Wednesday, 25 October 2017

Pentingnya Postnatal Care atau Berpantang kepada wanita

Pentingnya postnatal Care atau berpantang kepada wanita yang baru melahirkan anak. 

Selepas 9 bulan mengandung sudah pasti banyak perubahan yang berlaku kepada badan sebagai persediaan untuk menjadi seorang ibu. Selain penjagaan semasa hamil, penjagaan selepas bersalin sangat penting kepada wanita.

Kenapa Penjagaan Wanita Lepas Bersalin ini penting?

Kerana badan sedang dalam proses pemulihan dan sedang siap sedia untuk melalui proses seterusnya ia menyusukan bayi. Pada waktu ini, sokongan daripada keluarga terutama emosi sangat penting. Mereka juga perlukan nutrisi dan rehat mencukupi untuk membolehkan proses pemulihan berlaku dengan baik dan lancar.

Mengapa penjagaan wanita lepas bersalin ini penting. Antaranya



1. Mengalami Perubahan Emosi/Hormon

Pentingnya penjagaan postnatal kepada wanita adalah kerana wanita yang baru melahirkan sedang dalam proses pemulihan badan termasuk hormon dan emosi. Pertukaran hormon progesterone dan estrogen berlaku sebaik sahaja uri tertanggal. Ketidakseimbangan hormon yang sedikit sebanyak mempengaruhi emosi wanita ketika lepas bersalin. Perubahan ini menyebabkan wanita ini kadang-kadang berasa sedih, berasa bimbang dan kadang-kadang marah. Perlakuan ini disebabkan hormon dan bukan disengajakan. Jangan la kita bercakap isteri kita tengah pantang perwatakan mengada-ngada sedangkan perkara tersebut merupakan salah satu proses yang dilalui badan mereka sementara nak kembali kepada keadaan asal. Selain hormon, faktor keletihan, sakit selepas bersalin, kurang tidur juga menyebabkan emosi wanita ketika waktu ini agak lemah dan tidak stabil Sekiranya tiada sokongan daripada keluarga terdekat, ia boleh menyebabkan wanita ini mengalami tekanan dan kemurungan atau meroyan. Sekiranya terdapat tanda-tanda kemurungan yang serius harusla diambil perhatian dan dirujuk kepada Doktor sebelum perkara buruk terjadi. Oleh itu, keluarga terdekat haruslah memberikan perhatian lebih kepada ibu-ibu yang sedang berpantang dan baru lepas melahirkan anak.


2. Sakit Lepas Bersalin


Penjagaan lepas bersalin juga penting kerana wanita lepas bersalin ini juga sedang menanggung kesakitan selepas bersalin samada normal atau secara pembedahan kedua-duanya memberi kesan kepada emosi dan fizikal wanita tersebut. Ada yang mengalami masalah lanjutan dari proses kelahiran seperti jangkitan pada luka bersalin (pembedahan), ada yang tumpah darah dan lain-lain. Dalam proses memulih ini , mereka memerlukan rehat yang cukup dan pemakanan yang sihat dengan nutrisi lengkap untuk membantu proses penyembuhan luka. Sebab itu, zaman dulu pun mereka melarang wanita yang tengah berpantang ni membuat kerja rumah bimbang, luka tempat bersalin terbuka atau sakit bersalin berlarutan dan menganggu proses penyembuhan. Pada zaman sekarang, ramai dah yang upah confinement lady untuk membantu isteri , mengurut , bertungku dan memasak. Ada yang juga membantu memandikan bayi pada minggu awal lepas bersalin. Suami juga perlu memainkan peranan dalam membantu isteri dalam urusan kerja rumah (tugas dobi), membantu mengurus anak-anak lain dan urusan yang berkaitan. Dengan bantuan ini, dapat memberi ruang kepada isteri untuk mendapat rehat yang cukup dan proses pemulihan berjalan lancar serta membantu emosi isteri lebib baik dan dapat mengelakkan tekanan atau meroyan.

3.Penyusuan Ibu

Penjagaan semasa berpantang penting kerana wanita ini akan melalui proses seterusnya menyusukan bayi. Bagi ibu muda yang tiada pengalaman, menyusukan ini boleh jadi sesuatu yang memberi tekanan kepada mereka. Mereka ini melalu fasa kurang tidur, membiasakan diri untuk menjaga bayi, sedang belajar untuk menyusukan bayi. Sehubungan itu, sokongan suami dan keluarga terdekat sangat penting pada masa ini untuk ibu -ibu ini membiasakan diri dengan proses penyusuan bayi, membiasakan diri dengan tangisan bayi. Kadang-kadang ada ibu yang mengalami bengkak susu pada minggu awal pantang sehingga berlanjutan kepada demam. Penjagaan penting untuk memastikan emosi ibu sedang dalam keadaan terkawal, memberikan nutrisi yang cukup untuk ibu agar kekal bertenaga dan dapat memberikan nutrisi yang baik kepada anak melalui susu ibu. Ibu-ibu baru ini perlukan teman atau sesorang yang dapat mendengar luahan dan masalah yang mereka alami ketika dalam proses penyusuan ini.Ibu-ibu ini juga boleh mengikut group support untuk ibu-ibu menyusu supaya mereka dapat sama-sama berkongsi dan menambah ilmu penyusuan. 

4. Pendarahan selepas bersalin (Darah nifas atau lochia)

Penjagaan berpantang ini penting kerana wanita mengalami pendarahan (nifas atau lochia selepas bersalin). Sebaik melahirkan wanita akan melalui proses pendarahan selepas bersalin (nifas atau lochia). Proses kehilangan darah ini mungkin berlarutan lebih dari 2 minggu. Pada waktu ini, sangat penting untuk wanita ini berehat dan elakkan dari membuat kerja berat atau banyak berjalan kerana bimbang terjadinya kejadian tumpah darah atau luka bersalin terbuka semula. Wanita ini juga perlukan makanan yang sihat dan nutrisi yang mencukupi untuk menampung keperluan badan akibat kehilang darah. 

5. Post Belly Baby
Apa yang dialami oleh wanita lepas bersalin. Selepas bayi keluar, perut masih lagi buncit seolah-olah ada bayi didalamnya. Jangan runsing perkara ini benda yang normal. Kerana semasa hamil, uterus atau rahim kita mengembang. Ambil masa 9 bulan kan untuk mengembang, so untuk proses nak kecutkan rahim juga mengambil masa. Dalam tempoh berpantang ini, proses bertungku dan mengurut sedikit sebanyak membantu dalam proses pengecutan rahim. Selain itu, mengurut juga membantu melancarkan saluran susu. Sebab itu, penting penjagaan lepas bersalin terutamanya pemakanan, untuk membantu wanita ini memulih dengan baik.
Banyak lagi sebenarnya tapi kita kongsikan ini jer dulu.
Oleh itu, pentingnya penjagaan ibu berpantang ini merangkumi semua aspek iaitu pemakanan yang sihat dan nutrisi yang mencukupi, rehat yang cukup, sokongan emosi dan juga penjagaan fizikal (elakkan kerja berat, berurut, bertungku dan berbekung)
Asyik cakap bab makan mencukupi. Makanan apa yang penting untuk mereka yang lepas bersalin dan tengah berpantang ni. Ada yang bertanya set berpantang Shaklee untuk isteri atau saudara terdekat;
Set Postnatal Shaklee

Antara yang ada dalam set berpantang shaklee
1)ESP - Sebagai Sumber Protein
Membantu dalam proses penyembuhan luka dan juga bekalkan tenaga untuk ibu dalam menyusu dan menguruskan bayi.

2) Vitamin C
Membantu dalam proses penyembuhan luka dan membantu meningkatkan ketahanan badan. Kombinasi Vitamin C, B complex dan Vitalea juga membantu dalam penghasilan dalam merah (Yela banyak kehilangan dalam masa tengah berpantang)

3) Vitamin B complex
membantu dalam penghasilan darah merah dan membantu tukarkan makanan kepada tenaga. Selain itu, B Complex juga berkhasiat mengurangkan simptom rambut gugur. Juga bertindak sebagai anti stress dan mengelakkan kemurungan atau meroyan.Juga bagus untuk kesihatan saraf, membantu ibu-ibu yang mengalami simptom CTS .
4)Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi multivitamin, asid folic dan zat besi yang mana wanita melengkapkan nutrisi ketika berpantang. Yelah kadang-kadang masa berpantang ini ada menu-menu yang kita tak boleh makan. Ada yang kena catu, kadang-kadang pemakanan yang ada masa tu mungkin tidak memenuhi nutrisi keperluan badan yang dalam proses pemulihan. Vitalae juga membantu ibu untuk kekal bertenaga semasa berpantang.
5)Ostematrik
Membekalkan kalsium, magnesium dan komponen lain untuk tulang. Dimana ostematrik ketika berpantang sangat membantu mengurangkan sakit pinggang dan belakang akibat postur menyusu yang tidak selesa. Kadang-kadang serta cramp kaki. Ostematrik juga membantu mengelakkan sembelit ketika lepas bersalin.
6)Omega Guard
Khasiat omega 3 daripada Omega guard bagus untuk ibu dan juga bayi. Omega 3 mengandungi DPA dan EPA yang mana bagus untuk perkembangan otak dan saraf kognitif bayi melalui susu ibu. Omega 3 juga berkhasiat membantu mengurangkan tekanan ibu lepas bersalin dan berkhasiat sebagai antinflamasi membantu ibu yang dalam proses pemulihan luka. Pelbagai khasiat omega seperti di bawah.

7. Alfala Complex (Jamu Moden)
Bertindak sebagai mlik booster dan jamu moden. Seeloknya ambil selepas bayi tak da kuning (sebab dia agak panas).
Haa tu full set post natal la. Kalo rasa nak ambil set Bajet ikut keperluan boleh. Untuk pertanyaan lanjut boleh wa 0133507996.

Antara testimoni mereka yang berpuas hati dengan set berpantang shaklee

dayah sprinter

Sekian, terima kasih


18 comments:

  1. Setuju..penjagaan selepas bersalin perlu dititik beratkan..lama nyer x experienced berpantang bersalin..rindu plak rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tak kira la moden ke tradisional

      Delete
  2. Vitamin memang penting bila dah bersalin. Sb bdn kita masa beranak dah byk ilang tenaga dan zat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalo tak nak amek supplimen kena dapatkan dari real food.

      Delete
  3. Saya pun amalkan set postnatal shaklee ni...rasa bertenaga sangat. ALhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis. saya anak kedua ni baru guna shaklee alhamdulillah memang berbeza rasa.

      Delete
  4. Info yang amat bagus untuk ibu2 yang melahirkan. Memang lps bersalin kena jaga betul2. Amat penting dapatkan vitamin atau apa2 supplement utk kembalikan segala zat atau tenaga yg dah hilang

    ReplyDelete
  5. Saya pun mmg mkn shaklee ja msa brpantang thn lpas...
    Mmg rsa bertenaga ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan rasa bertenaga muka [un takda la pucat dan kusam sangat

      Delete
  6. Bagus info ni. Memang masa berpantang adalah masa untuk berehat dan dapatkan balik tenaga yang hilang. Rehat yang cukup dan jgn stress stress.

    ReplyDelete
  7. Artis Malaysia yang bersalin dan kembali cantik mereka memang menekankan tentang berpantang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul maha kena jaga betul masa berpantang mmg membantu untuk kurus

      Delete
  8. Memang kena jaga dengan rapi selepas berpantang. Tips berguna ni. untuk bakal ibu dan juga ibu2 di luar sana.

    ReplyDelete
  9. Info yang bagus untuk ibu yang dalam process bersalin. Produk shaklee bagus taw

    ReplyDelete
  10. A proper postnatal is very important to maintain a good health for mummy. Then mummy able to good care of their baby.

    ReplyDelete