Thursday, 19 November 2015

Cabaran Potty Training : Percubaan 2 Berjaya..Hepp Hepp Horreyy!!



Assalamualaikum

Baikla bersambung dari entry sebelum ini.. Kali ini saya kongsikan pengalaman saya bagi percubaan kali kedua untuk potty training (PT) anak sulong kami..

Selepas kegagalan pada percubaan1. Kami pun melihat semula apa sebab-sebab percubaan kali pertama gagal.. Tambahan pula dengan pelaksanaan GSt, kesan sangat terasa bila pampers yang selalu guna naik harga..tu baru pampers belum benda lain.

Saya berfikir sejenak.. dalam perkiraan untuk menstrukturkan semula perbelanjaan bulanan saya lihat perbelanjaan untuk pampers ini agak tinggi jugak.. Sekiranya anak saya dah diaperless memang boleh jimat banyak.

Lagi pun anak syurga kami pun dah 3 tahun sebagai persiapan untuk masuk preschool apabila menjengah umur 4 tahun nanti.

Saya banyak pembacaan di blog untuk melihat pengalaman ibu-ibu lain melalui proses PT ini. Belajar dari kesilapan lalu kami mulakan sesi PT dengan langkah berikut;

Persediaan Awal(1 mggu sebelum mula PT)

  • set kan diminda yg kita akan mula PT utk anak & bersedia hadapi kerenah anak
  • bisikkan ke telinga anak setiap malam sebelum tidur bg tau yg kita akan mula PT next week supaya anak rasa bersedia
  • sorok stok pampers dlm stor utk hilangkan kebergantungan pd pamper
  • bagi tau pd cikgu yg kita dah akan mulakan PT & yakinkan cikgu utk beri peluang anak mencuba
Fasa permulaan (minggu 1)

1.mulakan secara berperingkat supaya perubahan tidakla drastik sgt

  • bermula dengan weeknd diaperless.
  • selang masa ke toilet dr 30 min >>>1 jam>>1jam 30min>>smpai anak pandai agak sndiri bila sesuai nk ke toilet
  • seterusnya pada waktu malam kat rumah setiap selang masa yg ditetapkan kami pujuk dia ke toilet
*memang mencabar la dgn tengh pregnant kdg2 ad adegan kejar mengejar nk ke toilet..nk main2 police entry pulak dahh..adehh penat mak buyong
  • mulakan latihan di taska tp pakaikan cloth diaper bagi tau cikgu stiap jam bawa ke toilet kt rumah dia dh boleh..
*kami bekalkan 2 pampers & 2 cloth diaper.. tapi pesan cikgu suh pakai cloth diaper dlu..dh abis bru pampers * sebab cd ini kalo basah anak rasa xselesa boleh mendorong dia ke toilet.


*setiap kali balik taska saya spot cek cloth diaper dia tengok basah ke x.. alhmdulillah blh bg 4 bintang..jarang2 bocor..

-malam pakaikan cloth diaper sebelum tidur make sure anak ke toilet.
-tgh pagi pun bawa ke toilet mr. mama dukong pastu kita buat la bunyi sssshh smpai dia selesai.. pastu dukong masuk tdo balik

Fasa kedua (minggu 2)
-latihan secara menyeluruh sepanjang hari
Termasuk masa outing pun kami PT
* masa ni kepala dh mcm GPS..masuk mall je kEnA search location toilet..haha sng kan dia nk terkucir sng nk berlarii..





  • kat taska kami xbekalkan pampers..letak cloth diaper cover jer. kdg2 trkucir jugak sian cikgu
*bila iview cikgu, cikgu bagi tau anak sya ni pemalu xbyk berckp kalo dia nl ke toilet dia akan buay body language..sll terkucir tu sbb cikgu sibuk xperasan dia punya body language

*xpe2 kami sntiasa bagisemangat kt anak..bila berjaya melabur kt toilet sya akan tepuk tgn yeayyy.. pstu peluk cium pipi..kalo xberjaya pun sama peluk n ckp xpe kita cuba lagi yer..


*saya cuba buat anak rasa seronok membuang di toilet dr di pampers.. 

"seronokkan uhuhu kt toilet..b**** kakak xbau busuk..kak wangi jerr..kak dh besar nnt jdi mcm mama.."
  • kadang mood malas anak syurga ni dtg dia minta pampers..kami ckp pampers kak dh kecik xmuat..hehe..
  • kak sekolah pun sma cikgu ckp pamper abis..
*Tp masa ni malam masih pakaikan cloth diaper..sll gak dia terkucir tp xdela bnjir

Fasa ketiga (2 bulan)

  • perkembangan agak memberangsang..jarang terkucir kat sekolah
  • malam dh mula diapless
*kadang2 banjir jgk la.. tp xpe.bagi masa utk anak belajar lgi

*sekarang lps 7 bulan..bila nk ke toilet dia berlari sendiri ke toilet tp kita kna monitor jgk nk sbb nk pastikan kebersihan.. tgh2 malam pun kdg2 dia kejutkan kita bg tau dia nk ke toilet

Alhmdulillah rasa syukur..penjimatan berganda..hehe..


Sampai sini saya kongsi pengalaman potty training anak selamat mencuba ye..

*tak sangka gst ini ad jgk kebaikan dia..haha bg smgt kt kita nk pt anak sungguh2..

Sekian

Terima.kasih sudi singgah

Assalam

1 comment: