga pasal info ni.

    www.liahasty.com
    Ww

    ReplyDelete
  16. Baguslah sharing ni kita baru tahu walaupun kita tak ada anak tapi ilmu untuk anak sedar kalau ada yang terkena minta jauhlah hehehe..

    ReplyDelete