Saturday, 5 December 2015

9 Makanan Berkhasiat Untuk Naikkan Platlet Darah

Assalamualaikum

Lanjutan entry sebelum berkaitan dengan jangkitan demam denggi.

Denggi cukup sinonim dengn penurunan kandungan platlet dalam darah secara mendadak. 

Berikut saya kongsikan 9 Jenis makanan yang berkhasiat dalam membantu menaikkan semula platlet darah serta pembentukan hemoglobin (untuk wanita mengandung)

1. Buah/Jus Delima





Delima ni kaya dengan kandungan zat besi. Zat besi ini penting dalam pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Pengambilan jus delima/buah delima dapat membantu menaikkan bacaan platlet dan Hb dalam darah.



2.Susu








susu kaya dengan kalsium, vitamin K dan ptotein fibrinogen penting dalam pembekuan darah dan melancarkan peredaran darah..bagi yang xsuka minum susu boleh amalkan produk tenusu lain seperti keju, yogurt..



3.Makanan Yg kaya "Folate"
















Folate atau Vitamin B9 penting dalam pembentukan sel-sel dalam badan. seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 400mg folate/day. Pengambilan makanan yg kaya folate seperti buah oren, bayam, asparagus, buah kiwi..sedkit sebanyak dalam membntu menaikkan semula platlet darah... 

4.Makanan Kaya Protein





"Lean protein" kaya dengan zink dan vitamin B12. Macam orang kita banyak amalkan sup ketam.. ketam antara yang kaya dengan protein membantu dlm peningkatan platlet dalam darah.



5. Jus Daun Betik Muda


Berkhasiat dalam membantu pembentukan sel-sel darah sekaligus membantu dalam menaikkan bacaan platlet darah.

6."Cod Liver Oil & Flax Seed Oil"


Minyak ini berfungsi dalam meningkatkan sistem imuniti badan dan melancarkan peredaran darah. kalo xjmpa boleh la try omega guard (minyak ikan jugak.)

7. Makanan kaya dengan Vitamin A

Vitamin A berkhasiat untuk pembentukan platlet yang sihat. Selain itu juga penting dalam membantu pembentukan protein dalam badan. Antara makanan kaya dengan vitamin A adalah lobak merah, labu..

8. Sayur-sayuran Hijau (Kaya Chlorophyl)

Chlorophyl penting dalam pembentukan hemoglobin darah dan pembentukan sel darah merah.

9. Makanan Kaya Vitamin K


Vitamin K membantu pembentukan sel-sel dalam badan secara optimum. Selain itu bagus juga untuk proses pembekuan darah.

Akhir sekali.. paling penting pastikan pengambilan air kosong yang banyak melebihi 3 L sehari.

Ok setakat ini sahaja.. harap bagi rakan-rakan yang mengalami masalah platlet rendah atau Hb rendah (wanita mengandung) boleh cuma amalkan makan-makanan dalam senarai di atas.


sekian..

assalamualaikum



5 comments:

  1. I should start with this kind of food . Need to balanced , kalau tak jaga boleh mngakibatkan obesiti . Thanks for your info btw . Really appreciated :D ( Syamsid Blog )

    ReplyDelete
  2. sedapnya nye tengok sup ketam.. btw tq sharing..

    ReplyDelete
  3. nice sharing. lets follow my blog.

    ReplyDelete