Monday, 30 November 2015

Kembara di Bumi Anbia Part 3 : Merentas Sempadan Bahasa

Assalamualaikum



Malam ni tiba-tiba saya terkenang asma' sahabat yang saya kenal masa di hari pertama di Madinah. Pengalaman menyelinap ke raudah ketika hamil.asma' merupakan orang tempatan di madinah..walaupun perbezaan bahasa & negara..beliau ramah & sangat membantu sya disaat pertama kaki ingin menjejak ke taman syurga iaitu Raudah.. semoga asma' dan rakannya berada dalam keadaan sihat & sentiasa dilindungi 



Detik2 perkenalan saya adalah apabila saya  pertama kali ingin masuk ke raudah.. saya dijadual untuk ke raudah bersama mutawif & kumpulan saya pada malam tersebut..


Walaubagaimanapun hati rasa teruja & saya berasa sangat rugi kalo saya lepaskan peluang untuk ke sana ptg ini..

Usai solat zohor di masjid nabawi sya sms husband bagi tau saya agak lambat sebab saya cuba nak masuk ke raudah..saya maklumkan supaya suami tidak menunggu lama diluar.

Selepas selesai solat zohor saya lihat petugas wanita (kami panggil polis arab).hehe..mulakan tugas memasang tali untuk membuat sempadan.. dimana saya difahamkan jemaah perlu menunggu giliran mengikut kumpulan negara..

Memandangkan itu merupakan kali pertama saya pun tak pasti..saya cuma melihat je ramai jemaah wanita berpusu mengerumuni beberapa pintu..sebelum ada sebahagiannya dihalau & diminta untuk duduk dikawasan menunggu..

Saya ketika itu sedang berdiri berhampiran pintu masuk yang ramai org berpusu..kalo lihat dari segi pemakaian..rasanya situ kumpulann turki..masing berdiri tunggu masa sahaja pintu dibuka untuk ke laluan menuju ke raudah..

Pada masa itu ada polis wanita perasan saya sebab cara pemakain saya tak mengambarkan group tersebut..saya disuruh pergi ke pintu sya tak tau..tp rasanya utk jemaah tempatan..confuse kot polis tu sebab sya pakai serba hitam dari tudung hingga ke jubah..dh mcm orang tempatan..muka pulak ada iras arab (cewahh perasan..haha)



Sya pun pun berlalu pergi tapi saya tak tau nk tuju ke mana..kemudian sya nampak asma' dan rakan2 masuk semula ke tempat tadi dan menyelinap perlahan & berselindung belakang jemaah turki masa polis tu sedang sibuk menghalau jemaah lain..saya pun ikut jejak mereka.. 

Bila polis tu dtg jemaah turki pun  turut bantu..heheh diorang sorokkan saya bawah selendang diorang..haha ni memang kelakar..tapi baik hatikan diorg.. sempat la bertegur sapa..dlm bahasa ayam & itik..

Seterusnya asma & rakan2 pulak menegur saya..mereka ingat saya orang tempatan..kan dah kata..hehe sbb tu polis arab tu confuse..

Bila tahu sya dr malaysia & saya seorang nampak macam terkapai..diorang pun pimpin la tangan saya masa dalam proses menyelinap masuk ke laluan raudah..

Ada masanya kami berlari2 anak..haha lupa diri la tu tengah mengandung..alhamdulillah dipertemukan dgn mereka..sepanjang ke sana..mereka yg menunjuklan laluan kepada saya..

setiba di Raudah..

Saya sangat terkejut sbb orang ramai bersesak & berhimpit2 ..ada yang hmpir terjatuh & terpijak..

Asma' dan rakannya husna  sentiasa pegang tangan saya..ada sekali sya hampir terjatuh sbb kena tolak..sbaik mereka tarik..kalo x..abisla kena pijak..

Pertama kali saya masuk mereka menunjukkan makam2 para sahabt.. mereka ada bercerita sdikit sebanyak..tapi nampak riak wajah mereka sayu & sedih bila dapat menjejakkan kaki disitu..tiba  dibahagian depan raudah..mereka berdua mengepung kiri kanan saya macam body guard.. mereka membuat isyarat tangan memberi ruang saya bersolat sunat..

Baru sya tahu kalo tak buat mcm tu..keadaan berhimpit2 kalo xde yg jaga..nnti takut kepala kita kena pijak masa sujud atau kena tolak dari depan atau belakang masa solat..

Kemudian kami bergilir2..

Syukur Allah permudahkan perjalanan UMRAH ketika hamil sgt didatangkan dua sahabat ini untuk membantu saya sepanjang saya disana..kemudian slesai solat sunat disana..kami kuar untuk memberi laluan kepada jemaah lain..diluar raudah sebelum membawa haluan masing2..kami bersalaman & berpelukan..

Ya allah xsangka pertemuan sesingkat itu masih terkesan hingga ke hariini..

Walaupun berbeza warna kulit..bahasa..tetapi islam yang menyatukan kami.. bersyukur sgt spnjg sya disana sntiasa diprmudahkan..

pada malam tersebut saya mengikut kumpulan saya untuk memasuki raudah.. walaupun terpaksa menunggu lama tetapi rasa puas hati kerana mendapat peluang agak lama berada di raudah dalam keadaan agak selesa daripada petang tadi..

Bersyukur walaupun tempoh masa berada di Madinah agak singkat saya diberikan peluang untuk menjejakkan kaki kesana.

semoga rakan-rakan saya lain juga dimurahkan rezeki untuk menjejakikan kaki ke tanah haram..

Assalamualaikum..

Bersambung selepas in.. hehe



Continue Reading

Saturday, 28 November 2015

Tips Kurus Lepas Bersalin (Part 1)

Assalamualaikum

Hari ini saya berkongsi bagaimana saya berjaya menurunkan berat badan dengan mengawal pengambilan kalori dalam satu hari dengan menggunakan myfitnesspal.



Saya mengenali apps ni semasa saya sedang dalam tempoh berpantang & sedang mencari penyelesaian kepada penurunan berat badan.

Setelah download apps ini di https://www.myfitnesspal.com/ saya mula menetapkan sasaran penurunan berat badan. Apss ini akan tolong kirakan berapa kalori yang sesuai sehri mengguna maklumat yang kita isi semasa sign up.

Macam saya kalori yang dtetapkan 1200 sehari. Sekarang saya dah jarang buka apss ni sbb saya dah dapat agk menu2 yg sihat dan berkalori rendah.


a
Untuk mulakan pengiraan kalori untuk hari permulaan, kita perlu klik pada perkataan food seperti gambar di atas. Setiap kali menu telah dipilih jumlah pengambilan kalori untuk satu hari akan dikemaskini. 

Kemudian, boleh masukkan menu mengikut kategori iaitu breakfast, lunch, dinner atau snack. Klik button +add food


Kemudian boleh pilih menu ikut recent (kalau dah biasa guna & ada history) atau kena search. Banyak jugak menu-menu untuk makanan asia ni..

Selain itu, sekiranya kita ada melakukan exercise pada hari tersebut kita boleh masukkan maklumat dengan klik pada ruangan exercise (gambar pertama)

Sepanjang mengamalkannya saya banyak memilih menu yang sihat kerana kalorinya lebih rendah.. saya tak perlu skip mana meal.. cumanya perlu kawal pengambilan kalori sebagai contoh sekiranya pagi & tengahari dah ambil banyak kalori saya kurangkan pengambilan kalori waktu petang & malam.

Macam sekarang setelah mencapai berat yg saya idamkan.. saya cuma maintain pengambilan kalori untuk weekday.. masa weeekend makan mewah hehe..

Saya juga amalkan Omega Guard setiap kali amek heavy meal. Maksimum sehari 3 biji bergantung kepada portion makanan. Biasanya 2 biji lunch dan 1 dinner. Seeloknya Omega Guard makan sebelum makan untuk membantu urai/bakar lemak dengan lebih berkesan.



Harga RM 136.25 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli
Selain bagus untuk membantu ibu menurunkan berat badan , khasiat Omega Guard juga bagus untuk bayi yang sedang menyusu dimana EPA & DHA yang disalurkan melalui susu ibu bagus untuk perkembangan otak anak.

Ok setakat ini sahaja.. Assalamualaikum

Continue Reading

Friday, 27 November 2015

Kembara Awan Biru : Pengalaman Pertama Travel dengan EBM Part 1

Assalamualaikum

Hampir beberapa hari tidak berkesempatan untuk menulis entry bru.

Alhmdulillah semalam selamat tiba di KLIA setelah 3 hri 2 malam bertugas rasmi di Sabah.




Untuk makluman ini merupakan kali pertama saya travel dalam keadaan menyusu.Baby syurga terpaksa ditinggalkan kepada mentua untuk dijaga. 

Berikut merupakan persiapan awal sebelum bertolak (untuk urusan EBM)

  • saya tinggalkan stok Frozen EBM untuk 3-4 hari sebagai bekalan untuk bayi syurga

  • bawa warmer, extra feeding bottle & storage bottle untuk ditinggallkan di rumah mentua 
  • remind berkenaan cara-cara penggunaan warmer & skit berkenaan pengurusan susu ebm 
  • ajar mr mama cara nak cairkan frozen ebm & transfer dalam storage bottle untuk memudahkan mentua bila nak guna just amek dari peti aias & panaskan dalam warmer (kebanyakkan stok saya dalam plastik)
  • pastikan kelengkapan untuk mengepam saya lengkap : pam, charger, bateri, plastik ebm, sabun& berus, cooler bag kecil (kegunaan harian smasa bertugas) & cooler beg besar(kegunaan semasa nak balik)
  • ice pack saya bawa 3 jer & rancang nak beli ais je masa blk nnti sbb kebanyakkan mini bar di hotel kadang2 ada fungsi chiller jer xleh beku. so nnti xguna bawa ice pack byk2 tp xleh bekukan.

Ice pack saya minta tolong pemandu bekukan di rumah saya minta bawa masa hari nak balik. Sebenarnya kt lobby hotel ada peti ais boleh nak tmpg bekukan.. saya xtau.. yela check in pun dh mlm xsmpt nk survey..

  • pastikan hotel penginapan ada mini bar 
*ini memang silap saya.. saya mmg tak semak semula booking hotel yang diuruskan oleh rakan setugas.huhu.. bila nak check ini hotel pertama indah kabar dari rupa facility& paling sedih xde minibar.. terpaksa kami pindah ke hotel lain malam hari yang sama.. sebaik ada hotel proper yang kosong.. maklumah cuti sekolah ni banyak hotel penuh.
 
Tidak lupa juga saya punya stok supplement saya nii



kebetulan hari sebelum bertolak saya dijangkiti selsema dan badan rasa kurang sihat.



sebolehnya saya elakkan untuk makan ubat selsema yg diberikan doktor kecuali dah terpaksa sana..

saya amalkan osteomatrik 2 biji sebelum tidur.. tugasan kami banyak melibatkan pergerakan dan kadang memakan masa antara 6-8 jam.. memang akan terasa lenguh2 kaki & sakit badan..

ostematrik ni seumpamanya penyelamat saya disana selepas telan osteo saya terus dapat tidur lena..

Osteomatrik tu apa yer?


Harga RM 61.25 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli


Osteomatrik ini lebih daripada pil kalsium semata-mata

mengandungi ;

  • Kalsium (1000mg)  : Sumber semulajdi yang mudah diserap
  • Magnesium (400 mg) :  Bantu dalam proses penyerapana kalsium ke dalam tulang & menguatkan tulang
  • Vitamin D (400 IU) ; merangsang penyerapan Kalsium
  • Manganese, copper & zink : mengaktifkan enzim dalam membantu pembinaan kepadatan tulang.
Harga RM 136.25 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli
Tambah sedang menyusu & saya kurang gemar minum susu.. dengan mengambil ostematrik ni sangat membantu saya dalam mendapatkan khasiat yang diperlukan oleh badan dan bayi.. 

Walaupun sibuk dengan tugasan rasmi saya pastikan saya curi skit masa untuk mengepam xkisah kt mana yang bersesuaian dengan situasi.. kat surau.. kat dalam kereta..

Baikla setakat ini sahaja.. terima kasih sudi singgah.. kena pastikan amek combo Vitamin C & vitalea hari ni memndngkan badan masih terasa penat & selsema masih berlarutan
Harga RM 93.75 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

Harga RM 97.50 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

saya akan kongsikan dalam next entry cara-cara saya travel bersama ebm saya..

selamat berhujung minggu..

assalamualaikum..


Continue Reading

Tuesday, 24 November 2015

Apabila Vitalea & Vitamin C bersatu


Assalamualaikum..

Hari ni bila terkena selsema saat nak bertugas luar kawasan..tengah mengemas2 barang..tiba2 teringat masa mggu terakhir mengndung saya terkena selsema..selepas melahirkan selsema bertambah teruk dengan batuk2..batuk2 ni yg paling xtahan..terasa smpai ke jahitan..

Sebaik anak syurga saya ni kuat..selsema ni xmerebak kepada dia.. dengan berpantang sendiri terasa sgt mencabar tapi kuatkan diri utk anak2..

Memndangkan sya menyusu bdn..sya cuba elakkan utk amek ubat2an..sebaik bekalan supplement shaklee yg saya guna masa mengndung masih ada..jimatkan blh guna dr mengandung, berpantang & menyusu.. saya pastikan setiap hari saya amek vitamin c & vitalea sehari sekali..kalo badan rasa xsihat sangat saya amek 2kali sehri.alhmdulillah....

Badan rasa kuat skit utk menguruskan diri sndiri & baby..

Mmg berbeza dari masa pantang anak pertama..

Kenapa perlunya vitamin C??





* vitamin c juga membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi kita ( sebab tu selalu kalo badan rasa xsihat saya amalkan vitamin c & vitalea)

*kesan yang lebih baik dimana vitamin c membina sel darah merah yang membantu dalam penyerapa zat besi yang lebih baik 

Vitalea pulakk kebaikkan dia blh baca disini..

Haa tunggu apa lagi..promosi vitamin c bulan november ni dah nk berakhir..




Jangan tunggu lama2 nnti menyesal. Sekiranya berminat boleh hubungi saya untuk tempahan.

Ok baikla smpai disini sja entry kali nii.. assalamualaikum
Continue Reading

Monday, 23 November 2015

1st Car Boot sale & Konsep rezeki


Asaalamualaikum..

Bersambung dari entry sebelum ini..selain iklan di mudah.my.. terlintas di fikiran utk join car boot sale bukan apa..senang nanti org datang tengok kalo berkenaan bayar & terus angkat..masa antara jam 7.30pagi-11.00pagi..




Berdasarkan pengalaman kami yg pertama berikut antara persiapan kami;

  1. Asingkan barang2 ikut kategori - pakaian, aksesori ibu, barang baby, tudung, brg elektrik, kasut dll.. (kemudian macam baju susun ikut kualiti senang nak tagging harga)
  2. Baju yang diasingkan ni sya dh basuh & barang2 lain macam barang berkaca ke sya lap la skit bagi cntik
  3. Baju2 n tudung saya sangkut pd hanger susun 5-6helai pastu ikat kepala hanger dgn getah..kemudian lipat & masuk dlm beg plastik/beg tarik.. ulang proses sama smpai selesai semua stok baju & tudung (shawl/bawal)..tudung sarung yang ada awning saya letak hanger tudung yang bulat2 tu.
  4. bawa kanvas utk buat lapik atas jln nk ltk bahan jualan
  5. bawa kerusi utk duduk
  6. raga2 kecik utk susun soft toys/ bahan2 kecil
  7. dari segi pergerakan : kami gerak 2 keta..satu parkg tpt tapak, satu parkg berhmpiran.. senang sbb bawa anak kecil nnt diorg nk tidur/nak ke toilet psgan blh grk pakai keta 1 lagi


Jam 7.35 pagi kami pun gerak kt tapak..sambil setting tpt kakak2 urusetia pun datang belek2 brg.. diorg pun cop nak beli 2 barang..barang tersebut xde dalam gambar ni dah siap sorok dalam keta.. alhmdulillah rezeki..



Memandngkan ini kali pertama, kami nk tgk keadaan disitu mcm mana..ta sangka pulak kurang sambutan sbb mungkin ad 2 event serentak..1 di kelab tasek putrajaya & 1 lgi dibandar sri putra..dari banyak2 peserta dalam list emel tinggal xsmpai 10 yang muncul..



Tapi xpe keadaan cuaca pun ok sejuk...kami niat datang saja suka2 nak clearkan barang..xdela nk kejar sale.. sambil tggu main2 telefon kejap smbil zikir


Alhmdulillah walopun tak rmai org yg berkunjung ada je yang datang beli barang kami...apa lgi seronok x terkata tambh2 barang yang makan ruang...hehe lega2a

Sebenarnya dah rmai peserta yang dah kemas barang seawal 9.30 pgi sedangkan program sepatutnya tutup jam 11 pgi.. dan ada yg mempengruhi yg lain bawa aura negatif minta kita balk sbb xde orng..org tu dok seblah keta saya.. 3x dia suh saya balik.. saya senyum je la.. 

Tapi saya still berfikiran positif..rezeki tu dari Allah.. so kalo dh memang rezeki saya..insyaallah ada..hehe xrugi pun tggu lagi sejam..lagi bimbang kalo ad kwn datang skali kita dh tutup..ye la sbb ad promte kt fb ad kwn2 yg mcm nk dtg

Dlm jam 10.30 ad kwn saya yg dtg..ok lega rasa sbb sbaik tggu ksian kalo org dtg nk bg support kt kita kita dah blk..


Ok terima sudi baca..insyallah kami akan join lagi car boot sale kt bndr sri putra pula..nnt kalo ad tips yang berguna boleh kita kongsi bersama..

Assalamualaikum


Continue Reading

Harta Karun Dalam Stor &Dana Pindah Rumah Baru

Assalamualaikum..

Setlh hmpir 4 thn menetap disini stor kami hmpir penuh..stor kecik je pun.. banyak harta karun dlm stor..memikirkan perancangan nak pindah umah baru dalam tahun depan penat nk mengemas & mengangkut..





Dapat idea dr cerita harta dalam stor di astro, kami pun korek2 barang dlm stor & almari asingkan kpd 3:
1.nak bagi pada orang
2.nak jual
3.nak buang (kalo teruk sangat tak smpai hati nak bagi kat orang)

So barang ni ada yg kami iklankan di
mudah.my utk dijual.



 tapi di mudah.my ni ada macam2 cara nak berurusan dengan potential buyer samada cod, pos atau cash&carry..

So dari hasil jualan ni, duit tu kami kumpulkan dalam satu akaun untuk dana nk pindah rumah nnanti..

Mudahkan..xsangka kadang2 barang yg nampk macam tak bernilai sebenarnya ada value..

Kalo nak cuba iklan blh la masuk ke website www.mudah.my.. setakat ni dah beberapa item yang saya dh jual..

Selain dapt jimat ruang kita dapat jana income..ok smpai sini sahaja jmpa lagi.. 


sila-sila jenguk stor intai2 barang yang boleh dijual.. hehe

asssalamualaikum

Continue Reading

Friday, 20 November 2015

My Pregnancy Journey : Vitalea & Sticker Hijau di Buku Pinkku..


Assalamualaikum

Situasi Hb rendah dengan hamil dah kira mcam sinonim pulak..

semasa 2nd pregnancy ni saya mencuba set ibu hamil shaklee memandang alahan kali ini lebih teruk.. 


dari 1st pregnacy saya xsuka nk telan iron tablet.. adeh rasa mcam muntah hijau dan bila makan mesti ada masalah sembelit..


Bila saya consume set ini antara vitamin c sustaine release, vitalea, osteomatrik.. tekak ni boleh terima la.. alhamdulillah selepas mengamalkan vitamin tadi bacaan hb saya cantik jer setiap kali check up dalam 12-13.. masalah sembelit pun xde.. wah rasa lega sangat

tapi..tapi.. masa bulan puasa saya selalu termiss makan supplement ni.. kesannya.. Hb darah saya drop kepada 10.. adeh apa lagi kena la bising dgn kakak nurse.. Diorg suh saya stop shaklee dan amek iron table 2 biji..

2 biji??? sebiji pun muntah hijau ni kan 2 biji.. buku pink dah kena tampal sticker hijau.. adeh tipis harapan nak bersalin kat hospital berisiko rendah presint 8.


lepas tu memang serik la nak skip2 makan.. so lepas konsisten amek vitalea dan lain.. bacaan hb saya normal balik.. so alhmdulillah.. 

selepas melahirkan supplement shaklee saya tu masa boleh diteruskan semasa dalam pantang dan menyusu.. wahh bestkan xmembazir dan satu botol vitamin vitalea tu boleh tahan sehingga 4 bulan.. 


Vitalea.. Vitalea ni apa sbenarnya??



Vitalea ni asal daripada perkataan "Vitaliza-Mineral yang sebelum ini berbentuk cecair.. setelah peningkatan teknologi perubahan dari bentuk cecair kepada tablet yang disebut sebagai vitalea..

Tablet vitalea ini diselaputi satu lapisan spirulina.. owh patut la warna hijau.. hehe..tapi saya suka bau dia.. boleh la kalo nak bandingkan dengan iron tablet..




Vitalea ni multivitamin & multimineral yang mengandungi 28 mineral yang diperlukan badan antaranya iaitu;

  • beta carotene : membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan tisu-tisu dalam badan dan bagus untuk kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Boron : Membantu dalam metabolisma badan
  • kalsium, fosforus, vitamin c dan D : membantu dalam penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi kuat
  • Vitamin E : membantu dalam meningkatkan kesihatan hati, usus an fungsi imunisasi (patut kalau rasa bertenaga bila amalkan dengan vitamin c SR)
  • Biotin : membantu dalam penghasilan tenaga dari protein, lemak
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah (patutla sesuai amalkan masa hamil)
  • magnesium : membantu memnyokong kekuatan tulang , fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekandan darah normal dan denyutan jantung.
*antara kelebihan lain vitalea ini adalah ia mudah larut dalam air.. 

ok setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini.. jumpa lagi dalam next entry..

terima kasih sudi baca dan singgah

assalamualaikum


Continue Reading

Thursday, 19 November 2015

Cabaran Potty Training : Percubaan 2 Berjaya..Hepp Hepp Horreyy!!



Assalamualaikum

Baikla bersambung dari entry sebelum ini.. Kali ini saya kongsikan pengalaman saya bagi percubaan kali kedua untuk potty training (PT) anak sulong kami..

Selepas kegagalan pada percubaan1. Kami pun melihat semula apa sebab-sebab percubaan kali pertama gagal.. Tambahan pula dengan pelaksanaan GSt, kesan sangat terasa bila pampers yang selalu guna naik harga..tu baru pampers belum benda lain.

Saya berfikir sejenak.. dalam perkiraan untuk menstrukturkan semula perbelanjaan bulanan saya lihat perbelanjaan untuk pampers ini agak tinggi jugak.. Sekiranya anak saya dah diaperless memang boleh jimat banyak.

Lagi pun anak syurga kami pun dah 3 tahun sebagai persiapan untuk masuk preschool apabila menjengah umur 4 tahun nanti.

Saya banyak pembacaan di blog untuk melihat pengalaman ibu-ibu lain melalui proses PT ini. Belajar dari kesilapan lalu kami mulakan sesi PT dengan langkah berikut;

Persediaan Awal(1 mggu sebelum mula PT)

  • set kan diminda yg kita akan mula PT utk anak & bersedia hadapi kerenah anak
  • bisikkan ke telinga anak setiap malam sebelum tidur bg tau yg kita akan mula PT next week supaya anak rasa bersedia
  • sorok stok pampers dlm stor utk hilangkan kebergantungan pd pamper
  • bagi tau pd cikgu yg kita dah akan mulakan PT & yakinkan cikgu utk beri peluang anak mencuba
Fasa permulaan (minggu 1)

1.mulakan secara berperingkat supaya perubahan tidakla drastik sgt

  • bermula dengan weeknd diaperless.
  • selang masa ke toilet dr 30 min >>>1 jam>>1jam 30min>>smpai anak pandai agak sndiri bila sesuai nk ke toilet
  • seterusnya pada waktu malam kat rumah setiap selang masa yg ditetapkan kami pujuk dia ke toilet
*memang mencabar la dgn tengh pregnant kdg2 ad adegan kejar mengejar nk ke toilet..nk main2 police entry pulak dahh..adehh penat mak buyong
  • mulakan latihan di taska tp pakaikan cloth diaper bagi tau cikgu stiap jam bawa ke toilet kt rumah dia dh boleh..
*kami bekalkan 2 pampers & 2 cloth diaper.. tapi pesan cikgu suh pakai cloth diaper dlu..dh abis bru pampers * sebab cd ini kalo basah anak rasa xselesa boleh mendorong dia ke toilet.


*setiap kali balik taska saya spot cek cloth diaper dia tengok basah ke x.. alhmdulillah blh bg 4 bintang..jarang2 bocor..

-malam pakaikan cloth diaper sebelum tidur make sure anak ke toilet.
-tgh pagi pun bawa ke toilet mr. mama dukong pastu kita buat la bunyi sssshh smpai dia selesai.. pastu dukong masuk tdo balik

Fasa kedua (minggu 2)
-latihan secara menyeluruh sepanjang hari
Termasuk masa outing pun kami PT
* masa ni kepala dh mcm GPS..masuk mall je kEnA search location toilet..haha sng kan dia nk terkucir sng nk berlarii..





  • kat taska kami xbekalkan pampers..letak cloth diaper cover jer. kdg2 trkucir jugak sian cikgu
*bila iview cikgu, cikgu bagi tau anak sya ni pemalu xbyk berckp kalo dia nl ke toilet dia akan buay body language..sll terkucir tu sbb cikgu sibuk xperasan dia punya body language

*xpe2 kami sntiasa bagisemangat kt anak..bila berjaya melabur kt toilet sya akan tepuk tgn yeayyy.. pstu peluk cium pipi..kalo xberjaya pun sama peluk n ckp xpe kita cuba lagi yer..


*saya cuba buat anak rasa seronok membuang di toilet dr di pampers.. 

"seronokkan uhuhu kt toilet..b**** kakak xbau busuk..kak wangi jerr..kak dh besar nnt jdi mcm mama.."
  • kadang mood malas anak syurga ni dtg dia minta pampers..kami ckp pampers kak dh kecik xmuat..hehe..
  • kak sekolah pun sma cikgu ckp pamper abis..
*Tp masa ni malam masih pakaikan cloth diaper..sll gak dia terkucir tp xdela bnjir

Fasa ketiga (2 bulan)

  • perkembangan agak memberangsang..jarang terkucir kat sekolah
  • malam dh mula diapless
*kadang2 banjir jgk la.. tp xpe.bagi masa utk anak belajar lgi

*sekarang lps 7 bulan..bila nk ke toilet dia berlari sendiri ke toilet tp kita kna monitor jgk nk sbb nk pastikan kebersihan.. tgh2 malam pun kdg2 dia kejutkan kita bg tau dia nk ke toilet

Alhmdulillah rasa syukur..penjimatan berganda..hehe..


Sampai sini saya kongsi pengalaman potty training anak selamat mencuba ye..

*tak sangka gst ini ad jgk kebaikan dia..haha bg smgt kt kita nk pt anak sungguh2..

Sekian

Terima.kasih sudi singgah

Assalam

Continue Reading

Tuesday, 17 November 2015

Cabaran Potty Training Anak : Percubaan 1 Gagal

Assalamualaikum

Alhamdulillah sudah hampir 7bulan anak syurga saya yang pertama telah lulus potty training dengan cemerlang..yeayyy!!! Alhamdulillah..penjimatan berganda2..





Bermula pada hujung tahun 2014 kami mula buat persiapan untuk potty training anak syurga kami masa tu baru umur 2 tahun lebih..kami target supaya bila dh genap umur 3 tahun pada februari 2015, proses potty training selesai.

Walau bagaimanapun percubaan kali ini  tak berjaya dan kami give up.. antara faktor-faktornya :

  • anak belum bersedia lagi
  • tak dapat sokongan & kerjasama sepenuhnya dari cikgu taska..cikgu taska cakap anak saya  tak pandai cakap lagi nak bagi tau ke toilet so selalu dia terkucir dalam cloth diaper yang saya bekalkan.

*cloth diaper ni mcam pampers jgk tpi boleh basuh..cuma anak akan rasa basah bila dia terkucir kat situ tp xde la smpi banjir kat lantai.

  • kami sebagai ibu bapa pun xbegitu yakin dengan anak dan kami pun sebenarnya xbersedia.. Kami masih lagi pakaikan cloth diaper belum sepenuhnya berani amek risiko untuk anak belajar diaperless.
  • Latihan tak konsisten

*Sebagai ibu bapa kami kadang tak konsisten.. mungkin sebab belum bersedia so kadang buat kadang2 xbuat.. So anak jadi confuse dan dia memilih untuk terus pakai pampers.

  • Tak Sabar

Kami kadang termarah jugak la bila anak terkucir dalam seluar.. ada sekali tu kita tengah penat dia kena cirit birit.. abis satu rumah.. adeh penat.. so kadang2 terlepas jugak nak marah anak.. Bila kita dah start marah anak, keyakinan dia untuk potty training jadi berkurang.

6.Pasangan perlu memberi kerjasama

  • Penting ni, kalau si ibu jer yang bersemangat potty training anak, bila tinggal dengan bapa budak pakai pampers.. ni antara sebab kebanyakan kawan-kawan masih tak berjaya potty training.
Belajar dari kesilapan ini pada April 2015 kami mulakan semula sesi latihan kami. Perkongsian pengalaman dan tip saya kongsikan di next entry insyaallah.

Akhir kata tiada yang mustahil, apabila kita sendiri yakin dan berusaha aura itu akan sampai kepada anak dan anak juga turut sama berusaha.. Chaiyok2 yang penting jangan putus asa.

sekian,

Assalam..

Continue Reading

Monday, 16 November 2015

Tips Untuk Para Suami Menjaga Isteri Ketika Berpantang

Asaalamualaikum..

Dah 3 bulan berlalu.. nak dijadikan cerita en suami dgn rasminya dilantik menjdi mr.mama aka cnfinement lady pd 20.7.2015.. Yeah!!!hehe..



Belajar dr pengalaman anak pertama..sblm ni kelam kabut xbersedia sbb masa tu terpaksa induce utk bersalin masa kandungan 36 week kira sbln awl..

Belajar dr kesilapan ni, kami pun membuat persiapan awl..pada kandungan umur 32week dah hampir selesai..

Perabot ditingkat bawah dah setting khas utk ibu mengndung spt :
*umah dua tgkt, masa pantang dok tgkt bawah senang
  • katil single utk ibu (prefer katil dr tilam saja kt lntai sbb mudah nk bngun xlah terasa sgt jahitan perinieum.
  • baby coat rapat sblh katil single
  • almari plastik ada 2 (1 utk ibu& 1 utk bayi)

*siap tagging kt stiap drawer sng en suami nk amek..5s la konon kan..setting hujung katil sng nak amek.
  • rak kecil bertingkt ad roda (isi prkakas nak utk 1 hri : pamper/cloth diaper 4pcs, set baju helai,changing mat, minyak telon, cotton bud, termometer, tungku baby,spray air,wet tissue, kapas & aspirin utk cuci tali pusat, pads ibu, minyak herbanika)


*Ni ltk kt kepala katil sng nk capai & baru grk ke tpt sbb ad roda.
  • tong smpah bertutup size kecik berlapik sblh rak roda..sng nk capai.
  • baldi kecil(letak pakai bby n ibu)

* sll pagi2/mlm mr.mama mula rutin dobi collect baju2 ni khas 2 mggu pertma xbyk jln, mggu ketiga sndiri ltk kt wachine machine
  • cerek air/iron ltk bawah katil hujung kepala katil.. iron utk panaskan tungku baby masa nk mndikan bayi..cerek utk masa air panas utk mndi)
  • penimbang hahaha ni isteri request khas ltk bawah katil sng nk monitor penurunan berat bdan.
  • bekas minuman air kosong (letak bawah katil atau atas tilam yg sng capai : kan kena byk minum air malas nk gerak ke dapur masa 2 mggu pertama)

*pendek citer semua perlatan disusun atur berdekatan dgn si ibu utk memudahkan pergerakan..yela dh pntg sndirikan kna la berdikari sbb mr mama pun sibuk nk buat mcm2 kerja..kalo nk harapkan mr.mama je buat semua bnda nnti dia sakit kita jgk susah.

Tugas mr.mama aka confiment lady bermula dari hri pertama saya melahirkan anak kedua.. elok jer bersalin jam 9.30 malam dh selesai jam 11 malam.. mr mama ckp nk blk umah masak nasi sbb sian tgk sya lemah sgt sbb last makan time lunch..
Tu pasai masa proses push push.. tu sempat rehat tidur jap sbb rasa xcukup tenaga..hehe sbaik normal jgk..

Jam 1 pagi smpai la delivery mangkuk tingkak ad nasi putih, ikan bilis goreng halia&lada hitam)..makan la isi perut sbb dh letih sgt lagi pun nk nyusu pulak nnti..

Terharu sgt.

Alhamdulillah keesokannya dh boleh check out hospital.

Bermula la rutin harian mr mama selama 2 minggu (cuti diberi 7 hri+ cuti rehat 7 hri)..
  • pagi : sedia breakfast, air mandian (rebusan daun2 pandan/inai/sireh)..panaskan batu bertungku, sesi dobi

*mandikan baby jugak..masa mggu pertama la..
  • tghri : sedia lunch ibu & anak sulong
  • ptg : dinner ibu & anak, sediakan air mandian & panaskan batu bertungku
  • mlm : shift jaga baby kejap kul 9-12 sbb ibu nk tidur kejap sblm berjaga mlm..

*penting tu bagi ruang pada ibu baru melahirkan dlm tempoh smggu bdan masih lemah n penat..

*kerja umah mmg smua mr mama take over la seorang diri.. sya ni jaga diri & fokus pd baby

Bila mggu ke 3 mr mama ni dh start keja..dah masuk mggu kedua badan dah rasa kuat skit boleh la buat skit2 sndiri mcm mandikan bayi, air mandian & bertungku..lipat baju

*perhatian ye benda berat2 elakkan.. sya jerang air pun..angkat skit2 transfer ke baldi dlam bilik air..tkt jatuh peranakan angkt walaupun sebaldi air..

Satu lagi rutin mr.mama kita ni tiap kali waktu lunch dia balik buat spotcheck..adeh check periuk nasi tgk kita makan ke tidak makan skit ke byk..dh serupa polis pantang hahaha..

Bila mr mama tgk nasi skit je makan dia tukar menu..siap google resepi tu.hehe..

Satu lgi..mr mama ni hujung minggu pergi pasar beli barang basah..utk mudahkan dia masak,mr mama siap packing dalm plastik kecik portion utk masak sehari termasuk la ikan letak kt tpt sejuk la kan..plastik yg ad sayur, halia, bawang smua packing kecik2 ltk kt bahagian bawh peti ais.. mr mama ni kalo bab 5s mmg kalah la kita.. kagum pulak tgk..

Start mggu ke3 mr.mama kita minta cuti time weeknd..ok faham penat bekerja nak uruskan anak sulong n kerja rumah..so tiap kali weeknd kita pantang umah mentua..xjauh pun umah mentua dr 30min mcm tu jer perjalanan..

Utk anak kedua ni mmg xmengira hari pun..mr mama ni yang sibuk tnya.."awk2 dah hari ke berapa ni?".. so bila dh genap 44hri mr mama dgn rasminya meletak jawatan dr jadi Confinement lady..yeay suka la dia..tp ad tugas tetap mr mama tu masih diteruskan mcm biasa..

Ok smpai disini saja.. terima kasih sudi baca.

Assalam

Continue Reading

Sunday, 15 November 2015

Pengalaman Bertungku Sendiri



Assalamualaikum..

Untuk entry kali ni saya nak berkongsi pengalaman saya bertungku sndiri di rumah.. saya bukannya pandai atau pakar..tp saja cuba blajar berdasarkan pembacaan saya.. saya tgk kak tukang urut buat & pesan mak saya masa pantang anak 1st dlu..

Pertama skali saya lagi suka guna batu sungai..mana nak cari eh batu sungai... boleh cari kt kdai2 landskap yg org sll buat hiasan landskap kt tmana ke apa..

Jenis2 dan bentuk batu ada dua jenis satu bucu agak bulat dan satu lagi agak runcing..




Tapi kalo xde batu sungai tungku besi tu pun boleh..banyak org jual kan..atau pun plg senang beli guna bekas simpan air tu..




Sesi bertungku ni saya buat stiap hari lps mandi dalam pukul 8pgi-9pgi..satu sesi dlm 20-30min..tapi bergantung kepada baby syurga ni la..kalo dia tidur line clear kalo x..batu dh sejuk terpaksa panaskan semula..

Cara2nya

1.panaskan batu tungku atas dapur 20-30min api sederhana..




Selalu saya panaskan dulu batu atas dapur sebelum mandi..lepas dah siap mandi batu sg tu tutup api..biarkan sekjap pastu baru ready utk digunakan..

2. Saya sapukan minyak herbanika pada bahagian2 yang nak di tungku seperti perut..bahagian lengan..kat antara peha dgn tulang pelvik.. 




3.kemudian saya mulakan dgn tuam batu tersebut bahagian ari2 dgn batu jenis runcing.. 

4.kemudian pada bahgian antara peha n tulang pelvik..guna hjg batu runcing..kiri & kanan peha..

5.tuam sekitar belakang peha turun ke pelipat belakang lutut & smpai ke belakang betis kering..mulakan kaki kanan n lps tu kaki kiri

6.pastu tuam pada bahagian blkg lengan..pada bahu..bahagian dada (lancarkan aliran susu)

**serius rasa badan sedap je bila tuam dgn baru sungai kalo ada org tlg buatkan lgi la best kan..mcm nak tidur..

**guna khidmat urut 3 hri pertama je selebihnya mmg saya bertungku sendiri smpai abis pantang..xpernah culas lagi la..

7.Bila batu sungai tu agak suam..kita meniarap..pastu batu tu letak kt belkang badan dengan pengerakan bermula dari bahagian atas badan.ke bahagian tengah badan..turun ke pinggang..pastu pinggul.. pastu ke belakang peha akhirnya ke kaki..kalo ada org tolong buat mmg best tp kalo sendiri buat terkial jugak la tangan nk pindah2 batu tu..hehe..

Bertungku ni bagus..kalo rajin buat masa berpantang berat cepat turun & rahim cepat mengecut..pengalaman saya bersalin anak kedua, msa nurse datang cek minggu pertama tu rahim dah hampir kecut sepenuhnya..

Ok sampai disini saja ye perkongsian..saya xpakar tp saya cuba kongsi berdasarkan pemerhatian sya semasa guna servis tukang urut masa anak1st n kedua..

Terima kasih sudi baca..

Assalam..

Continue Reading

Tips Serikan Wajah Selepas Bersalin

Tips serikan wajah selepas bersalin amat penting diamalkan untuk mengurangkan masalah kulit kusam dan badan nampak segar walapun ketika berpantang.


Selepas bersalin akibat keletihan dengan kurang tidur dan badan masih dalam proses pemulihan menyebabkan badan rasa lemah dan muka jadi pucat serta kusam.

Disini saya kongsikan beberapa petua serikan wajah lepas bersalin yang sama amalkan masa bersalin anak kedua.




Antaranya:


Masker Beras Kunyit





Bedak sejuk/scrub beras&kunyit


1. Basuh beras dan keringkan - anggaran 1 genggam tangan

2.kemudian kisar hingga hampir halus dgn 1 inchi kunyit hidup.

3. amek sedikit hasil kisar ltk letak air suam

4.sapu pada muka smpai rata..kalo beras yg xhancur tu boleh sapu perlahan kt muka kira mcm scrub la.

5.tggu lps 5 min boleh cuci

6.amalkan selama smggu blh nmpk hasil..

*dah guna kunyitkan ada la skit2 kuning tu tapi takla obvius..hehe.
*bedak sejuk tu simpan dalam peti utk tahan lama..

Air Rebusan Sirih





1.Amek dalam 5 helai pucuk dauh sirih

2.Basuh hgga bersih.

3.Rebuskan dlm periuk shingga mendidih.

4.Air Rebusan yg suam tu blh guna utk bilas muka..kalo ad lebih blh guna utk bilas bahgian intim..




Tempoh tempoh berpantang adalah tempoh yang paling penting kerana pada masa tersebut badan sedang dalam proses untuk sembuh secara perlahan2.. kita dapat lihat wanita yang selepas melahirkan muka mereka akan nampak kusam dan pucat..

Berdasarkan pengalaman anak pertama memang nampakla muka tengah pantang tu.. masa anak kedua ni sebolehnya saya cuba improve cara2 saya berpantang..

Untuk selepas 2 minggu berpantang..kebetulan di tv1 ad satu segmen tu berkongsi berkaitan dgn cara naikkan seri wajah dgn menggunakan bahan semula jadi..


tapi... tapi.. tapii

kalo susah nak cari bahan2 di atas atau tak berkesempatan untuk buat hanya amek satu sudu kecil ESP dicampur dengan yogurt dan disapukan pada wajah dan dibiarkan selama beberapa minit.

Muka pasti rasa segar dan kurang pucat

selamat mencuba tip serikan wajah selepas bersalin ni.

Sekian, terima kasih.








Continue Reading