Sunday, 6 December 2015

Saturday, 5 December 2015

9 Makanan Berkhasiat Untuk Naikkan Platlet Darah

Assalamualaikum

Lanjutan entry sebelum berkaitan dengan jangkitan demam denggi.

Denggi cukup sinonim dengn penurunan kandungan platlet dalam darah secara mendadak. 

Berikut saya kongsikan 9 Jenis makanan yang berkhasiat dalam membantu menaikkan semula platlet darah serta pembentukan hemoglobin (untuk wanita mengandung)

1. Buah/Jus Delima





Delima ni kaya dengan kandungan zat besi. Zat besi ini penting dalam pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Pengambilan jus delima/buah delima dapat membantu menaikkan bacaan platlet dan Hb dalam darah.



2.Susu








susu kaya dengan kalsium, vitamin K dan ptotein fibrinogen penting dalam pembekuan darah dan melancarkan peredaran darah..bagi yang xsuka minum susu boleh amalkan produk tenusu lain seperti keju, yogurt..



3.Makanan Yg kaya "Folate"
















Folate atau Vitamin B9 penting dalam pembentukan sel-sel dalam badan. seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 400mg folate/day. Pengambilan makanan yg kaya folate seperti buah oren, bayam, asparagus, buah kiwi..sedkit sebanyak dalam membntu menaikkan semula platlet darah... 

4.Makanan Kaya Protein





"Lean protein" kaya dengan zink dan vitamin B12. Macam orang kita banyak amalkan sup ketam.. ketam antara yang kaya dengan protein membantu dlm peningkatan platlet dalam darah.



5. Jus Daun Betik Muda


Berkhasiat dalam membantu pembentukan sel-sel darah sekaligus membantu dalam menaikkan bacaan platlet darah.

6."Cod Liver Oil & Flax Seed Oil"


Minyak ini berfungsi dalam meningkatkan sistem imuniti badan dan melancarkan peredaran darah. kalo xjmpa boleh la try omega guard (minyak ikan jugak.)

7. Makanan kaya dengan Vitamin A

Vitamin A berkhasiat untuk pembentukan platlet yang sihat. Selain itu juga penting dalam membantu pembentukan protein dalam badan. Antara makanan kaya dengan vitamin A adalah lobak merah, labu..

8. Sayur-sayuran Hijau (Kaya Chlorophyl)

Chlorophyl penting dalam pembentukan hemoglobin darah dan pembentukan sel darah merah.

9. Makanan Kaya Vitamin K


Vitamin K membantu pembentukan sel-sel dalam badan secara optimum. Selain itu bagus juga untuk proses pembekuan darah.

Akhir sekali.. paling penting pastikan pengambilan air kosong yang banyak melebihi 3 L sehari.

Ok setakat ini sahaja.. harap bagi rakan-rakan yang mengalami masalah platlet rendah atau Hb rendah (wanita mengandung) boleh cuma amalkan makan-makanan dalam senarai di atas.


sekian..

assalamualaikum



Continue Reading

Thursday, 3 December 2015

Testimoni Shaklee Denggi Semasa Hamil

Assalamualaikum

Alhamdulillah balik dari sabah tempoh hari selsema dah semakin berkurangan.. tapi anak saya yang sulong pula demam panas dah berlarutan hingga ke hari ke 4.

Trauma jugak sbb pernah kena denggi masa 2nd pregnncy masa kandungan ke 31 minggu.. warded 5 malam jugak la.. Masa ni virus denggi serang di bahagian hati menyebabkan gangguan fungsi hati.

Doktor dapat detect bila bacaan enzyme daripada Liver Function Test lebih tinggi daripada yang normal.

Jangan amek mudah ye kawan-kawan DENGGI semasa HAMIL sangat-sangatla membahayakan ibu dan janin dalam kandungan.


DENGGI ni ada dua jenis iaitu denggi biasa dan denggi berdarah

DENGGI ni disebarkan oleh nyamuk aedes yang dijangkiti virus denggi.. hati-hati ini.. kena make sure kat rumah takde tpt2 takungan air.. untuk cegah pembiakan nyamuk aedes

DENGGI ni simptom2 mula kelihatan seawal hari ke 3.

Macam saya demam panas waktu malam dan sakit badan berlarutan sehingga hari ke 3.

Klinik refer amek darah hari 4 &5. Masa hari ke 5 baru dapat detect bacaan platlet darah menurun dari paras normal... terusla dapat surat rujuk bahagian kecemasan hosp..alhamdulillah masa tu saya dan kandungan selamat...

sepanjang saya kena denggi.. doktor galakkan saya minum air kosong banyak.. asalnya kena drip air.. sbb saya dapat minum konsisten lebih 3L sehari.. doktor buka drip tu..

saya pun ada cuba hirup sup ketam (ni tak suka...adehh) dan makan buah kiwi untuk naikkan semula platlet darah.. makanan lain untuk naikkan platlet darah boleh baca diSini

Nak naikkan platlet darah memang ada bermacam-macam iktiar makanan yang dapat membantu.

TAPI macam mana kalo ada GANGGUAN pada FUNGSI HATI (LFT) ni macam mana pulak nak buat kan. 

BUNTU juga la masa kena dulu last-last cari jumpa info dalam blog mengenai kes yang sama. Beliau amalkan VIVIX untuk turunkan semula bacaan LTF ke paras normal.


Saya pun cepat-cepat hubungi kawan saya ketika itu untuk dapatkan Vivix bagi mencari iktiar untuk menurunkan bacaan LFT akibat serangan denggi ketika hamil.

alhamdulillah hari kedua beriktiar dengan Vivix bacaan LFT semakin menurun dan doktor benarkan saya untuk keluar hospital dan teruskan follow up sehingga bacaan LFT turun ke paras Normal 
 

                                                      Harga : Rm 475 (150 ml)
                                              Jimat 15 % berdaftar sebagai ahli


Maklumat lanjut berkenaan Vivix boleh klik link VIVIx

Ok kalo untuk denggi biasa antara iktiar daripada shaklee ialah

1) Performance Drink
                                                 Harga : Rm 86.25 (539 g)(exclude postage)
                                              Jimat 15 % berdaftar sebagai ahli

  • Membantu menstabilkan cecair dalam badan
  • Memberikan tenaga dan daya ketahanan fizikal
  • Meningkatkan daya ketahanan badan 
  • Mencegah penyah-hidratan
*Biasanya denggi Dr akan galakkan untuk minum banyak air untuk kekal hidrasi kerana ia berkait juga juga kepekatan darah. Bahaya apabila kepekatan dari menurun dengan mendadak.

*Lazimnya orang kita akan amalkan 100 plus untuk denggi ni. Performance juga merupakan sejenis minuman isotonik cumanya ia kurang gula dan mengandungi Maltodestrin yang bantu lambat proses kehilangan air dari badan.

                                    
 2) Nutriferon

  • Pengambilan Nutriferon sebagai Immune Booster yang meningkatkan tahap imunisasi badan dalam melawan penyakit.
  • Nutriferon dipatenkan ekslusif satu-satunya interferon semulajadi di dunia malah formula yang digunakan adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan
  • sekiranya sering mengalami masalah kesihatan seperti kerap demam, selsema, alahan, asma dan antibodi lemah sangat-sangat disyorkan untuk beriktiar dengan Nutriferon untuk bantu tingkatkan ketahanan badan dalam melawan serangan penyakit.

                                        Set denggi RM 240 (exclude postage)
                                            Jimat 15% mendaftar sebagai ahli
                           

  Sebelum kawan-kawan lain terkena baikla cegah dlu ye..




esk pagi nak bawa anak g amek darah harap2 bukan denggi.

TIPS Merawat Denggi


baikla setakat ini sahaja perkongsian.. 

salam jumaat..

assalamualaikum
Continue Reading

Wednesday, 2 December 2015

Monday, 30 November 2015

Kembara di Bumi Anbia Part 3 : Merentas Sempadan Bahasa

Assalamualaikum



Malam ni tiba-tiba saya terkenang asma' sahabat yang saya kenal masa di hari pertama di Madinah. Pengalaman menyelinap ke raudah ketika hamil.asma' merupakan orang tempatan di madinah..walaupun perbezaan bahasa & negara..beliau ramah & sangat membantu sya disaat pertama kaki ingin menjejak ke taman syurga iaitu Raudah.. semoga asma' dan rakannya berada dalam keadaan sihat & sentiasa dilindungi 



Detik2 perkenalan saya adalah apabila saya  pertama kali ingin masuk ke raudah.. saya dijadual untuk ke raudah bersama mutawif & kumpulan saya pada malam tersebut..


Walaubagaimanapun hati rasa teruja & saya berasa sangat rugi kalo saya lepaskan peluang untuk ke sana ptg ini..

Usai solat zohor di masjid nabawi sya sms husband bagi tau saya agak lambat sebab saya cuba nak masuk ke raudah..saya maklumkan supaya suami tidak menunggu lama diluar.

Selepas selesai solat zohor saya lihat petugas wanita (kami panggil polis arab).hehe..mulakan tugas memasang tali untuk membuat sempadan.. dimana saya difahamkan jemaah perlu menunggu giliran mengikut kumpulan negara..

Memandangkan itu merupakan kali pertama saya pun tak pasti..saya cuma melihat je ramai jemaah wanita berpusu mengerumuni beberapa pintu..sebelum ada sebahagiannya dihalau & diminta untuk duduk dikawasan menunggu..

Saya ketika itu sedang berdiri berhampiran pintu masuk yang ramai org berpusu..kalo lihat dari segi pemakaian..rasanya situ kumpulann turki..masing berdiri tunggu masa sahaja pintu dibuka untuk ke laluan menuju ke raudah..

Pada masa itu ada polis wanita perasan saya sebab cara pemakain saya tak mengambarkan group tersebut..saya disuruh pergi ke pintu sya tak tau..tp rasanya utk jemaah tempatan..confuse kot polis tu sebab sya pakai serba hitam dari tudung hingga ke jubah..dh mcm orang tempatan..muka pulak ada iras arab (cewahh perasan..haha)



Sya pun pun berlalu pergi tapi saya tak tau nk tuju ke mana..kemudian sya nampak asma' dan rakan2 masuk semula ke tempat tadi dan menyelinap perlahan & berselindung belakang jemaah turki masa polis tu sedang sibuk menghalau jemaah lain..saya pun ikut jejak mereka.. 

Bila polis tu dtg jemaah turki pun  turut bantu..heheh diorang sorokkan saya bawah selendang diorang..haha ni memang kelakar..tapi baik hatikan diorg.. sempat la bertegur sapa..dlm bahasa ayam & itik..

Seterusnya asma & rakan2 pulak menegur saya..mereka ingat saya orang tempatan..kan dah kata..hehe sbb tu polis arab tu confuse..

Bila tahu sya dr malaysia & saya seorang nampak macam terkapai..diorang pun pimpin la tangan saya masa dalam proses menyelinap masuk ke laluan raudah..

Ada masanya kami berlari2 anak..haha lupa diri la tu tengah mengandung..alhamdulillah dipertemukan dgn mereka..sepanjang ke sana..mereka yg menunjuklan laluan kepada saya..

setiba di Raudah..

Saya sangat terkejut sbb orang ramai bersesak & berhimpit2 ..ada yang hmpir terjatuh & terpijak..

Asma' dan rakannya husna  sentiasa pegang tangan saya..ada sekali sya hampir terjatuh sbb kena tolak..sbaik mereka tarik..kalo x..abisla kena pijak..

Pertama kali saya masuk mereka menunjukkan makam2 para sahabt.. mereka ada bercerita sdikit sebanyak..tapi nampak riak wajah mereka sayu & sedih bila dapat menjejakkan kaki disitu..tiba  dibahagian depan raudah..mereka berdua mengepung kiri kanan saya macam body guard.. mereka membuat isyarat tangan memberi ruang saya bersolat sunat..

Baru sya tahu kalo tak buat mcm tu..keadaan berhimpit2 kalo xde yg jaga..nnti takut kepala kita kena pijak masa sujud atau kena tolak dari depan atau belakang masa solat..

Kemudian kami bergilir2..

Syukur Allah permudahkan perjalanan UMRAH ketika hamil sgt didatangkan dua sahabat ini untuk membantu saya sepanjang saya disana..kemudian slesai solat sunat disana..kami kuar untuk memberi laluan kepada jemaah lain..diluar raudah sebelum membawa haluan masing2..kami bersalaman & berpelukan..

Ya allah xsangka pertemuan sesingkat itu masih terkesan hingga ke hariini..

Walaupun berbeza warna kulit..bahasa..tetapi islam yang menyatukan kami.. bersyukur sgt spnjg sya disana sntiasa diprmudahkan..

pada malam tersebut saya mengikut kumpulan saya untuk memasuki raudah.. walaupun terpaksa menunggu lama tetapi rasa puas hati kerana mendapat peluang agak lama berada di raudah dalam keadaan agak selesa daripada petang tadi..

Bersyukur walaupun tempoh masa berada di Madinah agak singkat saya diberikan peluang untuk menjejakkan kaki kesana.

semoga rakan-rakan saya lain juga dimurahkan rezeki untuk menjejakikan kaki ke tanah haram..

Assalamualaikum..

Bersambung selepas in.. hehe



Continue Reading

Saturday, 28 November 2015

Tips Kurus Lepas Bersalin (Part 1)

Assalamualaikum

Hari ini saya berkongsi bagaimana saya berjaya menurunkan berat badan dengan mengawal pengambilan kalori dalam satu hari dengan menggunakan myfitnesspal.



Saya mengenali apps ni semasa saya sedang dalam tempoh berpantang & sedang mencari penyelesaian kepada penurunan berat badan.

Setelah download apps ini di https://www.myfitnesspal.com/ saya mula menetapkan sasaran penurunan berat badan. Apss ini akan tolong kirakan berapa kalori yang sesuai sehri mengguna maklumat yang kita isi semasa sign up.

Macam saya kalori yang dtetapkan 1200 sehari. Sekarang saya dah jarang buka apss ni sbb saya dah dapat agk menu2 yg sihat dan berkalori rendah.


a
Untuk mulakan pengiraan kalori untuk hari permulaan, kita perlu klik pada perkataan food seperti gambar di atas. Setiap kali menu telah dipilih jumlah pengambilan kalori untuk satu hari akan dikemaskini. 

Kemudian, boleh masukkan menu mengikut kategori iaitu breakfast, lunch, dinner atau snack. Klik button +add food


Kemudian boleh pilih menu ikut recent (kalau dah biasa guna & ada history) atau kena search. Banyak jugak menu-menu untuk makanan asia ni..

Selain itu, sekiranya kita ada melakukan exercise pada hari tersebut kita boleh masukkan maklumat dengan klik pada ruangan exercise (gambar pertama)

Sepanjang mengamalkannya saya banyak memilih menu yang sihat kerana kalorinya lebih rendah.. saya tak perlu skip mana meal.. cumanya perlu kawal pengambilan kalori sebagai contoh sekiranya pagi & tengahari dah ambil banyak kalori saya kurangkan pengambilan kalori waktu petang & malam.

Macam sekarang setelah mencapai berat yg saya idamkan.. saya cuma maintain pengambilan kalori untuk weekday.. masa weeekend makan mewah hehe..

Saya juga amalkan Omega Guard setiap kali amek heavy meal. Maksimum sehari 3 biji bergantung kepada portion makanan. Biasanya 2 biji lunch dan 1 dinner. Seeloknya Omega Guard makan sebelum makan untuk membantu urai/bakar lemak dengan lebih berkesan.



Harga RM 136.25 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli
Selain bagus untuk membantu ibu menurunkan berat badan , khasiat Omega Guard juga bagus untuk bayi yang sedang menyusu dimana EPA & DHA yang disalurkan melalui susu ibu bagus untuk perkembangan otak anak.

Ok setakat ini sahaja.. Assalamualaikum

Continue Reading

Friday, 27 November 2015

Kembara Awan Biru : Pengalaman Pertama Travel dengan EBM Part 1

Assalamualaikum

Hampir beberapa hari tidak berkesempatan untuk menulis entry bru.

Alhmdulillah semalam selamat tiba di KLIA setelah 3 hri 2 malam bertugas rasmi di Sabah.




Untuk makluman ini merupakan kali pertama saya travel dalam keadaan menyusu.Baby syurga terpaksa ditinggalkan kepada mentua untuk dijaga. 

Berikut merupakan persiapan awal sebelum bertolak (untuk urusan EBM)

  • saya tinggalkan stok Frozen EBM untuk 3-4 hari sebagai bekalan untuk bayi syurga

  • bawa warmer, extra feeding bottle & storage bottle untuk ditinggallkan di rumah mentua 
  • remind berkenaan cara-cara penggunaan warmer & skit berkenaan pengurusan susu ebm 
  • ajar mr mama cara nak cairkan frozen ebm & transfer dalam storage bottle untuk memudahkan mentua bila nak guna just amek dari peti aias & panaskan dalam warmer (kebanyakkan stok saya dalam plastik)
  • pastikan kelengkapan untuk mengepam saya lengkap : pam, charger, bateri, plastik ebm, sabun& berus, cooler bag kecil (kegunaan harian smasa bertugas) & cooler beg besar(kegunaan semasa nak balik)
  • ice pack saya bawa 3 jer & rancang nak beli ais je masa blk nnti sbb kebanyakkan mini bar di hotel kadang2 ada fungsi chiller jer xleh beku. so nnti xguna bawa ice pack byk2 tp xleh bekukan.

Ice pack saya minta tolong pemandu bekukan di rumah saya minta bawa masa hari nak balik. Sebenarnya kt lobby hotel ada peti ais boleh nak tmpg bekukan.. saya xtau.. yela check in pun dh mlm xsmpt nk survey..

  • pastikan hotel penginapan ada mini bar 
*ini memang silap saya.. saya mmg tak semak semula booking hotel yang diuruskan oleh rakan setugas.huhu.. bila nak check ini hotel pertama indah kabar dari rupa facility& paling sedih xde minibar.. terpaksa kami pindah ke hotel lain malam hari yang sama.. sebaik ada hotel proper yang kosong.. maklumah cuti sekolah ni banyak hotel penuh.
 
Tidak lupa juga saya punya stok supplement saya nii



kebetulan hari sebelum bertolak saya dijangkiti selsema dan badan rasa kurang sihat.



sebolehnya saya elakkan untuk makan ubat selsema yg diberikan doktor kecuali dah terpaksa sana..

saya amalkan osteomatrik 2 biji sebelum tidur.. tugasan kami banyak melibatkan pergerakan dan kadang memakan masa antara 6-8 jam.. memang akan terasa lenguh2 kaki & sakit badan..

ostematrik ni seumpamanya penyelamat saya disana selepas telan osteo saya terus dapat tidur lena..

Osteomatrik tu apa yer?


Harga RM 61.25 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli


Osteomatrik ini lebih daripada pil kalsium semata-mata

mengandungi ;

  • Kalsium (1000mg)  : Sumber semulajdi yang mudah diserap
  • Magnesium (400 mg) :  Bantu dalam proses penyerapana kalsium ke dalam tulang & menguatkan tulang
  • Vitamin D (400 IU) ; merangsang penyerapan Kalsium
  • Manganese, copper & zink : mengaktifkan enzim dalam membantu pembinaan kepadatan tulang.
Harga RM 136.25 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli
Tambah sedang menyusu & saya kurang gemar minum susu.. dengan mengambil ostematrik ni sangat membantu saya dalam mendapatkan khasiat yang diperlukan oleh badan dan bayi.. 

Walaupun sibuk dengan tugasan rasmi saya pastikan saya curi skit masa untuk mengepam xkisah kt mana yang bersesuaian dengan situasi.. kat surau.. kat dalam kereta..

Baikla setakat ini sahaja.. terima kasih sudi singgah.. kena pastikan amek combo Vitamin C & vitalea hari ni memndngkan badan masih terasa penat & selsema masih berlarutan
Harga RM 93.75 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

Harga RM 97.50 (exclude postage)
Jimat 15 % dengan berdaftar sebagai ahli

saya akan kongsikan dalam next entry cara-cara saya travel bersama ebm saya..

selamat berhujung minggu..

assalamualaikum..


Continue Reading

Tuesday, 24 November 2015

Apabila Vitalea & Vitamin C bersatu


Assalamualaikum..

Hari ni bila terkena selsema saat nak bertugas luar kawasan..tengah mengemas2 barang..tiba2 teringat masa mggu terakhir mengndung saya terkena selsema..selepas melahirkan selsema bertambah teruk dengan batuk2..batuk2 ni yg paling xtahan..terasa smpai ke jahitan..

Sebaik anak syurga saya ni kuat..selsema ni xmerebak kepada dia.. dengan berpantang sendiri terasa sgt mencabar tapi kuatkan diri utk anak2..

Memndangkan sya menyusu bdn..sya cuba elakkan utk amek ubat2an..sebaik bekalan supplement shaklee yg saya guna masa mengndung masih ada..jimatkan blh guna dr mengandung, berpantang & menyusu.. saya pastikan setiap hari saya amek vitamin c & vitalea sehari sekali..kalo badan rasa xsihat sangat saya amek 2kali sehri.alhmdulillah....

Badan rasa kuat skit utk menguruskan diri sndiri & baby..

Mmg berbeza dari masa pantang anak pertama..

Kenapa perlunya vitamin C??





* vitamin c juga membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi kita ( sebab tu selalu kalo badan rasa xsihat saya amalkan vitamin c & vitalea)

*kesan yang lebih baik dimana vitamin c membina sel darah merah yang membantu dalam penyerapa zat besi yang lebih baik 

Vitalea pulakk kebaikkan dia blh baca disini..

Haa tunggu apa lagi..promosi vitamin c bulan november ni dah nk berakhir..




Jangan tunggu lama2 nnti menyesal. Sekiranya berminat boleh hubungi saya untuk tempahan.

Ok baikla smpai disini sja entry kali nii.. assalamualaikum
Continue Reading

Monday, 23 November 2015

1st Car Boot sale & Konsep rezeki


Asaalamualaikum..

Bersambung dari entry sebelum ini..selain iklan di mudah.my.. terlintas di fikiran utk join car boot sale bukan apa..senang nanti org datang tengok kalo berkenaan bayar & terus angkat..masa antara jam 7.30pagi-11.00pagi..




Berdasarkan pengalaman kami yg pertama berikut antara persiapan kami;

  1. Asingkan barang2 ikut kategori - pakaian, aksesori ibu, barang baby, tudung, brg elektrik, kasut dll.. (kemudian macam baju susun ikut kualiti senang nak tagging harga)
  2. Baju yang diasingkan ni sya dh basuh & barang2 lain macam barang berkaca ke sya lap la skit bagi cntik
  3. Baju2 n tudung saya sangkut pd hanger susun 5-6helai pastu ikat kepala hanger dgn getah..kemudian lipat & masuk dlm beg plastik/beg tarik.. ulang proses sama smpai selesai semua stok baju & tudung (shawl/bawal)..tudung sarung yang ada awning saya letak hanger tudung yang bulat2 tu.
  4. bawa kanvas utk buat lapik atas jln nk ltk bahan jualan
  5. bawa kerusi utk duduk
  6. raga2 kecik utk susun soft toys/ bahan2 kecil
  7. dari segi pergerakan : kami gerak 2 keta..satu parkg tpt tapak, satu parkg berhmpiran.. senang sbb bawa anak kecil nnt diorg nk tidur/nak ke toilet psgan blh grk pakai keta 1 lagi


Jam 7.35 pagi kami pun gerak kt tapak..sambil setting tpt kakak2 urusetia pun datang belek2 brg.. diorg pun cop nak beli 2 barang..barang tersebut xde dalam gambar ni dah siap sorok dalam keta.. alhmdulillah rezeki..



Memandngkan ini kali pertama, kami nk tgk keadaan disitu mcm mana..ta sangka pulak kurang sambutan sbb mungkin ad 2 event serentak..1 di kelab tasek putrajaya & 1 lgi dibandar sri putra..dari banyak2 peserta dalam list emel tinggal xsmpai 10 yang muncul..



Tapi xpe keadaan cuaca pun ok sejuk...kami niat datang saja suka2 nak clearkan barang..xdela nk kejar sale.. sambil tggu main2 telefon kejap smbil zikir


Alhmdulillah walopun tak rmai org yg berkunjung ada je yang datang beli barang kami...apa lgi seronok x terkata tambh2 barang yang makan ruang...hehe lega2a

Sebenarnya dah rmai peserta yang dah kemas barang seawal 9.30 pgi sedangkan program sepatutnya tutup jam 11 pgi.. dan ada yg mempengruhi yg lain bawa aura negatif minta kita balk sbb xde orng..org tu dok seblah keta saya.. 3x dia suh saya balik.. saya senyum je la.. 

Tapi saya still berfikiran positif..rezeki tu dari Allah.. so kalo dh memang rezeki saya..insyaallah ada..hehe xrugi pun tggu lagi sejam..lagi bimbang kalo ad kwn datang skali kita dh tutup..ye la sbb ad promte kt fb ad kwn2 yg mcm nk dtg

Dlm jam 10.30 ad kwn saya yg dtg..ok lega rasa sbb sbaik tggu ksian kalo org dtg nk bg support kt kita kita dah blk..


Ok terima sudi baca..insyallah kami akan join lagi car boot sale kt bndr sri putra pula..nnt kalo ad tips yang berguna boleh kita kongsi bersama..

Assalamualaikum


Continue Reading

Harta Karun Dalam Stor &Dana Pindah Rumah Baru

Assalamualaikum..

Setlh hmpir 4 thn menetap disini stor kami hmpir penuh..stor kecik je pun.. banyak harta karun dlm stor..memikirkan perancangan nak pindah umah baru dalam tahun depan penat nk mengemas & mengangkut..





Dapat idea dr cerita harta dalam stor di astro, kami pun korek2 barang dlm stor & almari asingkan kpd 3:
1.nak bagi pada orang
2.nak jual
3.nak buang (kalo teruk sangat tak smpai hati nak bagi kat orang)

So barang ni ada yg kami iklankan di
mudah.my utk dijual.



 tapi di mudah.my ni ada macam2 cara nak berurusan dengan potential buyer samada cod, pos atau cash&carry..

So dari hasil jualan ni, duit tu kami kumpulkan dalam satu akaun untuk dana nk pindah rumah nnanti..

Mudahkan..xsangka kadang2 barang yg nampk macam tak bernilai sebenarnya ada value..

Kalo nak cuba iklan blh la masuk ke website www.mudah.my.. setakat ni dah beberapa item yang saya dh jual..

Selain dapt jimat ruang kita dapat jana income..ok smpai sini sahaja jmpa lagi.. 


sila-sila jenguk stor intai2 barang yang boleh dijual.. hehe

asssalamualaikum

Continue Reading

Friday, 20 November 2015

My Pregnancy Journey : Vitalea & Sticker Hijau di Buku Pinkku..


Assalamualaikum

Situasi Hb rendah dengan hamil dah kira mcam sinonim pulak..

semasa 2nd pregnancy ni saya mencuba set ibu hamil shaklee memandang alahan kali ini lebih teruk.. 


dari 1st pregnacy saya xsuka nk telan iron tablet.. adeh rasa mcam muntah hijau dan bila makan mesti ada masalah sembelit..


Bila saya consume set ini antara vitamin c sustaine release, vitalea, osteomatrik.. tekak ni boleh terima la.. alhamdulillah selepas mengamalkan vitamin tadi bacaan hb saya cantik jer setiap kali check up dalam 12-13.. masalah sembelit pun xde.. wah rasa lega sangat

tapi..tapi.. masa bulan puasa saya selalu termiss makan supplement ni.. kesannya.. Hb darah saya drop kepada 10.. adeh apa lagi kena la bising dgn kakak nurse.. Diorg suh saya stop shaklee dan amek iron table 2 biji..

2 biji??? sebiji pun muntah hijau ni kan 2 biji.. buku pink dah kena tampal sticker hijau.. adeh tipis harapan nak bersalin kat hospital berisiko rendah presint 8.


lepas tu memang serik la nak skip2 makan.. so lepas konsisten amek vitalea dan lain.. bacaan hb saya normal balik.. so alhmdulillah.. 

selepas melahirkan supplement shaklee saya tu masa boleh diteruskan semasa dalam pantang dan menyusu.. wahh bestkan xmembazir dan satu botol vitamin vitalea tu boleh tahan sehingga 4 bulan.. 


Vitalea.. Vitalea ni apa sbenarnya??



Vitalea ni asal daripada perkataan "Vitaliza-Mineral yang sebelum ini berbentuk cecair.. setelah peningkatan teknologi perubahan dari bentuk cecair kepada tablet yang disebut sebagai vitalea..

Tablet vitalea ini diselaputi satu lapisan spirulina.. owh patut la warna hijau.. hehe..tapi saya suka bau dia.. boleh la kalo nak bandingkan dengan iron tablet..




Vitalea ni multivitamin & multimineral yang mengandungi 28 mineral yang diperlukan badan antaranya iaitu;

  • beta carotene : membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan tisu-tisu dalam badan dan bagus untuk kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Boron : Membantu dalam metabolisma badan
  • kalsium, fosforus, vitamin c dan D : membantu dalam penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi kuat
  • Vitamin E : membantu dalam meningkatkan kesihatan hati, usus an fungsi imunisasi (patut kalau rasa bertenaga bila amalkan dengan vitamin c SR)
  • Biotin : membantu dalam penghasilan tenaga dari protein, lemak
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah (patutla sesuai amalkan masa hamil)
  • magnesium : membantu memnyokong kekuatan tulang , fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekandan darah normal dan denyutan jantung.
*antara kelebihan lain vitalea ini adalah ia mudah larut dalam air.. 

ok setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini.. jumpa lagi dalam next entry..

terima kasih sudi baca dan singgah

assalamualaikum


Continue Reading