Sunday, 28 May 2017

Aturan Makan Set Kurus (Optimum) Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejatera

Disini saya nak kongsikan cara-cara aturan makan Set Kurus (Optimun Shaklee)

Bagi yang mempunyai misi untuk kurus di pagi raya. Misi anda bermula sekarang


SARAPAN/SAHUR

Mulakan bangun pagi dengan minum 1 hinga 2 gelas air kosong. Lebih kurang 15-30 min kemudian mulakan sarapan pagi atau bersahur.

Minum air sebaik bangun tidur BAGUS untuk mengaktifkan organ dalaman

Minum air 30 min sebelum makan akan membantu melancarkan penghadaman dan membantu untuk perut rasa penuh.

 Selepas itu bersarapan dengan panduan bersahur dari kelvin zahri


 Amalkan karbo complex untuk effect kenyang lebih lama. Contoh karbo complex. Kalo perut melayu tu boleh layan nasi putih segenggam . Ye nasi putih tu sejenis Complex Carbs jugak.

Sumber protein tu boleh amek lauk 2 jenis portion sederhana. Nak tengok kalori setiap makanan tu boleh download aps myfitnesspal.

Kemudian 1 jenis sayur lebihkan portion pun takpa sebab dia bagi effect kenyang

Kemudian bersahur dengan bancuhan ESP 2 hingga 2.5 sudu makan ke dalam satu mug air biasa atau dalam shaker 250ml.

ESP ni boleh memberikan effect kenyang lama dan memberikan tenaga kepada kita sebab ia mengandungi 9 jenis asid amino sebagai sumber protein kepada badan kita. Bukan setakat tu saja, ESP ni juga boleh memberikan kesan pada kulit dimana kulit jadi lebih lembap.

Kemudian selepas sahur amalkan 2 gelas air kosong.

LUNCH (selain bulan puasa)

Amalkan 1-2 gelas air kosong 30 minit sebelum makan.

Telan 3 kapsul OMEGA GUARD (kalau jenis heavy meal sangat tengahri malam tak makan berat). Omega ni boleh dimakan sebelum atau selepas tetapi berdasarkan pengalaman pengguna pengambilan sebelum makan lebih berkesan dalam membantu memecahkan lemak dalam makanan yang diambil

Sekiranyaada jenis tengahari dan petang heavy meal , 2 kapsul & 1 kapsul atau 1 kapsul & 2 kapsul. Ikut tengok kuantiti kalori kita amek lebihkan kapsul pada sesi makan yang lebih kalori.

Kena kesan cepat pemakanan kena jaga. Kurangkan makan berminyak, berlemak dan manis

Sebabnya nilai setiap gram sumber lemak (minyak) ni lagi tinggi daripada protein dan karbohidrat. Bukan tak boleh ambil. Boleh tapi kurangkan jumlah dari selalu.


Kurangkan pengambilan karbo dan lebihkan sumber protein kerana protein yang berlebihan tak ditukar kepada lemak. Protein akan digunakan untuk tenaga apabila bekalan karbo dalam badan kita dah abis. Penting untuk kurangkan pengambilan karbo. Mula perlahan-lahan jangan terus drastik yer


DINNER/BERBUKA

Macam aturan tadi kalo tengahri dah amek 2 kapsul dinner ni amek 1 kapsul. Kalo bulan puasa berbuka amek terus 3 kapsul sebelum mula makan berat.

Mulakan dengan segelas air putih suam. Seterusnya 1-2 biji kurma

Mengikut Kelvin Zahri mulakan dengan makanan seimbang segenggam nasi putih, sumber protein dan sayur-sayuran.

Kunyah secara tertib dan perlahan. Serius kalo makan cepat nanti effect kenyang tu tak terasa sebab biasanya badan akan mula merasa kenyang 20 minit selepas makan. Jangan mulakan dengan kuih-muih manis sebab confirm anda terlebih makan. hihi

Selepas dah selesai makanan seimbang barula boleh amalkan makan manis dalam kuantiti sederhana.

Kalo teringin air manis lepas berbuka ni boleh minum skit buat basah tekak tapi jangan berlebih sebab air manis ni mengandungi karbo ringkas. Tak bagus untuk kawalan kalori kita sehari.

Dah selesai berbuka. Sebelum solat isyak tu minum lagi 1-2 gelas air yang untuk kekal dehrasi sepanjang malam. Nak lagi bagus meh amalkan performance drink tiada pengawaet tiada gula tambahan.

Kemudian sebelum tidur amalkan 4 biji herblax bagus untuk detox dan cuci usus kita.

Sebenarnya antara salah satu sebab kenapa badan kita susah turun disebabkan pengumpulan toksin dalam badan akibat usus yang kotor.

Tapi bagi mereka yang mula nak ambil HERBLAX ni dia akan berikan kesan 8-12 jam pertama kita membuag. So seeloknya cuba pada weekend la ye takut kang memerut pulak kat pejabat.

Awal-awal je lepas tu badan dah serasi , usus dan dibersihkan  pembuangan akan berjalan lancar. Herblax ni diambil 2-4 biji sehari untuk detox tapi kalau dah lama amalkan pembuangan dah stabil. Boleh amalkan 2 kali seminggu 4 biji sebelum tidur untuk kesihatan berpanjangan

Yelah usus yang kotor boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Ok selepas dah amek HERBLAX boleh la minum lagi 1-2 gelas air kosong sebelum tidur

Bagus amalkan minum air sebelum tidur untuk elakkan serangan jantung dan strok pada waktu malam.

Haa sekian ye aturan makan untuk set kurus ni. Bagi yang amalkan alfafa, alfafa boleh diambil selepas makan  maksimum 10 biji sehari. Pembahagiannya terpulang kepada kita nak 3 biji bfast, 3biji lunch 4 biji dinner atau 10 biji terus. Bagi yang baru nak amek alfafa seeloknya mula dengan kuantiti sedikit dahulu iaitu 6 biji sehari.

Jang lupa ya banyak minum air bila amek supplement ni. Haa jumlah kalori tu anda tetapkan sendiri berapa boleh tengok aps myfitnesspal nanti

Macam kami, kami target kurang 1200 kalori sehari. Makan main belasah ja asalkan kalori kurang 1200 dan kurang kan makanan manis dan berminyak


sekian terima kasih

Continue Reading

Friday, 26 May 2017

Tips Kurus Part 2 : Rahsia Kurus Di Pagi raya




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Haa tajuk ni agak menarik kan..

Yela raya je masing-masing dah siap pasang tekad nak turunkan berat badan masa bulan puasa.

Nak kurus tapi tak tahu cara?

Meh kami kongsi skit tips-tips kami berjaya teruskan berat badan sebanyak 23 Kg selepas bersalin dan maitain berat ideal walau pun selepas berpantang.

Meh la share tips skit.

1.Kena ada target...berapa kg nk turun biar target tinggi sekurang2 kalo tak capai 100%, capai 70% kan

2.Self affirmation.
Tiap2 hari sebelum tdo set dalam minda insyallah aku boleh turun 1-2kg bulan ni..

3.Kawal pengambilan kalori dlm sehari.
*macam saya ni set 1200 kalori sehri tp kadang ada jer cheat day..😂 nanti cover balik next week dengan work out.

 Ni boleh download aps myfitnesspal.

4.Jangan skip breakfast..(Sahur)
** sebab dlu jenis tak bfast pagi serius lagi susah berat nk turun sbb ad info yg mengatakan kalo kita tak breakfast metabolisma lgi rendah.

5. Kurangkan minuman manis & bergas.
**yela benda manis ni gula..gula ni  1 sudu teh dah dekat lebih kurang 16 kalori...kalo 10 sudu dah serupa macam makan nasi 1 senduk.. baik makan nasi ye dok.😂😂

6. Amalkan segelas atau dua gelas air kosong 30 min sebelum nak heavy meal..Bagus untuk melancarkan penghadaman.

7. Senaman untuk bakar kalori. Kalo kat rumah tu boleh la buat tabata.. buat 15min pun merecik peluh.. cukup 30 min sehari kalo ada kekangan masa
**ni memang dok work out tiap2 petang dari nov -feb..sejak si adik kuar hosp ni kita tak semapt nak work out..😂😂 faktor kesibukan kerja kat ofis jugak.

8.Rajin puasa isnin atau khamis
*masa berat statik tak mau turun dah...work out tak jalan.. so kita puasa direct seminggu.. bila puasa ni selera makan pun tak sgt.. skit sebanyak membantu jgk la. Haa ni dah masuk bulan ramadan sangat sesuai la kita mulakan semula hajat nak kurus tak kesampaian tu.

Ok itu je kot tips kita..😉

Kawan2 yang tengah berpantang tu masa ni la masa sesuai badan cepat sangat turun berat.. yang penting kena yakin diri.

Haa kalau rasa tak dapat nak bersenam , tak dapat nak jaga kalori semua cukupla dengan banyakkan minum air kosong dalam sehari.

Boleh cuba Set Kurus Shaklee ni haa.

 Semudah 3 Steps sahaja.

Hasil pasti berpuas hati.

Step 1)

Bakar/Uraikan Lemak

-Lechitin

  • Menyerap vitamin larut lemak- A,D, E dan K.
  • Menghalang enapan lemak dihati
  • Memecahkan lemak dan kolestrol, ‘membersih’ salur darah, pengambilan tambahan dapat mengemulsi  dan membantu metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh
  • Pengambilan yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang
  • Mencantikkan otot dan kulit, melembap dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolism sel dan melambatkan penuaan
  •  Meringankan sembelit, meleraikan  toksin dalam usus


Harga RM 112.50 (exclude postage)

Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli  
*Herblax diganti dengan alfalfa complex untuk ibu menyusu

 -Omega Guard
  • Membantu penurunan berat badan dengan bertindak seperti hormon meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak.
  • Mengurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ badan dan disekitar pinggang
  • Kurangkan selera makan, rasa kenyang yang lebih lama
  • Kurangkan keradangan dan penakungan air ditisu-tisu badan
  • Aktifkan pengeluaran air yang tidak perlu dari badan memberikan kesan penurunan berat yang signifikan


Harga RM 193.75 (exclude postage)

Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli 

 Step2

 Buang (Detox)

-Alfalfa
  • Mencuci hati, darah dan usus – makanan yang sangat beralkali boleh normalkan kembali         badan yang berasid, membersihkan hati, kolon, darah, menyingkirkan toksin dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Penggunaan jangka panjang dapat menyingkirkan lemak dan kolestrol, mengurangkan               kolestrol, mengandungi saponin – span yang bertindak sebagai serat yang menyerap               kolestrol
  • Melegakan keletihan
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastric, sembelit,               hepatitis dan hyperacidity
  • Sangat berkesan untuk pencernaan dan buang angin, menjadikan badan terasa lebih ringan.
-Herblax


Mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfafa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, fennel seed, dan culver's root. Sifatnya yang mengalakkan tindakan pembersihan (detox) yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat utama herblax adalah;

  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan najis dari menjadi keras. Sesuai untuk diambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas sebagai minuman herba.
  • Disyorkan pengambilan 2 kali seminggu (untuk kesihatan berpanjangan) - 4biji setiap kali sebelum tidur. Manakala untuk tujuan pembersihan usus/detox usus untuk kawal berat badan 2 kali sehari - 3 biji setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. Satu botol ada 120 biji. 
  • * Mengandungi alfafa- pesakit SLE di nasihatkan untuk dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.  


Harga RM 293.75 (exclude postage)

Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli 
 *Herblax diganti dengan alfalfa complex untuk ibu menyusu& Cinch Shake dengan ESP (set Ibu menyusu Rm273.75)
Step 3

BINA 

Energizing Soy Protein

  • Membekalkan tenaga berpanjangan, kurang rasa  lapar even berpuasa!
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot mengelakkan kulit mengelebeh akibat penurunan berat secara drastik.
  • Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot.
  • Tiada pengawet, perasa, pemanis tiruan, rasa asli soya dan vanilla
  • 1 hidangan ESP bersamaan 2x daging, 4x telur, 12x susu rendah lemak
  • Indek Glisemik rendah

CINCH SHAKE MIX

  • Membekalkan tenaga dan memelihara otot ketika proses penurunan berat badan
  •  Mengandungi Cinch Pro- campuran ekslusif protein diperkayakan dengan leucine-asid amino 
 Leucine : memelihara otot semasa menurunkan berat badan. Leucine merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat didalam protein tertentu.       
  • Kesan pada mereka yang telah mengambil cinch ialah kehilangan lemak, berat, inci pada masa yang sama masih mengekalkan otot mereka.
  • Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral
  • Tinggi protein (24g setiap hidangan) memberikan anda rasa puas dan kenyang
  • Tinggi serat (6g setiap hidangan)
  • Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan.
  • Rasa yang sangat enak, memberikan kepuasan semasa menurunkan berat, datang dengan 3 perisa yang sedap, lazat seperti coklat, cafe latte dan vanila.



Harga RM 430 (exclude postage)

Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli
*Herblax diganti dengan alfalfa complex untuk ibu menyusu& Cinch Shake dengan ESP (set Ibu menyusu Rm410)
Haaa di atas merupakan pilihan-pilihan Set Kurus Shaklee boleh pilih ikut bajet anda.
sekian terima kasih.
dayah sprinter
Continue Reading

Thursday, 25 May 2017

HEBAT SANGAT KE VIVIX TU?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HEBAT SANGAT KE VIVIX TU?

TRENDING sangat dalam kalangan shaklee distributor.

Haa meh nak citer skit.


Harga RM475 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli
Vivix ni seumpama mcm sirap ajaib bagi shaklee lover.


Warnanya kemerah2an.. rasanya mcm ribena manis-manis masam pekat



Setiap titis begitu berharga berbaloi dengan kualiti



Vivix ni umpama kelip-kelip terbang malam.



Rahsia kehebatannya tidak dapat disembunyikan



Kaya dengan antioksida. 



Mempunyai khasiat 10x ganda lebih daripada RESVERATROL yg merupakan agen antipenuaan yg hebat.



Merupakan antara world's Best Cellular Anti-Aging Supplement.


VIVIX DARI APA SEBENARNYA?




Semua ramuan yang PREMIUM dan paling penting kaya antioksida.

Ramuan semuanya premium patutla TRENDING sangat ramai yang cari VIVIX walaupun harganya agak PREMIUM tapi masih mampu dimiiliki sesuai sangat untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

Salah khasiat yang paling POWER orang cakap tu adalah RESVERATROL.

RESVERATROL ni memang power la hampa. Meh tengok khasiat dia apa?


Haa ni la salah satunya AWET MUDA. AWET MUDA ni bukan setakat cantik muda remaja sebaliknya secara menyeluruh organ dan sel-sel dalam badan kita pun turut muda. Bila MUDA dia masih berfungsi dengan baik walaupun USIA meningkat. Kuranglah risiko penyakit-penyakit seperti diabetes, sakit buah pinggang, sakit jantung, Darah Tinggi, Stroke dan macam-macam lagi.

HAa  antara kajian yang dilakukan oleh para saintis berkenaan khasiat RESVERATROL


Ha macam-macam kan khasiat dia.

RESVERATROL ni lah yang menjadikan VIVIX ni sangat POWER.

MACAM MANA VIVIX BERTINDAK

VIVIX ni bertindak melalui 4 Tindakan seperti berikut :









Haa tindakan ke 3 tu menjadikan VIVIX betul-betul HEBAT. Menunjukkan VIVIX menyokong pembaikan Sel hingga ke molekul DNA.

TIPULAH takkan HEBAT sampai macam tu.

Haa meh baca pasal Telomere study. Boleh google Landmark Study II : Telomere Study

haa ni kami cita skit ringkasan daripada Telomere Study.


Tujuan kajian nak tengok kesan penggunaan supplement tambahan terhadap pemendekan Telomere dalam Molekul DNA kita. Telomere antara komponen penting yang mana dia melindungi maklumat genetik kita daripada rosak dia bertindak macam TOPI la. Telomere part hujung kromosom kita mcm dlm gmbr wrna hitam tu.


Telomere penting dlm proses pembahagian sel. Tanpa telomere proses pembahagian sel baru terjejas. Seterusnya akan mempengaruhi fungsi tisu & organ badan.Penting Telomere ni sebab kalo unit paling kecil dalam badan kita ni dah mula rosak maka dia akan effect Tisu seterusnya Organ dalam badan kita menyebabkan fungsi semakin merosot dan menjadi punca kepada pelbagai permasalahan kesihatan.


Haa apa hasil Telomere Study ni?





Haa tak ke memang POWER tu.

Sesuai sangat dengan harganya kan.

Kesimpulan nya yang mengamalkan VIVIX ni kurang risiko  untuk diserang pelbagai penyakit yang disebabkan kegagalan fungsi badan dan ia juga menyebabkan kita jadi AWET MUDA.

Haa apa lagi Hampa nak pilih jadi AWET MUDA ka AWET TUA.

Antara testimoni yang mengamalkan VIVIX. Alhamdulillah dengan izin ALLAh KANSER semakin memulih dan macam-macam lagi penyakit.






Haa macam-macam khasiatnya. Kawan-kawan sendiri yang merasai VIVIX punya kesan dan kami pun pernah merasai penangan kuat daripada VIVIX sehingga menghantui kami sampai sekarang la.

OK naa sampai disini ja,

Kalo rasa berminat nak belikan VIVIX untuk diri sendiri atau insan yang tersayang Meh Wa 0133507996 atau http://dayahmy.wasap.my

Terima kasih

Dayah Sprinter


Continue Reading

Monday, 22 May 2017

Kolagen bukan Sekadar cantik..Betul ker?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ok kali ini saya nak kongsikan berkenaan pentingnya keperluan kolagen oleh badan kita.

Kalogen apa ya.. apa fungsi diaa.. 

Kalogen merupakan sejenis protein yang paling banyak dalam tubuh badan kita.

Kolagen ni ada beberapa jenis tau.. bukan sekadar protein bawah kulit muka kita jaa..kita punya tulang rawan .sendi-sendi kat lutut.. rambut kita.. macam-macam laaa.. boleh tengok list kat bawah ni kategori collagen dalam badan kita..

Kita kalo dengar kolagen ja mesti ingat nak cantik kan.. sebenarnya kolagen ni sangat la penting seawal umur 20 an kita dah kena titik beratkan pengambilan kolagen..

Sebab apa?




Sebab seawal umur 20 an jumlah penghasilan Kolagen dalam badan mula berkurang.


Kalo tak cegah dari awal berlaku la penuaan sebelum usia.



Kolagen ni bukan setakat kulit muka ja, rawan , kandungan dalam tulang, tisu kat breast akak-akak semua..pendek kata nk dkt 80% kolagen terkandung dlm badan kita..



Sebab itu, bila penghasilan kolagen merosot dalam badan kesannya boleh nampak ketara terhadap keanjalan kulit, kesihatan rmbut, fungsi lutut dan sendi dan lain2..
So memang penting laa akak-akak abang semua.. pengambilan kolagen ni.. tambah-tambah mereka yang mengamalkan gaya hidup yang sangat aktif.. bersukan sana sini.. panjat gunung.. masuk hutan.. oudoor sana sini.. Kulit jadi sunburn (rosak kulit kalo tak dirawat segera lama-lama), sendi-sendi lutut makin lama makin merosot.. mulala rasa sakit-sakit.. ada yang ligamen terkoyak la masa bersukan.. macam-macam laa.. so  kenalah jaga badan.. amalkan pengambilan kolagen.. sebab badan kita tak dapat menghasilkan kolagen mengikut apa yang diperlukan oleh badan apabila usia makin bertambah.. kalo dah sakit kan.. lutut dah goyah.. apa pun tak boleh buat..sukan tak boleh nak solat macam biasa pun terbatas.. 



Selain itu.. tahu ker macam mana kedutan itu berlaku ?



Kedutan berlaku disebabkan komposisi kepadatan protein (kolagen) di bawah kulit makin merosot menyebabkan timbul garis-garis halus pada wajah.. garis-garis halus ni makin lama akan makin dalam kelihatan..kulit menjadi kurang elastik dan kering.. mula berlaku jeragat-jeragat pada kulit.. selain faktor usia.. terdedah kepada sinaran UV berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan berlaku penuaan sebelum usia. Faktor-faktor lain juga menyumbang iaitu pencemaran udara, pemakanan yang tidak sihat..

Siapa yang perlukan sangat-sangat kolagen ni....selain mereka yang aktif aktiviti luar.. wanita-wanita yang telah melahirkan anak juga sangat perlu pengambilan kolagen ni tau. 


Dari sekarang kena mulakan pengambilan kolagen jangan tunggu umur dah 60 an baru nak amek kolagen akak-akak ooii.. masa tu boleh la amek tapi jangan expect terus muka jadi muda remaja macam umur 40 an.. kecuali dari umur muda-muda ni kita dah amalkan kolagen.. sedikit sebanyak melambatkan proses penuaan pada kulit dan anggota tubuh yang lain..

Selain itu.. di bawah antara fungsi kalogen terhadap badan kita selain untuk cantik..


haaa.. Untuk orang tua kita yang ada sakit-sakit lutut dan sendi ni pun bagus sangat amalkan kolagen ni tau sebab apa?



Komposisi utama rawan kita ni adalah kolagen.. dia yang bantu dari segi elasticity rawan kita.. kalau dah berusia selalunya fungsi rawan ni dah merosot..



Dengan pengambilan kolagen sedikit sebanyak mengurangkan masalah lutut atau sendi-sendi pada orang tua kita..

Macam saya dah mula amalkan shaklee collagen powder memandangkan saya ni dah umur 30 an tapi mula aktif bersukan.. kena jaga kesihatan lutut dan sendi-sendi..selain itu,kena jaga kulit juga selalu sangat sunburn berlari tengah panas terik tak bagus.. so kena cepat-cepat rawat.. macam kami, kami amalkan Shaklee Collagen Powder.

Orang kata mahal benor Shaklee Collagen Powder.. alah membeli menang memakai kak.. dia punya hasil memang terbaik la.. tapi cuba akak survey harga kolagen di pasaran.. kolagen ni memang agak mahal skit kak. Tambah-tambah yang dihasilkan dari Kolagen Ikan.. Kolagen ikan lebih bagus dari kolagen tumbuhan. Sebab tu harganya agak berbeza. Apa istimewanya collagen ikan ni..


haaa lepas tu apa specialnya pulak kolagen dari shaklee ni... haaaa

Harga RM298 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

Antara ramuan-ramuan Shaklee Collagen Powder adalah


Haaa kami pun dah cuba.. memang puas hati sangat-sangat laaa.. pori-pori makin mengecil se awal 9 hari.. kulit lembut dan halus.. jeragat makin pudar.. suka suka suka..


haaa ni testimoni dari pengguna kolagen yang lain.. gebu gebas laaa hai... memang meroket la kesan dia.

haaa best kan.. jom la berkolagen.. pasti berbaloi-baloi.. nak beli meh wasap 0133507996 (dayah my) atau http://dayahmy.wasap.my

ok hampa-hampa semua.. dah tau kepentingan kolagen.. jom sama-sama kita amalkan..

sekian

dayah sprinter

Continue Reading

Thursday, 18 May 2017

Sembelit ohh Sembelit..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Hari ni saya akan berkongsikan berkenaan masalah sembelit.

Masalah yang agak merungsingkan kita.. Sembelit ni antara perkara yang sering menghantui wanita yang sedang hamil dan juga yang sedang berpantang.. Kalo sembelit masa berpantang tu memang sangat-sangat laa menyeksakan.. menangis ooi dalam toilet. Selain itu.. ada juga yang mengalami masalah ketika bulan puasa.

Bagaimana berlaku sembelit ?

Sembelit berlaku apabila pergerakan usus besar yang perlahan sehingga menyebabkan najis yang asalnya berbentuk cecair menjadi keras di hujung anus. Sepanjang pergerakan tersebut cecair daripada najis diserap semula ke usus. Oleh demikian, sembelit yang berlarutan sangat la merbahaya kepada kesihatan kerana segala toksin di dalam cairan najis  telah diserap semula ke dalam badan.


Menurut Dr. Zubaidi, mereka yang mengalami masalah sembelit yang berlarutan akan berasa letih, lesu, lemah , pucat dan tidak bermaya.

Sembelit juga menghalang gas-gas daripada  usus untuk dikeluarkan daripada melalui kentut sehingga menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.

Siapa yang mengalami sembelit?

Mereka yang mengalami najis jenis TYpe 1 dan Type 2 yang mana najis agak kering dan keras  3 kali seminggu.

Walaubagaimana pun sembelit ini hanyalah bersifat sementara dan ianya bukannya penyakit. Sembelit berlaku disebabkan oleh sebab berikut.



So kawan-kawan bulan puasa ni harusla kita menjaga jenis-jenis pemakanan yang kita ambil dan perbanyakkan pengambilan air dan makan berserat untuk mengelakkan masalah sembelit kerana masalah ini sering menghantui terutama pada bulan puasa kerana kita kurang minum air. Mereka yang mengalami sembelit dicadangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 20-35 gram serat setiap hari.

Oleh itu,jika anda mengalami masalah sembelit rawatlah segera sebelum ia melarat sehingga menyebabkan masalah-masalah lain yang lebih serius.

Antara ikhtiar bagi mengurangkan sembelit dengan produk Shaklee adalah

Harga RM360 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

1. Herblax-detox

Mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfafa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, fennel seed, dan culver's root. Sifatnya yang mengalakkan tindakan pembersihan (detox) yang lembut terbukti kesesuaianya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat utama herblax adalah;

  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan najis dari menjadi keras. Sesuai untuk diambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas sebagai minuman herba.
  • Disyorkan pengambilan 2 kali seminggu (untuk kesihatan berpanjangan) - 4biji setiap kali sebelum tidur. Manakala untuk tujuan pembersihan usus/detox usus untuk kawal berat badan 2 kali sehari - 3 biji setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. Satu botol ada 120 biji. 
  • * Mengandungi alfafa- pesakit SLE di nasihatkan untuk dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Harga RM57.50 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

2.Alfafa Complex -mengandungi banyak serat

 Alfafa tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Alfafa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makana yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakanya tidak terdapat dalam buah-buahan atau sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfafa menyediakan nutrisi yang menyamai sgelas susu.

Harga RM198.75 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli


 Manfaat utama adalah
  •  Mencuci hati, darah dan usus- Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan- memperbaiki keadaan kulit dan hidung yangs ensitif, kurap, bau badan dan ulat air (atlete foot) yang berkesan
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki maslaah saluran penghadaman seperti perut kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol
  • Melegakan keletihan- melalui detox toksin dripada badan yang penyebab badan letih dan tidak bermaya
  • Cadangan pemakanan - 2 kali sehari- 10 biji setiap pengambilan (tujuan kesihatan berpanjangan)
  • Untuk detox (cuci darah, usus) - 3-4 kali sehari, 10 biji setiap pengambilan (diambil dengan air kosong)
  • * pesakit SLE perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
 
Harga RM57.50 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

3.Perfomance Drink (PD)- elakkan hidrasi

 Salah satu penyebab sembelit adalah kurang pengambilan air. Dengan pengambilan perfomance   Drink ia membantu badan anda untuk terus kekal hidrasi sepanjang hari terutama pada bulan puasa.

Manfaat utama ialah
  • Meningkatkan daya ketahanan badan - memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, mengantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekalkan tenaga dan  daya ketahanan fizikal- Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam badan dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potasium, kalium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
  • Mencegah penyahhidratan- mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  •  Mengekalkan parasa gula- terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting untuk bagi tenaga pada otot dan percepatkan sembuhan daripada kecederaan otot.
  • Satu hidangan boleh diminum sahaja atau dicampur dengan minuman lain.
  • sangat sesuai untuk mereka yang sedang berpuasa dan atlet atau mereka yang aktif melakukan aktivti fizikal seharian yang menyebabkan banyak kehilangan air dalam badan.
  • Syor pengambilan : sarapan/sahur - campurkan satu sudu besar  untuk PD+ESP+Meakshake latihan fizikal - campurkan 2 sudu besar dalam 500ml dan minum satu jam sebelum memulakan latihan fizikal dan setiap 30 min sewaktu latihan. Minum 1 jam kemudian slepas latihan untuk penyahhidrat dan mengembalikan tenaga.
 
Harga RM86.25 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

4.Lechitin -lembutkan najis

  • Membantu meringan sembelit dimana lechitin adalah pelembut najis yang berkesan dan ia melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.  ia juga membantu dalam pemecahan lemak dan kolesterol dalam badan. Dimana lechitin bertindak sebagai pembersih salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam badan.
  • cadangan pengambilan - 2 kali sehari-3 kapsul sehari (sebelum atau selepas makan) untuk tujuan pemeliharaan kesihatan. Manakala bagi tujuan pelangsingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak - 2-3 kali sehari- 6 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)

 
Harga RM55 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

Harga RM143.75 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

5. ESP-Meningkatkan tenaga.

  ESP dihasilkan daripada non GMO soya, Mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ia juga turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral yang memberi manfaat sumber tenaga segera dan boleh tahan lama. ia juga memberikan kesan kenyang lebih lama. Sesuai sangat diamalkan semasa sahur. 1 canister boleh untuk 30 serving boleh tahan antara 1 bulan hingga 1.5 bulan. Sesuai untuk semua golongan termasuk ibu hamil, menyusu dan pesakit diabetes. Hal ini kerana ESP mempunyai kandungan Indeks Glimesik (G.I) yang rendah menjadikan ia sangat sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes. Satu hidangan ESP bersamaan 2x daging, 4x telur, 12 kali susu rendah lmak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh badan.

Harga RM161 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

Harga RM112.50 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

 Haaa di atas adalah merupakan cadangan yang ada perlukan untuk mengurangkan masalah sembelit. Seeloknya diambil satu set untuk kesan yang lebih cepat. Walau bagaimanapun,anda boleh mengambil loose set mengikut bajet anda. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di wasap 0133507996. atau http://dayahmy.wasap.my

Terima kasih semua yang sudi singgah dan membaca

Sekian

dayah sprinter

 

Continue Reading