Friday, 13 November 2015

Rezeki Kembara Ke Bumi Anbiya part 2

Assalamualaikum

Alhmdulillah ari ni kita smbung berkenaan persiapn seterusnya..

Setelah meneliti semua aspek, kami decide utk pilih UTas travel agency berbanding andalusia atas sebab2:


  • Status diri mengandungkami pilih pakej ekonomi yg menawarkan jarak hotel terdekt semasa di mekah.. kami memilih hotel albanonah.. sbb jarak dia dlm 200m dr masjidilharam berbnding hotel ditawrkan oleh andalusia dlm 400-640m..ni anggarn yg sbnr lagi jauh plus 100-200m.

  • Penerbangan berjadual sbb sll tak seramai charted so xde sesak2 masa nk check in.. n xperlu tmbh kos extra.

  • Pilih penerbngan arab saudi sbb sesuai dgn tarikh nk berlepas..

  • Direct flight dr kl ke madinah sbb kami prefer buat ziarah ke madinh dlu bru umrah.. kmdian kalo trn jeddah terpksa naik bas ke madinah yg makan masa 5-6jam dgn keadaan diri mengndung n alahan agak teruk rasa mcm xmampu nk naik bas lama2..

  • cuaca pada awal bln 2 dh hujung musim sejuk..n kandungan masa tu dh masuk mggu ke 13/14 kira yakin skit la nk travel jauh2..tmbh naik flight..

  • tarikh dh xkisah sbb dh mengndungkan so xperlu risau lagi tempoh suci dr haid..hehe lega makk.. tp kami kekal dgn tarikh awl bln feb.

Alhmdulillah hujung bln disember 2014  iaitu kira2 sebulan lg nak berangkat segala dokumen penting dh siap..kebenaran ke luar negara pun dh dpt dr ketua jabatan.

Walau bagaimanapun terdapat perubahan dr segi jadual penerbangan dimana tarikh berganjak n bilangan hari bertambah.

kemudian tarikh baru tersebut hnya ada kekosongan utk charted flight & laluan penerbangan dr kl ke jeddah.. terpksa jgk naik bas ke madinah...pasrah makk..

Perubahan tersebut melibatkan pertambahan kos dalam rm800++ seorang kalo xsilap.. masa dpt berita ni kami reda mungkin ada hikmah disebalik dugaan ni.. so dah perlu mula membuat persiapan mental & fizikal 

Pesanan ye..korang kena standby bajet extra sekiranya saat akhir ada perubahan yang melibatkan pertmbhn kos..jangan sedia bajet cukup2 pakej jerr..

Ok berbalik pada persiapan.. kami mulakan mnghadiri taklimat setiap hari sabtu di pejabat utas di kl.. 

ikutkan wajib pergi sekali tp bagi yang tiada pengalaman seeloknya pergi beberapa kali.. walaupun setiap kali taklimat hampir sama tetapi sesi soal jawab berbeza dan isu yang dibincangkan juga berbeza yang mana sgt membntu utk meningktkan kefahaman..

Memandangkan kami pergi berdua buat kali pertama, so perlu fahami betul2 sebelum berangkat ke sana supaya apabila disana urusan praktikal nanti lebih mudah dengan bantuan mutawif disana.

Kemudian menambah kefahaman melalui pembacaan..

saya sgt tertarik dgn buku penulisan dari Prof Muhd Kamil Ibrahim iaitu bertajuk travelog haji mengubah sempadan iman..



Buku ni mentua saya syorkan untuk saya baca memandangkan ini kali pertama saya ke sana.. penulisannya bersahaja dan bentuk penceritaan berdasarkanpengalaman yang dialami oleh penulis sendiri dalam proses berkunjung ke tanah haram..

Banyak nasihat dan pengajaran yang saya perolehi daripada buku ini..

Selain itu saya juga dgr penglaman & nasihat dr mentua n rakan-rakan yg dh pernah smpai ke sana.. maklumat tu sgt membntu utk diri bersedia secara mental dan fizikal.

Bagi persiapan fizikal, saya mula bersenaman tiap2 malam di rumah untuk jarak 2-3km untuk biasakan diri dengan aktiviti saie dan tawaf. Apabila dah disahkan hamil saya masih melakukan senaman cuma kelajuan itu dikurangkan. Tujuannya nak biasakan dirir supaya nnti kat sana badan rasa fit dan kaki xdela kejang. 

ni haa blk mini gym kami..



Selain itu, saya mencari bahan bacaan berkenaan pengalaman mereka yang menunaikan umrah ketika mengandung dan maklumat yang saya jumpa tak banyak..

Berdasarkan pembacaan saya, agak berisiko menaiki flight dalam tempoh yang lama semasa kehamilan.. apa yg saya boleh buat saya berdoa dan bertawakal smoga urusan kami dipermudahkan.. dan diberikan kesihatan yang baik sebelum dan sepanjang berada di tanah haram.

Saya ada maklumkan kepada pihak agency untuk request bilik hotel tgkat bawah supaya kalo lift rosak atau sesak dengan orang ramai, kami boleh turun menggunakan tangga.

Saya juga ada request untuk dapatkan seat dalam penerbangan di bahagian tengah atau hadapan pesawat untuk kurangkan tekanan smasa flight berlepas dan mendarat.. 

alhamdulillah ada sebahagiannya dapat dipenuhi.. kami bukan nk cerewet atau mengada-gada tapi mementingkan keadaan kesihatan kandungan ini.. kami cuba usaha yang terbaik selebihnya hanya bertawakal kepadaNya dan berserah..

Selain itu, saya juga sediakan ubat tahan muntah dapat dri klinik kerajaan standby takut muntah2 pulak naik bas lama2 dari jeddah ke madinah.. yang paling penting vitamin untuk kesihatan kandungan wajib bawa seperti vitalea, vitamin c, osteomatrik dan folik asid..kebanyakannya adalah dr produk shaklee..semua ni bekalan untuk tgkatkan imuniti memndangkan saya tidak mengambil suntikan yang diwajibkan..

ok setakat ini sahaja,, jumpaa di next entry..

assalamualaikum





2 comments:

  1. insyaALLAH ada rezeki ena nk ke sana juga suatu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya doakan smga ena & keluarga ada rezeki utk dpt jemputan ke sana nnti,.. nnti ada masa boleh berkongsi lagi mcm tips berkaitan.. tq singgah..

      Delete