Sunday, 19 November 2017

Diari Dayah Sprinter : Yeay Pingat Gangsa Untuk PSSK kali ni

Diari Dayah Sprinter : Yeay Pingat Gangsa Untuk PSSK kali ni

Alhamdulillah rezeki untuk dapat pingat gambar untuk acara 4x100m bagi sukan kali ni.



Tahun lepas kecewa sangat bila hampir nak menang tapi takda reezeki. Tahun ni team-team yang hebat semuanya buat yang terbaik. Selain strategi yang diatur oleh coach betul2 mengena.



Kali pertama ditugaskan untuk jadi pelari pertama, sedangkan sebelum ni selalu diberi tugasan sebagai pelari ke 4. atau ketiga.

Alhamdulillah cuaca masa tu pun hujan dah renyai. Kalau tak sebelum tu  acara 4x100m lelaki dan lelaki veteran lari dalam hujan lebat. Wanita veteran pun lari dalam hujan sebaik time kami sebab hujan lebat sangat , diorang minta tangguh.

Heee nak tengok video kami lari macam kat sini pelari pertama lorong kedua baju warna petronas tu hahah. Jangan gelak kita ni tak berapa nak muda tak berapa nak tua. haha macam tu la. Lagi pun kami-kami ni atlet biasa je amatur.



Kenapa teruja sangat masing-masing bila dapat pingat ni. Sebab adalan dalam kalangan atlet dari pihak lawan ni yang merupakan bekas atlet malaysia peringkat SUKMA peringkat tinggi la sedangkan kami kami ni level dulu atlet sekolah , atlet daerah jer.

Sebab tu bila boleh fight dan dapat pingat gembira tu tak tau nak cakap hihi.

Makanya bergambar puas puas ramai ramai macam kat bawah.


Ada orang tanya ko tak penat ke dah tua tua ni berlari. Penat ye jugak tapi lebih kepada seronok. Sebab melalui sukan ni saya kenal ramai kawan-kawan dalam kementerian yang sama. Kalau bukan sukan susah skit nak jumpa sebab kementerian saya ni besar.



Melalui sukan ni jugak kita dapat release stress kerja.

Tapi time sukan ni stress jugak selagi acara kita tak lepas. Haha nak makan tak lalu nak kemana pun rasa tak sedap hati. Haha ni gambar time hati tak tenang nak kena lari 4x400m. Hahaha rasa macam nak merangkak tu bila kena lari 400 m tau ni bukan jogging biasa rata-rata speed haha pengsan kami. Maaf la team acara 4x400m ni tak boleh pingat. Memang tak mampu sangat nak lari acara jauh skit ni mental tak kuat.

Selain untuk sihat dan untuk kurus.

Rutin sukan kali ni agak berbeza. Sebab selalu sebelum acara memang tak lalu nak makan sebab takut perut berat haha dan takut perut tak sedap. Tapi sukan kali ni kita alas perut dengan ESP + Performance DRink memang ok laaa. Kenyang dan badan rasa bertenaga. 

Sebelum dan selepas acara pulak memang basahkan mulut dengan Performance Drink dari shaklee memang tak pandanglah 100 Plus ke yang lain-lain. Yelah air performance drink ni macam 100 plus juga tapi dia takda gas dan takda gula tambahan so lebih sihat dalam masa yang sama bantu untuk badan cepat recover dari keletihan. Ada kawan tanya dayah itu air magic ker. Hahahaha.


hahah kurus ker, idok la masa sukan ni makan rasa lapar so berat bertambah2 tunggu abis sukan kita start balik plan detox cara shaklee. Hihihi

Kenangan indah PSSK tahun 2017. Terima kasih kawan-kawan ada rezeki kita jumpa lagi untuk tahun DEPAN. Seronok dapat berkenalan dengan semua orang. Salah silap harap dapat dimaafkan.



sekian terima kasih.

Dayah Sprinter
Pengguna dan Pengedar Shaklee Yang setia
COD percuma Kawasan Putrajaya & Cyberjaya

0 comments:

Post a Comment