Monday, 30 November 2015

Kembara di Bumi Anbia Part 3 : Merentas Sempadan Bahasa

Assalamualaikum



Malam ni tiba-tiba saya terkenang asma' sahabat yang saya kenal masa di hari pertama di Madinah. Pengalaman menyelinap ke raudah ketika hamil.asma' merupakan orang tempatan di madinah..walaupun perbezaan bahasa & negara..beliau ramah & sangat membantu sya disaat pertama kaki ingin menjejak ke taman syurga iaitu Raudah.. semoga asma' dan rakannya berada dalam keadaan sihat & sentiasa dilindungi 



Detik2 perkenalan saya adalah apabila saya  pertama kali ingin masuk ke raudah.. saya dijadual untuk ke raudah bersama mutawif & kumpulan saya pada malam tersebut..


Walaubagaimanapun hati rasa teruja & saya berasa sangat rugi kalo saya lepaskan peluang untuk ke sana ptg ini..

Usai solat zohor di masjid nabawi sya sms husband bagi tau saya agak lambat sebab saya cuba nak masuk ke raudah..saya maklumkan supaya suami tidak menunggu lama diluar.

Selepas selesai solat zohor saya lihat petugas wanita (kami panggil polis arab).hehe..mulakan tugas memasang tali untuk membuat sempadan.. dimana saya difahamkan jemaah perlu menunggu giliran mengikut kumpulan negara..

Memandangkan itu merupakan kali pertama saya pun tak pasti..saya cuma melihat je ramai jemaah wanita berpusu mengerumuni beberapa pintu..sebelum ada sebahagiannya dihalau & diminta untuk duduk dikawasan menunggu..

Saya ketika itu sedang berdiri berhampiran pintu masuk yang ramai org berpusu..kalo lihat dari segi pemakaian..rasanya situ kumpulann turki..masing berdiri tunggu masa sahaja pintu dibuka untuk ke laluan menuju ke raudah..

Pada masa itu ada polis wanita perasan saya sebab cara pemakain saya tak mengambarkan group tersebut..saya disuruh pergi ke pintu sya tak tau..tp rasanya utk jemaah tempatan..confuse kot polis tu sebab sya pakai serba hitam dari tudung hingga ke jubah..dh mcm orang tempatan..muka pulak ada iras arab (cewahh perasan..haha)



Sya pun pun berlalu pergi tapi saya tak tau nk tuju ke mana..kemudian sya nampak asma' dan rakan2 masuk semula ke tempat tadi dan menyelinap perlahan & berselindung belakang jemaah turki masa polis tu sedang sibuk menghalau jemaah lain..saya pun ikut jejak mereka.. 

Bila polis tu dtg jemaah turki pun  turut bantu..heheh diorang sorokkan saya bawah selendang diorang..haha ni memang kelakar..tapi baik hatikan diorg.. sempat la bertegur sapa..dlm bahasa ayam & itik..

Seterusnya asma & rakan2 pulak menegur saya..mereka ingat saya orang tempatan..kan dah kata..hehe sbb tu polis arab tu confuse..

Bila tahu sya dr malaysia & saya seorang nampak macam terkapai..diorang pun pimpin la tangan saya masa dalam proses menyelinap masuk ke laluan raudah..

Ada masanya kami berlari2 anak..haha lupa diri la tu tengah mengandung..alhamdulillah dipertemukan dgn mereka..sepanjang ke sana..mereka yg menunjuklan laluan kepada saya..

setiba di Raudah..

Saya sangat terkejut sbb orang ramai bersesak & berhimpit2 ..ada yang hmpir terjatuh & terpijak..

Asma' dan rakannya husna  sentiasa pegang tangan saya..ada sekali sya hampir terjatuh sbb kena tolak..sbaik mereka tarik..kalo x..abisla kena pijak..

Pertama kali saya masuk mereka menunjukkan makam2 para sahabt.. mereka ada bercerita sdikit sebanyak..tapi nampak riak wajah mereka sayu & sedih bila dapat menjejakkan kaki disitu..tiba  dibahagian depan raudah..mereka berdua mengepung kiri kanan saya macam body guard.. mereka membuat isyarat tangan memberi ruang saya bersolat sunat..

Baru sya tahu kalo tak buat mcm tu..keadaan berhimpit2 kalo xde yg jaga..nnti takut kepala kita kena pijak masa sujud atau kena tolak dari depan atau belakang masa solat..

Kemudian kami bergilir2..

Syukur Allah permudahkan perjalanan UMRAH ketika hamil sgt didatangkan dua sahabat ini untuk membantu saya sepanjang saya disana..kemudian slesai solat sunat disana..kami kuar untuk memberi laluan kepada jemaah lain..diluar raudah sebelum membawa haluan masing2..kami bersalaman & berpelukan..

Ya allah xsangka pertemuan sesingkat itu masih terkesan hingga ke hariini..

Walaupun berbeza warna kulit..bahasa..tetapi islam yang menyatukan kami.. bersyukur sgt spnjg sya disana sntiasa diprmudahkan..

pada malam tersebut saya mengikut kumpulan saya untuk memasuki raudah.. walaupun terpaksa menunggu lama tetapi rasa puas hati kerana mendapat peluang agak lama berada di raudah dalam keadaan agak selesa daripada petang tadi..

Bersyukur walaupun tempoh masa berada di Madinah agak singkat saya diberikan peluang untuk menjejakkan kaki kesana.

semoga rakan-rakan saya lain juga dimurahkan rezeki untuk menjejakikan kaki ke tanah haram..

Assalamualaikum..

Bersambung selepas in.. hehe



2 comments:

  1. mesti takleh lupa kan..semoga urusan selalu dipermudahkan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a.a.. amin.. smga ros pun sentiasa dimudahkan urusan .. dimurahkan rezeki..

      Delete