Tuesday, 17 November 2015

Cabaran Potty Training Anak : Percubaan 1 Gagal

Assalamualaikum

Alhamdulillah sudah hampir 7bulan anak syurga saya yang pertama telah lulus potty training dengan cemerlang..yeayyy!!! Alhamdulillah..penjimatan berganda2..





Bermula pada hujung tahun 2014 kami mula buat persiapan untuk potty training anak syurga kami masa tu baru umur 2 tahun lebih..kami target supaya bila dh genap umur 3 tahun pada februari 2015, proses potty training selesai.

Walau bagaimanapun percubaan kali ini  tak berjaya dan kami give up.. antara faktor-faktornya :

  • anak belum bersedia lagi
  • tak dapat sokongan & kerjasama sepenuhnya dari cikgu taska..cikgu taska cakap anak saya  tak pandai cakap lagi nak bagi tau ke toilet so selalu dia terkucir dalam cloth diaper yang saya bekalkan.

*cloth diaper ni mcam pampers jgk tpi boleh basuh..cuma anak akan rasa basah bila dia terkucir kat situ tp xde la smpi banjir kat lantai.

  • kami sebagai ibu bapa pun xbegitu yakin dengan anak dan kami pun sebenarnya xbersedia.. Kami masih lagi pakaikan cloth diaper belum sepenuhnya berani amek risiko untuk anak belajar diaperless.
  • Latihan tak konsisten

*Sebagai ibu bapa kami kadang tak konsisten.. mungkin sebab belum bersedia so kadang buat kadang2 xbuat.. So anak jadi confuse dan dia memilih untuk terus pakai pampers.

  • Tak Sabar

Kami kadang termarah jugak la bila anak terkucir dalam seluar.. ada sekali tu kita tengah penat dia kena cirit birit.. abis satu rumah.. adeh penat.. so kadang2 terlepas jugak nak marah anak.. Bila kita dah start marah anak, keyakinan dia untuk potty training jadi berkurang.

6.Pasangan perlu memberi kerjasama

  • Penting ni, kalau si ibu jer yang bersemangat potty training anak, bila tinggal dengan bapa budak pakai pampers.. ni antara sebab kebanyakan kawan-kawan masih tak berjaya potty training.
Belajar dari kesilapan ini pada April 2015 kami mulakan semula sesi latihan kami. Perkongsian pengalaman dan tip saya kongsikan di next entry insyaallah.

Akhir kata tiada yang mustahil, apabila kita sendiri yakin dan berusaha aura itu akan sampai kepada anak dan anak juga turut sama berusaha.. Chaiyok2 yang penting jangan putus asa.

sekian,

Assalam..

4 comments:

  1. Tengah terfikir bk potty train kaklong aeisya gak ni..mencabar je rasa. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mencabar tapi bila kita dan anak betul bersedia dan komited..insyaalah sekejap jer dah pandai.. percubaan kedua amek masa dalam 2 minggu.. alhamdulillah..

      Delete
  2. good luck.. cuba lagi.....saya pon x cuba lagi sbb anak kecil lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. alhmdulillah skrang anak saya dah diaperless sepenuhnya termasuk malam dan ketika travel.. nanti saya kongsikan dalam next entry.. terima kasih sudi sggah

      Delete