Friday, 20 November 2015

My Pregnancy Journey : Vitalea & Sticker Hijau di Buku Pinkku..


Assalamualaikum

Situasi Hb rendah dengan hamil dah kira mcam sinonim pulak..

semasa 2nd pregnancy ni saya mencuba set ibu hamil shaklee memandang alahan kali ini lebih teruk.. 


dari 1st pregnacy saya xsuka nk telan iron tablet.. adeh rasa mcam muntah hijau dan bila makan mesti ada masalah sembelit..


Bila saya consume set ini antara vitamin c sustaine release, vitalea, osteomatrik.. tekak ni boleh terima la.. alhamdulillah selepas mengamalkan vitamin tadi bacaan hb saya cantik jer setiap kali check up dalam 12-13.. masalah sembelit pun xde.. wah rasa lega sangat

tapi..tapi.. masa bulan puasa saya selalu termiss makan supplement ni.. kesannya.. Hb darah saya drop kepada 10.. adeh apa lagi kena la bising dgn kakak nurse.. Diorg suh saya stop shaklee dan amek iron table 2 biji..

2 biji??? sebiji pun muntah hijau ni kan 2 biji.. buku pink dah kena tampal sticker hijau.. adeh tipis harapan nak bersalin kat hospital berisiko rendah presint 8.


lepas tu memang serik la nak skip2 makan.. so lepas konsisten amek vitalea dan lain.. bacaan hb saya normal balik.. so alhmdulillah.. 

selepas melahirkan supplement shaklee saya tu masa boleh diteruskan semasa dalam pantang dan menyusu.. wahh bestkan xmembazir dan satu botol vitamin vitalea tu boleh tahan sehingga 4 bulan.. 


Vitalea.. Vitalea ni apa sbenarnya??



Vitalea ni asal daripada perkataan "Vitaliza-Mineral yang sebelum ini berbentuk cecair.. setelah peningkatan teknologi perubahan dari bentuk cecair kepada tablet yang disebut sebagai vitalea..

Tablet vitalea ini diselaputi satu lapisan spirulina.. owh patut la warna hijau.. hehe..tapi saya suka bau dia.. boleh la kalo nak bandingkan dengan iron tablet..




Vitalea ni multivitamin & multimineral yang mengandungi 28 mineral yang diperlukan badan antaranya iaitu;

  • beta carotene : membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan tisu-tisu dalam badan dan bagus untuk kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Boron : Membantu dalam metabolisma badan
  • kalsium, fosforus, vitamin c dan D : membantu dalam penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi kuat
  • Vitamin E : membantu dalam meningkatkan kesihatan hati, usus an fungsi imunisasi (patut kalau rasa bertenaga bila amalkan dengan vitamin c SR)
  • Biotin : membantu dalam penghasilan tenaga dari protein, lemak
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah (patutla sesuai amalkan masa hamil)
  • magnesium : membantu memnyokong kekuatan tulang , fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekandan darah normal dan denyutan jantung.
*antara kelebihan lain vitalea ini adalah ia mudah larut dalam air.. 

ok setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini.. jumpa lagi dalam next entry..

terima kasih sudi baca dan singgah

assalamualaikum


0 comments:

Post a Comment