Tuesday, 16 May 2017

Sukar Hamil dan Ikhtiar Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

haaa hari ni kita berkongsi tips untuk hamil. Mungkin dalam kalangan kita sedang berusaha untuk hamil.

Telah cuba berbulan.. bertahun ikhtiar tapi belum dikurniakan rezeki lagi..


Masalah ini bukan sahaja membelenggu mereka yang baru berkahwin tetapi juga pasangan yang telah mempunyai anak.. Menurut Dr zubaidi, bagi pasangan yang telah mempunyai anak tetapi sukar hamil setelah jarak yang agak lama mungkin disebabkan masalah kesuburan keskunder. Sebelum kita nak berikhtiar tu kita kena tahu dulu sedikit sebanyak punca yang menyebabkan sukar hamil.

Antara yang menyebabkan kesukaran untuk hamil adalah ;

  • Kurang jumlah sperma dalam air mani lelaki (32%) 
  • Masalah tidak datang haid dan ovulasi (period tidak teratur) (4.9 %)
  • Masalah pada tiub fallopio (16.7%)
  • Masalah endriometriosis atau masalah pada rahim (3.3%)
  • Kombinasi masalah suami dan isteri (17%)
Kebanyakan masalah sukar hamil ada kaitan dengan keseimbangan hormon bagi wanita. Ia menjadi lebih sukar mereka yang mengalami masalah period yang tidak teratur, yang mengalami masalah Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) dan Premature Ovary Failure (POF). 

Selain daripada itu, perkara-perkara lain yang turut menyumbang kepada masalah untuk kesukaran hamil adalah;

  • Masalah keputihan serius 
  • Masalah Berat Badan (sama ada terlalu kurus atau lebih berat badan daripada normal
  • Mengalami tekanan perasaan 
  • Toksin dalam badan akiat terdedah kepada pencemaran secara beterusan
  • Faktor usia
  • Merokok (suami)

Masalah keputihan yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan tersebut menular sehingga kedalam rahim dan tiub fallopio sehingga menjejaskan fungsi organ peranakan wanita. Manakalan berat badan berlebihan, toksin, faktor usia serta tekanan perasaan pula berkait dengan keseimbang hormon dalam badan wanita sehingga menganggu kitaran haid yang normal. Apabila period tidak teratur sukar untuk kita tentukan waktu subur sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah sukar hamil. 

Bagi masalah-masalah yang berkaitan kesihatan anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapat rawatan dan pemantauan yang sewajarnya.

Setelah berjumpa dengan doktor anda juga boleh berikhtiar seperti berikut;


1) Detox

Apa itu detox?

Dua perkara yang kita perlu detox antara daripada segi fizikal dan rohani.

Fizikal - Pada masa sekarang terlalu banyak pencemaran yang berlaku termasuk kepada sumber makanan yang kita ambil sehingga menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan. Toksin yang berlebihan dalam badan menjadi punca pelbagai penyakit dan menganggu fungsi sistem peranakan suami dan isteri. Oleh demikian, detox ini penting untuk menyingkirkan segala kotoran dan toksin yang terkumpul didalam badan kita.


Rohani - Perbanyakkan solat taubat (sehari 3 kali) dan istighfar ( sekurang-kurangnya 100 kali sehari) untuk membersihkan dosa kita yang lalu. semoga dengan detox rohani ni, doa-doa kita untuk memperoelhi zuriat dimakburkan.


Selain itu, dalam fasa detox ni bagi mereka yang mengalami masalah keputihan dan period tidak teratur seeloknya rawat la masalah tersebut terlebih dahulu. Seterusnya baru kita ke step seterusnya iaitu pemakanan seimbang.

2) Pemakanan Seimbang


Selepas kita melalui proses detox badan kita dalam proses untuk healing. Oleh demikian sangat penting untuk kita mengamalkan pemakanan seimbang supaya badan-badan kita yang bermasalah sebelum ini mendapat nutrisi yang secukupnya untuk pulih dan kembali berfungsi secara normal pada tahap optimum.

Selain itu, kita juga boleh memperbanyakkan sumber makanan yang boleh membantu untuk meningkatkan kesuburan dan mengandungi asid folik yang bagus untuk persediaan awal ibu untuk hamil.

Berikut antara makanan yang dapat meningkatkan kesuburan



Apabila kita mengamalkan pemakanan yang seimbang dan detox sedikit sebanyak membantu kita dalam mencapai berat badan yang ideal dan membantu badan untuk sihat dan bersedia untuk proses kehamilan seterusnya.

Selain itu, bagi yang beragama islam jangan dilupakan makanan rohani. Perbanyakkan solat tahajud, solat duha, solat sunat, bersedekah (makanan, ilmu, duit, masa) dan zikir  untuk bagi makanan rohani kepada tubuh kita. Apabila kita perbanyakkan amalan rohani ini emosi kita akan lebih tenang dan stabil. Ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan kebarangkalian untuk hamil. Perbanyakkan zikir Ya Wahab (Allah Maha Pemberi) sebelum kita memohon hajat untuk dikurniakan zuriat yang sihat dan soleh/solehah.

3. Kenali Waktu Subur


Seterusnya, apabila badan dalam keadaan bersedia kita boleh mulakan usaha untuk hamil antara mengenalpasti waktu subur. Antaranya adalah;

Untuk wanita


Salah satu tanda penting biasanya berlaku antara hari ke 10-15 bergantung kepada kitaran haid seseorang.

Penting untuk tahu waktu subur kerana ovum dilepas ketika waktu subur dan ovum hanya mampu bertahan antara 12-24 jam manakala sperma boleh bertahan antara 3hari-5 hari. Oleh demikian boleh meningkatkan kekerapan hubungan seks semasa tempoh subur ini.


4. Amalkan gaya hidup sihat


Seimbangkan gaya pemakanan, bersenam dan seimbangkan urusan kerja dan keluarga untuk mewujudkan emosi stabil, kebahagian dan badan yang sihat.

Berikut antara cadagan ikhtiar dengan menggunakan produk shaklee;

1. Detox

Shaklee mempunyai Set Detox
Harga RM838.75 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli
2. Masalah Keputihan
Harga RM205 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

3. Masalah period tidak teratur

Antaranya suppelement yang boleh diamalakan ialah vivix, B complex, GLA complex, Ostematrik dan Omega Guard. Boleh rujuk entry berkenaan Period Tidak Teratur untuk maklumat lanjut.

Harga RM150 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli
4 Meningkat Kesuburan


Harga RM305 (exclude postage) kecuali zink
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli
* Zink ni sekarang dah takde dalam pasaran Malaysia. Kiranya Vitamin E yang kita syorkan untuk lelaki (suami)

GLA complex shaklee ni berbeza daripada kebanyakan Gamma-Linolenic acid (GLA) di pasaran kerana ia diestrak daripada Borage Seed yang mengandungilebih  2 x GLA dalam Evening Epimrose Oil (EPO). Kebanyakan GLA dipasaran terdiri daripada EPO. Ia berkesan 3x ganda lebih baik daripada EPO. Setiap kapsul GLA complex shaklee mengandungi 300mg GLA yang mana ianya sumber terbaik omega-6. Ia juga digabungkan dengan minyak sunflower dan vitaman E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.  Bermanfaat dalam membantu menstabilkan hormon.

Vitamin B complex bagus juga untuk meningkatkan kesuburan, mengurangkan tekanan dan mengandungi asid folik bagus sebagai persediaan awal hamil. Asid folik penting dalam perkembangan tulang belakang bayi dan mengelakkan masalah spina bifina pada janin.

Vitalea pula merupakan multivitamin dengan zat besi berkhasiat dalam membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan bagi berfungsi dengan lebih baik.

Sekian sahaja berkongsian berkenaan perkara. harap sedikit sebanyak membantu rakan-rakan untuk ikhtiar hamil. Saya doakan semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki kalian semua.


Akhir sekali ya, tidak lupa selepas kita dah berusaha selebihnya kita berdoa dan bertawakal kepada Allah. Ada sebabnya kenapa Allah lewatkan pemberian zuriat mungkin dia nak badan kita betul-betul sihat dan bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani untuk bergelar ibu dan bapa.

sekian terima kasih

Untuk tempahan atau pertanyaan berkenaan produk boleh hubungi saya melalui wasap 0133507996 atau http;//dayahmy.wasap.my

Dayah Sprinter



3 comments: