Saturday, 14 October 2017

Bagaimana Kedutan Pada Wajah Terbentuk & Tips Melambatkan Kulit Berkedut

Bagaimana kedutan pada wajah terbentuk. 



Haaa mesti ramai tertanya tanya macam mana kedutan pada wajah tu boleh terbentuk. Kedutan atau garis halus pada wajah ada yang bersifat sementara iaitu ketika kita melakukan ekpresi wajah dan ada kedutan wajah bersifat kekal akibat proses penuaan.

Struktur Lapisan Kulit

Sebelum mengetahui proses pembentukan kedutan jom kita kenali dahulu struktur pada lapisan kulit kita.


Kulit kita terdiri daripada 3 lapisan iaitu Epidermis, Dermis dan hypodermis seperti rajah di atas. 

Setiapnya mempunyai fungsi masing-masing 

Epidermis (lapisan atas) - perlindung kulit daripada faktor luar contoh yang paling mudah sinaran matahari. 

Dermis (lapisan tengah) - mengandungi pelbagai tisu penghubung yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit, membekalkan nutrisi dan oksigen kepada sel-sel kulit di lapisan epidermis dan memberikan bentuk dan keanjalan kepada struktur kulit (fungsi kolagen dan elastin)

Hypodermis (lapisan bawah) - menyimpan lemak untuk membantu dalam proses mengawal suhu badan.

Bagaimana Kedutan Terjadi Pada Wajah Terjadi

Kedutan pada wajah terbentuk apabila sel-sel atau tisu-tisu di ketiga lapisan kulit di atas mula menyusut dari segi fungsi masing-masing atas faktor penuaan atau juga disebabkan oleh faktor luar seperti sinaran UV berlebihan faktor radikal bebas yang lain.



Apabila usia meningkat atau disebabkan faktor luar lapisan epidermis kulit mula menipis sehingga menjejaskan fungsinya untuk memerangkap lembapan di dalam kulit  dan ini menyebabkan kulit menjadi kering dan garisan halus terbentuk dan lama-kelamaan kulit mula berkedut.

Selain itu juga, didapati sel kulit pada lapisan epidermis akan mula menyusut sebanyak 10% bagi setiap 10 tahun pertambahan umur. Yelah badan dan tua so proses nak hasilkan sel-sel baru jugak menyusut.

Seterusnya bahagian dermis yang mengandungi tisu sokong mula hilang keanjalan, kurang kepadatan dan penghasilan kolagen juga makin berkurang menyebabkan bentuk kulit berubah menyebabkan kulit mula berkedut.


  • Selain itu, fungsi tisu-tisu/sel-sel di dermis yang bertindak membekalkan nutrisi dan oksigen kepada kulit juga menyusut menyebabkan kulit menjadi rosak dan lambat memulih akibat kekurang nutrisi.
  • Akhir sekali lapisan hypodermis yang menyimpan lemak juga mula mengecut menyebabkan menjejaskan jugak kepadatan lapisan kulit dan menyumbang kepada kulit berkedut.
  • Fungsi-fungsi ketiga lapisan tersebut yang menyusut secara keseluruhan menyebabkan fungsi perlindungi kulit, kelembapan, kepadatan, keanjalan, kadar penyerapan nutrisi terjejas sehingga menyumbang kepada pembentukan kedut pada wajah secara kekal.
  • Oleh itu dari sekarang perlu pentingkan penjagaan kulit wajah dari luar dan dalam untuk mengekalkan kesihatan sel-sel kulit yang seterusnya mengekalkan keremajaan kulit
  • Kita share tip atau pemakanan untuk mengurangkan kesan kedutan ini antaranya;
  • -antioksidan
  • -Protein (next etry insyallah)
terima kasih

sekian.










No comments:

Post a Comment