Monday, 23 October 2017

Bagaimana Jeragat Terbentuk dan Cara Kurangkannya

Bagaimana Jeragat terbentuk dan cara kurangkannya.

Jeragat terbentuk disebabkan pigmentasi yang tidak sekata pada kulit.

Pada keadaan normal, melanin dihasilkan oleh kulit dan disebarkan sekata keseluruhan kulit. Taburan Melanin yang sekata menjadikan tona kulit yang sekata.

Malangnya terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi taburan melanin ini seterusnya menyebabkan terbentuk jeragat. 


Antara faktor-faktor terbentuknya jeragat adalah;

Sinaran Matahari (Sinaran UV)

Kulit yang terdedah kepada sinaran UV tanpa perlindungan apa-apa sunblock atau sunscreen lama-lama kelamaanya akan rosak. Kulit dikawasan yang terdedah kepada matahari itu menyebabkan badan kenalpasti perlunya melanin dihasilkan disekitar kawasan tersebut. Penghasilan melanin di kawasan tersebut menyebabkan warna kulit disekitar kawasan tersebut menjadi agak berbeza di kawasan lain. Kawasan yang kebiasaan terbentuk jeragat, di kawasan pipi di bawah mata, di kawasan dahi. Kulit di bahagian yang terdedah kepada sinaran matahari tanpa perlindungan ketika cuaca sangat terik akan menyebabkan sunburn. Kulit Sunburn berlaku apabila jumlah sinaran UV yang diterima melebihi kemampuan melanin dalam bertindak sebagai pelindung. Menyebabkan Kulit Sunburn dan bertukar kemerahan-merahan sebelum bertukar kepada warna yang lebih gelap. 

Seterusnya, faktor perubahan hormon juga mempengaruhi terbentuknya jegarat

Perubahan hormon

Penghasilan melanin (pigmen kulit) ada kaitan dengan hormon. Apabila berlaku perubahan hormon, sedikit sebanyak memberi kesan terhadap penghasilan melanin oleh melanosit. Penghasilan melanin yang berlebih dalam taburan tidak sekata menyebabkan bahagian tertentu pada badan menjadi lebih gelap dan berjeragat. Kebiasaanya terjadi pada wanita hamil dan juga mereka yang dalam fasa menopause.

Bahan Kimia

Faktor lain menyebabkan berlakunya jeragat disebabkan oleh salah pengguna produk kecantikan wajah. Ada sebahagian yang mengandungi merkuri atau bahan- bahan kimia terlarang menyebabkan kulit menjadi rosak dan melanosit yang memberikan pigmen kepada kulit turut terjejas fungsi. Ini menyumbang kepada terbentuknya jeragat pada bahagian kulit yang rosak.

Pemakanan

Pemakanan juga dikatakan menjadi penyumbang kepada terbentuknya jeragat. Jeragat ni ada kaitan dengan perubahan hormon. Ada sebahagian makanan yang boleh merangsang peningkatan hormon estrogen dalam badan lebih dari kebiasaan sehingga menganggu keseimbangan hormon. Selain itu, mereka yang kekurangan Vitamin B terutamanya asid folic yang menjadi salah satu faktor terbentuknya jeragat. Patutlah ramai kawan-kawang tengah hamil mengadu alami masalah jeragat. Bagi kawan-kawan yang sedang hamil tu, pastikan pengambilan vitamin B mencukupi. Selain itu, protein juga penting untuk kulit. Kerana struktur penting dalam kulit berperanan dalam pembentukan melanin juga terdiri daripada protein. Protein ini merupakan antara nutrisi penting yang diperlukan kulit untuk membina sel kulit baru dan memulihkan sel-sel yang rosak. 


Bagaimana nak kurangkan atau nak elakkan Jeragat

1)Perlindung Kulit

Pastikan kita memakai sesuatu krim pelindung UV untuk melindungi kulit setiap kali kita melakukan aktiviti luar. Sekiranya jenis yang tak suka bermekap, sekurang-kurangnya amalkan bedak atau BB Cream atau seumpamanya yang ada SPF 50. Macam saya, saya amalkan BC Cream Dyxy sebab ada SPF 50 dan tekstur nya ringan dan serasi dengan kulit. Haa kat bawah ni panduan nak pilih sunblock spf mana sesuai untuk kulit. Mereka yang berkulit cerah sangat-sangat perlu amalkan pelindung UV.


2) Amalkan makanan mengandungi antioksida

Makanan yang kaya antioksida perlu untuk membaik kulit yang rosak akibat uv dan melindungi badan dari terus rosak akibat tindakan radikal bebas. Khasiat antioksida boleh baca disini. Antara antioksida yang paling mudah dan jimat adalah Vitamin C. Vitamin C bukan sahaja bagus untuk melindungi kulit dari rosak akibat radikal bebas (sinaran Uv). Vitamin C membantu untuk badan menghasilkan kolagen secara semulajadi.

3)Nutrisi Vitamin Mencukupi semasa hamil

Pastikan pengambilan vitamin B semasa hamil mencukupi untuk mengurangkan kesan terbentuknya jeragat.

4)Pastikan pengambilan diet protein sehari mencukupi mengikut keperluan badan. Antara anggaran keperluan protein mengikut umur.


Di bawah ni anggaran protein bagi mereka yang aktif bersukan. Aktif bersukan perlukan protein lebih untuk otot.


Akhir sekali ramai yang bertanya. Ada yang bertanya, untuk set jeragat dari shaklee ada tak?

Set jeragat daripada Shaklee terdiri daripada


1)Set Premium Jeragat

-Vivix 

kaya antioksida, bagus untuk lindungi kulit dari rosak akibat radikan bebas terutamanya sinaran matahari. Mejadikan kulit beseri, awet muda. Baca disini berkenaan khasiat Vivix dalam merawat masalah pigmentasi kulit.



-Collagen Powder -

Bagus untuk menganjalkan kulit dan melambatkan proses penuaan. Ada yang mengamalkan kolagen mendapati pori kulit makin kecil dan jeragat makin berkurang. Info lanjut kolagen disini.


Vitamin C - Antioksida yang melingdungi kulit dari rosak akibat sinaran uv dan merangsang badan untuk menghasilkan kolagen secara semulajadi.



Gla Complex -seimbangkan hormon dalam badan dan juga membantu melembapkan kulit. Juga mengandungi vitamin E (antioksida)





2)Set Jeragat Medium
-ESP -Sumber protein, melembapkan kulit dan memudarkan parut dan jeragat


-Vitamin C

-Vitamin E




3) Set Jeragat Bajet

Vitamin C
Gla Complex 

baik sampai disini sahaja. Nanti kita sambung lagi.

Dayah

Pengedar Shaklee Cyberjaya Putrajaya
ID : 1110814
Dayah Sprinter
Direct What aps :

http://dayahmy.wasap.my atau 0133507996
COD sekitar Cyberjaya dan putrajaya
Pengeposan ke seluruh malaysia.


terima kasih

Sekian




0 comments:

Post a Comment