Tuesday, 24 October 2017

Tempat Menarik Shopping Barang Preloved -Jalan Jalan Japan

Tempat menarik shopping barang preloved. Haa mesti ramai yang nak tahu kan.

1. Jalan-Jalan Japan


Sumber Google

Jalan-Jalan Japan ni ada dua, satu di one city mall -Level 1A (Block A) Sky Park @ One City, 47650, Jalan USJ 25/1A, One City, 47100 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Satu di 1 Shemalin Mall cheras, maklumat lanjut boleh singgah di sini

Apa yang menarik, disini ada baju prelove yang murah dan banyak sangat pilihannya.
haa nampak tak punya banyak baju dia. hahaha tengok pun pening kalau nak pilih. Di gambar Jalan Jalan Japan yang kt One City mall. Yang di One City Mall ni dua tingkat manakala yang di 1 Shemalin tu satu tingkat tapi luas. Harga baju okla boleh tahan range harga antara Rm 3-Rm 20 macam tu. Baju budak dan bayi banyak pilihan tambah kalau ada yang nak cari baju sejuk preloved.


 Kemudian kat Jalan-Jalan Japan ni ada banyak item menarik contoh alatan senaman, barang bayi seperti stroller, barang mainan bayi, peralatan golf (nampak macam murah beg dan set golf dia), kasut, alat muzik, travel beg, haa macam-macam laa.
Haaa tapi yang paling best, kat sini sapa yang mencari baby carier murah boleh ke sini. Macam-macam ada. Cumanya sebab berlonggok macam ni jenuh jugak nak kirai. Kalau pergi yang di 1 shemalin dia\gantung elok2, best jugak berjaya jugak lah shopping ergo baby 2. haha sebab murah Rm 20 satu & Rm 30 satu mau tak pengsan.


Haaa ni gambar beli ergo baby kat 1 shemalin. Best kan. carrier dah ada saja beli lebih dari satu boleh letak kat kereta lain 1, kat rumah satu senang.

haaa ada lagi satu tempat seronok untuk shopping barang perabot murah secondhand. Ada di area bangi dan kajang. Ada masa nanti share yea.

Sekian, terima kasih.

Dayah Sprinter

1 comment:

  1. selalu jugak baca pasal jalan jalan japan ni, sebaik jauh je kalau dekat dah lama pergi

    ReplyDelete