Monday, 2 October 2017

Punca Kulit Sunburn

Assalamualaikum dan Selamat pagi



Mesti ramai yang tertanya-tanya macam punca berlakunya Kulit Sunburn.

Kenapa berbeza mengikut orang. Ada yang kulit mudah Sunburn dan ada kulitnya jarang Sunburn walaupun terdedah kepada cuaca terik.

Kata kunci kepada Kulit Sunburn ini bermula dengan Melanosit (Melanocytes)

Apa itu melanosit?

Melanosit ini merupakan sel yang terletak di bawah lapisan kulit yang berfungsi untuk menghasilkan melanin.

Melanin merupakan sejenis pigmen yang memberikan warna pada kulit, rambut dan anak mata kita.

Melanin ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV. Sinaran sangat bahaya kepada kulit sekiranya berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada kulit.

Taburan melanin pada kulit disebabkan oleh faktor genetik dan juga dipengaruhi juga kepada terdedahnya kepada sinaran matahari.

Taburan melanin yang berbeza setiap orang menjadikan manusia unik dan berbeza dari segi Kulit, warna rambut dan warna mata.

Bagaimana terjadinya Kulit Sunburn?




Kulit Sunburn berlaku apabila jumlah sinaran UV yang diterima melebihi kemampuan melanin dalam bertindak sebagai pelindung. Menyebabkan Kulit Sunburn dan bertukar kemerahan-merahan sebelum bertukar kepada warna yang lebih gelap.

Kandungan pigmen yang berbeza setiap individu menyebabkan tindak balas badan terhadap sinaran matahari agak berbeza.

Mereka yang berkulit cerah dengan komposisi melanin yang rendah lebih berisiko untuk mengalami Sunburn yang teruk berbanding mereka yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap (kandungan melanin lebih tinggi)

Haa untuk nak tau cara bahayanya Kulit Sunburn yang tak dirawat dalam next post yer.

Sekian terima kasih

dayah sprinter

0 comments:

Post a Comment