Thursday, 16 November 2017

Diari Dayah Sprinter : Layan Miang Kham Thai Food festival.

Assalamualaikum

Haaa nak jadikan cerita semalam masa nak hantar kakak g tuisyen tengok ada macam thai food festival area bangi seksyen 7 tu. Haaa apa lagi zasss pergi singgah.


Sebabkan dalam fasa penjimatan hahaha, so window shopping je la nak beli pun beli miang kham je la.

Ni kalau tak control rasa macam semua benda nak makan. Hihi so kami singgah beli miang kham dan minum air je.

Alhamdulillah sebaik la miang kham dia ok cuma harga la rm7 macam hurmm mahal jugak laa.

Antara menu-menu yang ada.


banyak yang menarik sebenarnya macam kerabu maggi, som tam, lagi yang macam pan kek tu. macam macam la ada cuma siap duit jer. hhihi sekali skal boleh la 

Selalu sangat jenuh time gaji lambat skit bulan ni.

Miang Kham ni apa sebenarnya?


Mesti ramai tertanya. Siap masa nak beli tu ada yang bertanya sedap ke ni.

Miang kham ni kira macam snack untuk orang thailand dan loas/

Kira "miang kham" maksudnya one bite wrap.

Macam mana cara nak makan.

Campur bahan-bahan yang ada (udang kering, bawang, kacang, kelapa goreng, satu lagi ni tak sure apa dia tapi sedap pastu letak kuah dia)

hurm dah wrap tu terus gigit makan sedapnya

skali cuba terus rasa nak gap lagi

tapi tu la ikut rezeki kadang dapat daun kaduk yang dah tak fresh dan tua keras la skit

dapat yang elok2 sedang sedap sangat letak kuah banjir hahaha

kuah dia tu rasa macam manis2 skit.

sapa yang tak pernah cuba kena la cuba best sangat

sekian naa

daa dayah sprinter

0 comments:

Post a Comment