Sunday, 28 May 2017

Aturan Makan Set Kurus (Optimum) Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejatera

Disini saya nak kongsikan cara-cara aturan makan Set Kurus (Optimun Shaklee)

Bagi yang mempunyai misi untuk kurus di pagi raya. Misi anda bermula sekarang


SARAPAN/SAHUR

Mulakan bangun pagi dengan minum 1 hinga 2 gelas air kosong. Lebih kurang 15-30 min kemudian mulakan sarapan pagi atau bersahur.

Minum air sebaik bangun tidur BAGUS untuk mengaktifkan organ dalaman

Minum air 30 min sebelum makan akan membantu melancarkan penghadaman dan membantu untuk perut rasa penuh.

 Selepas itu bersarapan dengan panduan bersahur dari kelvin zahri


 Amalkan karbo complex untuk effect kenyang lebih lama. Contoh karbo complex. Kalo perut melayu tu boleh layan nasi putih segenggam . Ye nasi putih tu sejenis Complex Carbs jugak.

Sumber protein tu boleh amek lauk 2 jenis portion sederhana. Nak tengok kalori setiap makanan tu boleh download aps myfitnesspal.

Kemudian 1 jenis sayur lebihkan portion pun takpa sebab dia bagi effect kenyang

Kemudian bersahur dengan bancuhan ESP 2 hingga 2.5 sudu makan ke dalam satu mug air biasa atau dalam shaker 250ml.

ESP ni boleh memberikan effect kenyang lama dan memberikan tenaga kepada kita sebab ia mengandungi 9 jenis asid amino sebagai sumber protein kepada badan kita. Bukan setakat tu saja, ESP ni juga boleh memberikan kesan pada kulit dimana kulit jadi lebih lembap.

Kemudian selepas sahur amalkan 2 gelas air kosong.

LUNCH (selain bulan puasa)

Amalkan 1-2 gelas air kosong 30 minit sebelum makan.

Telan 3 kapsul OMEGA GUARD (kalau jenis heavy meal sangat tengahri malam tak makan berat). Omega ni boleh dimakan sebelum atau selepas tetapi berdasarkan pengalaman pengguna pengambilan sebelum makan lebih berkesan dalam membantu memecahkan lemak dalam makanan yang diambil

Sekiranyaada jenis tengahari dan petang heavy meal , 2 kapsul & 1 kapsul atau 1 kapsul & 2 kapsul. Ikut tengok kuantiti kalori kita amek lebihkan kapsul pada sesi makan yang lebih kalori.

Kena kesan cepat pemakanan kena jaga. Kurangkan makan berminyak, berlemak dan manis

Sebabnya nilai setiap gram sumber lemak (minyak) ni lagi tinggi daripada protein dan karbohidrat. Bukan tak boleh ambil. Boleh tapi kurangkan jumlah dari selalu.


Kurangkan pengambilan karbo dan lebihkan sumber protein kerana protein yang berlebihan tak ditukar kepada lemak. Protein akan digunakan untuk tenaga apabila bekalan karbo dalam badan kita dah abis. Penting untuk kurangkan pengambilan karbo. Mula perlahan-lahan jangan terus drastik yer


DINNER/BERBUKA

Macam aturan tadi kalo tengahri dah amek 2 kapsul dinner ni amek 1 kapsul. Kalo bulan puasa berbuka amek terus 3 kapsul sebelum mula makan berat.

Mulakan dengan segelas air putih suam. Seterusnya 1-2 biji kurma

Mengikut Kelvin Zahri mulakan dengan makanan seimbang segenggam nasi putih, sumber protein dan sayur-sayuran.

Kunyah secara tertib dan perlahan. Serius kalo makan cepat nanti effect kenyang tu tak terasa sebab biasanya badan akan mula merasa kenyang 20 minit selepas makan. Jangan mulakan dengan kuih-muih manis sebab confirm anda terlebih makan. hihi

Selepas dah selesai makanan seimbang barula boleh amalkan makan manis dalam kuantiti sederhana.

Kalo teringin air manis lepas berbuka ni boleh minum skit buat basah tekak tapi jangan berlebih sebab air manis ni mengandungi karbo ringkas. Tak bagus untuk kawalan kalori kita sehari.

Dah selesai berbuka. Sebelum solat isyak tu minum lagi 1-2 gelas air yang untuk kekal dehrasi sepanjang malam. Nak lagi bagus meh amalkan performance drink tiada pengawaet tiada gula tambahan.

Kemudian sebelum tidur amalkan 4 biji herblax bagus untuk detox dan cuci usus kita.

Sebenarnya antara salah satu sebab kenapa badan kita susah turun disebabkan pengumpulan toksin dalam badan akibat usus yang kotor.

Tapi bagi mereka yang mula nak ambil HERBLAX ni dia akan berikan kesan 8-12 jam pertama kita membuag. So seeloknya cuba pada weekend la ye takut kang memerut pulak kat pejabat.

Awal-awal je lepas tu badan dah serasi , usus dan dibersihkan  pembuangan akan berjalan lancar. Herblax ni diambil 2-4 biji sehari untuk detox tapi kalau dah lama amalkan pembuangan dah stabil. Boleh amalkan 2 kali seminggu 4 biji sebelum tidur untuk kesihatan berpanjangan

Yelah usus yang kotor boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Ok selepas dah amek HERBLAX boleh la minum lagi 1-2 gelas air kosong sebelum tidur

Bagus amalkan minum air sebelum tidur untuk elakkan serangan jantung dan strok pada waktu malam.

Haa sekian ye aturan makan untuk set kurus ni. Bagi yang amalkan alfafa, alfafa boleh diambil selepas makan  maksimum 10 biji sehari. Pembahagiannya terpulang kepada kita nak 3 biji bfast, 3biji lunch 4 biji dinner atau 10 biji terus. Bagi yang baru nak amek alfafa seeloknya mula dengan kuantiti sedikit dahulu iaitu 6 biji sehari.

Jang lupa ya banyak minum air bila amek supplement ni. Haa jumlah kalori tu anda tetapkan sendiri berapa boleh tengok aps myfitnesspal nanti

Macam kami, kami target kurang 1200 kalori sehari. Makan main belasah ja asalkan kalori kurang 1200 dan kurang kan makanan manis dan berminyak


sekian terima kasih

0 comments:

Post a Comment