Tuesday, 10 October 2017

Jari Berkedut Ketika Cuci Pinggan

Jari Berkedut ketika cuci pinggan dalam tempoh yang lama. Apa yang menyebabkan kulit jari berkedut apabila terkena air terlalu lama atau apabila berendam dalam air?


Ada kajian menunjukkan kulit jari berkedut ketika terendam adalah merupakan tindakan fisiologi bdan untuk meningkatkan keupayaan cengkaman tangan ketika menguruskan objek yang basah. 

Antara uji kaji yang dibuat ialah memegang marble dalam keadan 1 (tangan kering dan keadaan normal ) dan kedua ketika tangan dalam keadaan berkedut setelah terendam selama 30 min didalam air. Keputusannya menunjukkan jari yang berkedut itu mengambil masa yang lebih singkat untuk mengambil marbles.

Ia umpama fungsi bunga tayar kereta ketika melalui kawasan yang basah atau. licin


Menarikkan.

So jangan susah hati kalau nampak tangan berkedut sebab lama cuci pinggan hihihi.

Tangan yang berkedut ini membantu ketika nenek moyang kita menuai tanaman atau sayuran dalam keadaan basah. Zaman sekarang kita pakai sarung tangan yang ada grip tu untuk handle objek yang basah.


Kalo kulit kaki berkedut bila berendam dalam pool pulak membantu kita apabila kita nak berjalan atas permukaan lantai ketika basah. Ia mengelakkan kita tergelincir. Hebatkan ciptaan Allah ni.

Tapi risau kalau tangan tak berkedut walaupun dah berendam lama berjam-jam dalam air kerana ia menunjukkan mungkin ada something wrong dengan fungsi saraf atau fungsi badan kita. Sila rujuk kepada doktor segera. Ada kajian menunjukkan jari yang patah tidak menunjukkan tindak balas berkedut ketika terendam dalam air.

Haaa dan perlu risau jugak kalau jari berkedut walau dalam keadaan kering sila rujuk kepada doktor.




Baikla setakat ini saja yer.

Terima kasih





No comments:

Post a Comment